Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Aktiviti Penuh Erti : Segambut
Manusia merancang. Tuhan menentukan. Betapa benarnya pernyataan ini terbukti melalui aktiviti Semarak Ramadan 2 yang dapat dijalankan dengan lancarnya oleh ahli-ahli keluarga PTS pada hari Sabtu 21 Ogos 2010 yang lalu.
Masing-masing bertanyakan khabar ketika baru bersua. Begitu eratnya tali persaudaraan antara satu sama lain ...
Maka dengan izin-NYA jua, aktiviti Semarak Ramadan PTS untuk minggu kedua dapat diadakan di Taman Seri Segambut, Selangor Darul Ehsan. Dan . . . pada kali ini, Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang) dan isterinya Pn Hjh Mariam Yaakob (Mak Anjang) berperanan sebagai tuan rumah. Mereka dibantu oleh ramai anak, menantu dan cucu. Terima kasih Pak Anjang, Mak Anjang dan seisi keluarga.
Seperti biasa, acara bermula dengan berbuka puasa (ringkas) apabila masuk waktu. Ahli-ahli PTS yang hadir kemudiannya menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah. Tuan Hj Lokman bertindak sebagai imam.
Selesai solat fardu Maghrib para hadirin menjamu selera semula. Sambung berbuka puasa tadi. Mereka menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Baru rasa relaks sedikit. Lega . . . dah makan nasi le katakan!
Kita kena tunggu sekejap ... Nasi sedang dihidangkan.
Menunggu untuk bersolat Isyak
Ha . . . dah selesai pun. Kita tunggu pula imam muda memulakan solat sunat Terawih . . .
Ahli-ahli jemaah wanita pun turut menunggu solat Terawih dimulakan.
Sementara menunggu imam bersedia untuk bersolat sunat Tarawih para jemaah sempat berbual-bual kecil dan melihat-lihat album foto lama keluarga. Berbagai-bagai 'komen' kedengaran diberikan. Ada yang lucu. Ada yang serius. Ada yang sekadar tumpang seronok saja! Apapun, segalanya berlangsung dalam suasana nostalgik berbaur ceria.
Selingan
Sebentar kemudian menyusul pula aktiviti bersolat sunat Tarawih. Para jemaah mengambil tempat masing-masing untuk melakukan ibadah tersebut. Imam muda Suhaimi Baharudin memimpin solat Tarawih berjemaah ini. Beliau dibantu oleh bilal muda Hafiz Lokman. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sesempurna mungkin.
Tarawih bermula. Doa dibaca.
Bacaan doa selamat dan tahlil di bawah pimpinan senior members PTS iaitu Tuan Hj Baharudin Osman dan Tuan Hj Lokman Shariff dilaksanakan sebagai acara terakhir bagi malam Semarak Ramadan PTS ini.
Tahlil berjalan dengan lancarnya . . .
Setelah selesai tahlil, bacaan doa pun dilaksanakan . . . Allahumma, kami mohon keberkatan dan keselamatan semua ahli keluarga dan sanak saudara . . .
Sesudah tamat segala acara ibadah, keluarga PTS sempat bermesyuarat ringkas secara tidak rasmi. Fokus perbincangan: Bagaimana hendak memperbetul dan memperbaiki perjalanan PTS. Halatuju yang ingin dijadikan landasan matalamat. Dan, seterusnya results yang diharapkan tercapai.
Pungutan ikhlas untuk mengisi tabung kebajikan PTS juga berjaya dilakukan seperti yang dibuat pada minggu lalu di Rawang.
Sebelum berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing, ahli-ahli yang masih segar dan bersemangat sempat juga menjamah serba sedikit juadah ala 'moreh' yang disediakan oleh tuan rumah.
Dah penat ke? Takpe . . . banyak kelebihannya dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ni
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara yang telah menjayakan aktiviti Semarak Ramadan 2. Kerjasama dan kesudian semua yang hadir menyumbangkan pelbagai jenis kuih muih dan makanan (gaya pot luck) kepada tuan rumah amat dihargai.
Mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala apa yang kita usahakan! Insya-Allah kita berjumpa pula pada Sabtu 28 Ogos depan di rumah penulis . . . d'SUARANG. Kehadiran semua anggota keluarga dan sanak saudara dialu-alukan.
Taman hiburan dipinggir kota,
Redup dengan jati dan bambu;
Jangan biarkan PTS kita,
Hidup segan mati tak mahu!
Redup dengan jati dan bambu;
Jangan biarkan PTS kita,
Hidup segan mati tak mahu!
Wassalam.
2 comments:
Assalam uda, PTS stands for what ?? Pakatan Tubuh sekeluarga or Persatuan Pertubuhan Keluarga... ateh created one group in FaceBook dah add semua waris keluarga tok shariff, tok said and wan konah...insyallah yr blogspot will be linked to the group sikit lagi.
Salam Ateh,
PTS stands for Pakatan Tubuh Sekeluarga.
Syabas for d effort dear Sis. Mudah-mudahan tali silaturahim sebegini berkekalan sepanjang zaman.
TQ and keep safe.
Post a Comment