Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Terima Tanpa Soal?
Sama ada kita perasan atau tidak . . . cara kita orang Melayu berkomunikasi sehari-hari dalam bahasa ibunda kita . . . amat 'santai'. Seolah-olah ada persetujuan berdasarkan sesuatu pengertian 'semula jadi' antara pengucap dengan penerima dan sebaliknya. Ini amat ketara dalam komuniti yang menggunakan dan memahami bahasa Melayu secara 'natural'.
Bawalah sesiapa pun yang mengaku pakar dalam bahasa Melayu. Selagi dia tidak dapat mengerti dengan pantas bahasa yang dituturkan secara lazim dalam 'kesantaian' tadi . . . selagi itulah dia yang pakar itu sebenarnya belum cukup pakar.
Contohnya . . . kita mungkin terlepas pandang . . . kita banyak menggunakan short cut atau 'jalan pintas' ketika berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan orang yang benar-benar fasih menggunakan atau memahami bahasa ini.
Contoh kata-kata pintas seperti di bawah ini . . . sering kedengaran digunakan oleh mereka yang benar-benar 'tulen' penguasaan bahasa Melayunya ketika bercakap:
'ce' bermaksud 'cuba';
'cita' bermaksud 'cerita';
'camne' bermaksud 'macam mana';
'camni' bermaksud 'macam ini';
'camtu' bermaksud 'macam itu';
'ko tak' bermaksud 'kalau tidak';
'sepuh' bermaksud 'sepuluh';
'toksah' bermaksud 'tak usah'
'takyah' bermaksud 'tidak payah'
. . . dan lain-lain . . . sebagainya.
Contoh di atas menunjukkan betapa mudahnya orang biasa yang tidak semestinya berpelajaran tinggi boleh bercakap dengan penuh mesra antara satu dengan lain.
Penulis bukan hendak menganjurkan supaya orang berbahasa Melayu 'jalan pintas'. Penulis hanya hendak menunjukkan betapa mudahnya kemesraan boleh termeterai melalui 'ketulenan' penggunaan bahasa yang sama di dalam sesuatu proses komunikasi. Tak payah berbahasa buku-bukuan sangat!
Bagaimana pula dengan mereka yang sepatutnya juga fasih dalam penggunaan bahasa Melayu . . . bahasa yang diiktiraf dan dimasyhurkan melalui Perlembagaan kita sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Belum tentu kita dengan yakin boleh mengatakan mereka itu benar-benar 'tulen' berbahasa Melayu.
Sekarang sudah terlalu ramai orang mendapat gred A atau A+ atau A ++ . . . dalam mata pelajaran bahasa Melayu . . . dalam berbagai jenis peperiksaan . . . sama ada pada peringkat peperiksaan awam atau profesional.
Tetapi . . . anehnya pada saat-saat yang memerlukan si scorer berbagai kelas gred A itu bercakap dalam bahasa Melayu . . . dia sering kali amat mengecewakan! Mana silapnya!
Dia bukan saja tidak mahu bertutur langsung dalam bahasa Melayu . . . malah kalau bertutur pun . . . dia akan bercakap secara merangkak-rangkak mengikut bahasa buku . . . atau bahasa caca marba . . . macam tak pernah tahu bahasa tersebut! Mana silapnya!
Konon . . . dah lulus ujian terpenting dalam proses pendidikan formal . . . dah dapat kelayakan bahasa tertinggi dalam segala macam peperiksaan yang diiktiraf seluruh negara! Mana silapnya!
Orang begini amat 'terpelajar' . . . berkedudukan tinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara, memegang jawatan amat penting dalam perkhidmatan awam atau swasta dan sungguh terkenal dalam pergerakan komuniti atau masyarakat setempat. Malangnya apabila bercakap bahasa Melayu mereka kerap tidak berkemampuan! Mana silapnya!
Ada antara mereka daripada kalangan pemerintah dan pentadbir. Ada ahli politik terkenal, ada jaguh sukan hebat, ada artis popular, ada seniman tersohor dan { last but not least bak kata jiran omputih aku tu} ada mereka yang telah bertahun-tahun menjadi warga negara Malaysia. Mereka yang telah turun temurun tinggal menetap di sini pun ada yang masih tidak gemar berbahasa Melayu! Mana silapnya!
Soalnya . . . adakah orang ambil kisah sangat? Ada aku kisah . . . bak kata orang kampung teman. Memanglah tak payah ambil kisah. Asal orang faham apa yang dimaksudkan (dalam bertutur apa bahasa sekali pun) sudah! Pakai boleh saja! Terima tanpa soal! Ha inilah silapnya!
Apa pun . . . penulis tetap menghormati mereka yang bercakap bahasa Melayu cara 'jalan pintas' atau tulen . . . berbanding mereka yang langsung tidak mahu bertutur dalam bahasa Melayu setelah kononnya score giller dalam pengajian bahasa tersebut.
Apa gunanya berilmu jika tidak beramal! Wallahuaklam.
dsuarang.blogspot.com
Apa pun . . . penulis tetap menghormati mereka yang bercakap bahasa Melayu cara 'jalan pintas' atau tulen . . . berbanding mereka yang langsung tidak mahu bertutur dalam bahasa Melayu setelah kononnya score giller dalam pengajian bahasa tersebut.
Apa gunanya berilmu jika tidak beramal! Wallahuaklam.
dsuarang.blogspot.com
Subscribe to: Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Uda,
“Jalan pintas” yang Uda maksudkan itu, kalau dalam istilah bahasa (kalau tidak salah), dikenal sebagai sinkope. “Cuba” menjadi “ce”; “cerita” menjadi “cite”; “benar” menjadi “nor”; “tetapi” menjadi “tapi”; “tidak” menjadi “tak”/“idak”; “lah” menjadi “le”; “sudah” menjadi “dah”/“udah”; “hendak” menjadi “nak”; “entah” menjadi “tah”; dan lain-lain sebagainya. Inilah, yang seperti Uda nyatakan, uniknya bahasa Melayu. Inilah yang membezakan suasana tertentu (kemesraan) apabila orang Melayu berbual dengan orang Melayu dengan orang Melayu berbual dengan orang bukan Melayu.
Tidak mungkin, misalnya, kita berbual dalam bahasa Melayu dengan M. Sockalingam atau Edda de Silva dalam keadaan santai (idup ke lagi kedua-duanya?) dengan menuturkan ungkapan yang begini:
“Isy, lame no kita tak jumpa, ya MS ... Edda! Kalo tak silap, sejak pencen sampe le ari ni. Kamu bedua sihat ke?”
Tapi, kalau kita berdua yang berbual dengan cara yang demikian, kemesraannya bukan sahaja terserlah daripada ayat itu, tetapi juga daripada intonasinya sendiri. Masya-Allah, hebatnya bahasa Melayu....
Masa teman mengikuti kisah Almarhum Encik Wahab dalam siaran Uda yang lalu, timbul sayu dalam hati teman. Teman memang udah baca nukilan bos kita, AFY, tentang Almarhum beberapa tahun lalu tapi kesayuan itu tidaklah sampai tahap semasa membaca tulisan Uda hari itu. Mungkin kerana usia dah menanjak ke senja ni, emosi pun senang diusik-usik.
Teringat teman tentang kisah teman dengan Almarhum dan dengan AFY sendiri masa kita dok berpejabat di gudang selepas insiden kebakaran PFB dulu. AFY tetiba je berkata kepada Almarhum:
“Cuba you tanya Zul, dia masuk suku ke tidak sebab dia kawin dengan orang Negeri Sembilan.”
Almarhum pun bertanya, “You masuk suku Zul?”
Kepala teman spontan hendak melucu, “Saya kawin anak dara, Cik Wahab. Jadi, saya tak masuk suku tapi masuk suku, suku....”
Terbarai ketawa Almarhum yang memang kuat itu dan menggigil tubuh AFY oleh lelucon spontan teman itu. Teman tak berapa ingat pulak, adakah selepas lelucon itu yang memutikkan “kemesraan” teman dengan Almarhum (kalau sebelum itu, Almarhum jarang-jarang menegur teman malah kalau nampak teman di kantin masa waktu pejabat, pandangannya sangat “mengancam” dan menakutkan!) Yang pasti, semasa di Jalan Kuchai Lama, kami biasa bertembung di belakang bangunan untuk makan di kantin Dollah pada masa pejabat dan Almarhum langsung tidak sinikal terhadap teman pada waktu itu.
Al-Fatihah untuk rohnya.
Salam Adinda Zul,
Terima kasih le beri pendapat (+ an?)begitu panjang lebo terhadap siaran 'tak saintifik' sinkope teman ni.
Teman kata 'tak saintifik' sebab sebenonya teman bukan le nak kupeh tentang sinkope (jalan pintas bahasa) per se.
Teman nak lepeh geram dengan dema-dema macam yang adinda kata tu le! Udah tobin (kotai?) hidup kat sini . . . masih tak gheti-gheti bahasa (pilih le maksud berlapis mana yang adinda suka).
Sebagai contoh . . . Juara skuasy dunia kita yang hebat tu . . . tak peronah teman nengok atau dengo dia berbicara dalam bahasa Melayu apabila ditemuramah dalam bahasa Melayu pun!
Ha ttg . . . dema-dema yang adinda sebut tu . . . masih sego dengonya . . . belum ada yang tumpo . . .
Teman memang nak timboikan perbezaan ghasa mesra melalui penggunaan bahasa oleh berbagai peringkat pengucapnya!
Pendeknya . . . dema-dema tu tak kan paham sampe padam. Orang kita pun banyak yang tak paham . . . yang dah mola tak mahu paham pun berlori-lori!
Bila bercakap ttg Allahyarham Wahab
teman sebenonya amat tersentuh dengan permintaan anaknya . . . yang mahukan permission teman untuk menerbit semola foto ayahandanya itu.
Itu makanya teman tulih hal-hal lain lagi yang bersangkutan dengan Allahyarham tu.
Ttg masuk suku2 tu . . . akhirnya masuk penuh le . . . he, he (kalau dibaca oleh anak2 kita . . . he, he . . . begini ayah2nya kata mereka . . . he, he.)
Itu belum campo cita makan nasi lemak ghasa telo . . . dam belum masuk cita tulih tangan!
Isyh, isyh . . . udah melalut ke laut lak ni.
Itu juga tanda kemesraan antara abang adik . . . yang belum tentu boleh dibawa oleh kajian sinkope per se . . . he,he :)
Salam, Uda,
Teman pernah bangkitkan he ni - mana-mana mangkuk yang bergelo atlet tapi tak tau berbahasa Melayu, usah dipedulikan.... Malu jek.
Masa terima Anugerah Olahragawati baru ni je teman dengor omputih yang itam tu si ratu skuasy tu cakap Melayu (baca teks sebetoinya). Macam taik P***T.
Ingat lagi teman masa si Arumugam hidup. Dia, dengan arwah Mokhtar, kalau tak silap) ditemu ramah oleh Datuk Rahim Razali (masa Piala Dunia tahun apa dah lupa lak). Sibuk si Arumugam cakap bahasa Inggeris yang tunggang-langgang lalu disergah oleh Datuk Rahim. "Cakap bahasa Melayulah...." kata Datuk Rahim.
Teman respek Datuk Rahim dan Uda gak kerana bangkitkan isu ini.
Salam Adinda Zul,
Kita tak mau le sampe digelo ekstremis bahasa.
Tapi pikio punya pikio . . . dan gheram punya pase . . . hai toh le . . . lepeh juga kata nista ni . . . (0w0)!
Ghasanya mau aje teman nyuroh si omputih celop tu memamah sampe habih mikrofon yang diunjukkan kepadanya . . . andai lain kali dia tergagap-gagap dan tehemboih-hemboih mengeluokan kata-kata dalam bahasa Melayu apabila ditemuramah.
Konon . . . dengonye dia tu dapat distiction ke kredit baik ke dalam BM pada peringkat SPM.
Peronjang apa . . . kalau gitu le ghopanye . . .
Ha ah . . . si Spiderman tu lak ngapa gitu . . . mabuk cakap omputih kot ketika itu!
Apapun . . . teman respect le si Datuk jaguh dunia badminton tu . . . tetap cakap BM apabila di soe dalam temuramah dsb. Tunggang tebalik sikit-sebanyak tu adat le . . .
Dan . . . teman juga respect mika le . . . mempertahankan isu buku 'sastera' kita dengan cara 'berakal' dan 'menyedokan' akhbar tempatan yang memohon maaf tu . . . serta menarik perhatian kepada tanda-tanda akhir zaman yang harus dititikberatkan tu.
Alahai gitu le . . . adanya!
Catatan:
Member kita Hapadz baru nelepon teman kejap tadi . . . dia nyampekan berita sedih kawan lama kita di PFB dulu Hj Shariff udah kembali ke rahmatullah minggu lepeh.
Al-Fatehah jua kita sedekahkan kpd roh Allahyarham . . . Amin.
Post a Comment