Monday, September 13, 2010

Keluarga Malik & Azizah



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Maaf Zahir Batin



Di ruang ini ingin aku rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tetamu yang sudi berkunjung ke d'SUARANG sempena memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431.

Terima kasih kerana sudi memanjangkan tali silaturahim antara kita. Secara peribadi, aku berpegang kepada erti persaudaraan berkaedah mudah. Persaudaraan yang tersimpul dalam kata-kata kunci . . . yang aku gubah sebagai asas pendekatan dalam usaha berkomunikasi dan berinteraksi. Walupun kata-kata ini terbit daripada sudut hati yang terpencil . . . namun sasaran dan tujuannya cukup jelas, cukup ikhlas.

Kata-kata kunci itu, "Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita eratkan; yang biasa kita mesrakan, yang mesra kita serasikan, yang serasi kita kasihi."

. . . dan, andainya timbul pula pertanyaan," Yang 'mengelat' boleh dibenci?". . . Jawapanku mudah saja . . . "Terpulang le . . . he, he."



Maaf Zahir Batin

1 Hari Raya Jumaat 10 Sept 2010









[Kunjungan keluarga Abdul Malik Ibrahim dari Kajang & keluarga Hj Hamdan dari KL berlaku hampir serentak (bersekali) pada petang Hari Raya Pertama selepas waktu solat Jumaat.]



 Terima Kasih daripada d'SUARANG









dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads


No comments: