Sunday, April 24, 2011

Sudah Gaharu Cendana Pula



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sudah Tahu Bertanya Selamba!


Perasan atau tidak, setiap hari ramai orang mengemukakan soalan-soalan pelik kepada orang lain. Mereka tentulah mendapat jawapan yang pelik juga daripada orang yang disoal itu.

Ada orang melakukan perbuatan ganjil tanpa menyedarinya. Perbuatan dilakukan secara bersahaja. Tidak terfikir oleh pelaku sama ada perbuatan itu patut atau tidak. Orang lain biasanya dapat melihat keganjilan atau ketidakpatutan sesuatu soalan atau perbuatan itu.

Situasi sedemikian mempengaruhi dan mewarnai perjalanan hidup kita sehari-hari. Mari kita lihat contoh soalan dan jawapan yang agak bersahaja tetapi akan menimbulkan keadaan yang pelik apabila dihalusi maksudnya:

Situasi 1 :
Serkap jarang aje

Seorang jiran yang peramah berjalan melalui tepi rumah Kak Mah. Ketika itu Kak Mah berada di ruang dapur. Jiran tak nampak apa Kak Mah buat. Tetapi kerana hendak berlaku mesra si jiran membuat andaian Kak Mah sedang memasak. Jiran itu pun menegur.
Jiran: “Hai, apa buat tu?…masak nampaknya”.

Dengan selamba Kak Mah memberi respons.

A: “Ha,ah. Memang masak … dengan mesin basuh yang selalu buat kerenah ni!”

(Inilah yang dikatakan ramah tak kena tempat. Pakai teka aje. Salah teka pulak tu!)



Situasi 2:
Saja suka menyebok


Pak Tam menegur budak bujang yang berlari ke arah sebuah pondok untuk berteduh ketika hujan turun dengan lebat. Ada sebuah paip bomba dekat pondok itu.

Pak Tam: “Hujan lebat … Nak berteduh ke?”

Budak bujang: “Tak Pak Tam, air pancut bomba ni dah terbuka. Saya nak tutupkan”.

(Si bujang itu malas nak layan lama-lama. Dah sah tahu, bertanya juga lagi. Entahlah.)


Situasi 3:
Dah tahu bertanya pula

Hari hujan lebat. Anum sudah basah kuyup berjalan di dalam keadaan hujan yang lebat itu. Dia meneruskan perjalanan. Ketika melintasi hadapan rumah Cik Jah, terdengar sapaan …

Cik Jah: “Anum … basah ke?”

(Anum senyum sahaja … dan terus berjalan. Tak payah respons le.)


Situasi 4:
Lain-lain pengertian

Makcik sedang melintasi jalan kecil di taman perumahan. Makcik terlihat dua orang gadis asing bertolong-tolongan menjemur kain basuhan di ampaian. Makcik pun menegur:

Makcik: “Wah rajinnya … tolong-menolong … jemur kain basah ke?”

Gadis 1: “Tak, orang jemur kalu, mesti kain kering Cik!”

Gadis 2: “Ha, ah Cik … Orang jemur mana kain ada basah … mesti kering punya!”

(Makcik kebingungan mentafsir dua maksud jawapan gadis-gadis itu!)


Situasi 5:
Orang tua-tua boleh

Seorang bapa sedang mengangkat barang-barang ke tingkat atas rumahnya yang baru siap diubahsuai. Anaknya (baru bersekolah rendah) berselisih dengannya di tangga yang menuju ke bahagian atas rumah itu. Si anak bertanya:

Anak: “Ayah nak naik atas ke?”

Bapa: “Ha le, kalau ‘naik’ … mesti le ke ‘atas’, kan.”

Anak: “Tapi kenapa Ayah selalu cakap ‘turun bawah’ bila ajak saya makan bersama
keluarga. ‘Turun’ memang ke ‘bawah’ kan Ayah?”

Bapa: “Itu lain. Kita memang biasa cakap begitu. Naik atas, turun bawah!”

(Anak hairan tetapi terfikir agaknya orang yang lebih ‘berkuasa’ berhak memutar belitkan kenyataan!)


Situasi 6:
Dulu lain sekarang lain

Sekumpulan suri rumah sedang mengerumuni sebuah lori penjual ikan dan sayur-sayuran. Masing-masing sibuk hendak membeli. Tiba-tiba Mak Anjang lalu. Dulu Mak Anjang adalah pelanggan tetap peniaga ikan ini. Sekarang, semenjak suaminya naik pangkat, tidak lagi. Mak Anjang menegur mereka.

Mak Anjang: “Assalamualaikum. Beli ikan ke?”

Suri Rumah 1: “Waalaikumsalam. Ya, apa lagi”.

Mak Anjang: “Tak le ... ikan jual kat sini kecik sangat. Kat pasar sana tu leih besar dan segar”.

Suri Rumah 2: “Tak apa le Mak Anjang. Kami beli ikan ni pun untuk kucing di rumah tu… macam Mak Anjang selalu cakapkan dulu. Jadi tak perlulah pergi ke pasar!”

Suri Rumah 3: Lagi pun ikan besar tak sedap, tak manis … seperti Mak Anjang selalu katakan dulu juga!

(Mak Anjang berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Teringat masa lalu … masa suami belum naik pangkat le! Masa itu Mak Anjang banyak memberi alasan untuk ‘cover line’ hidup susah… kena berdikit-dikit. )


Situasi 7:
Aku faham lain

Jamal kaki memancing. Satu hari sedang dia memancing lalu seorang kawannya. Kawan itu bertanya.

Kawan: Memancing ke?

Jamal: Main-main, sikit aje.

Kawan: Mengapa … Ikan tak ada ke?

Jamal: Tak … belum ada rezeki.

Kawan: Selalu banyak ke?

Jamal: Ha, ah.

(Lepas itu kedua-dua mereka senyap. Kawan jamal berlalu dari situ. Jamal terus memancing. Sebenarnya kawan Jamal menanyakan di tempat Jamal memancing itu ada banyak ikan atau tidak. Jamal pula ingat kawannya nak tahu dia dapat ikan ke tidak dan selalunya dia dapat banyak tak. Begitulah jadinya kalau salah mengerti pertanyaan orang atau salah terima jawapan orang. Masing-masing dengan pengertian sendiri-sendiri.)


 











 dsuarang.blogspot.com

4 comments:

ZULKIFLI said...

Salam, Uda,
Kalau Uda perasan, di TV, masa penyampaian anugerah seni itu anugerah seni ini, soalan bodoh selalu muncul dari mulut para artis yang mengumumkan senarai calon yang bertanding (dalam ABP Berita Harian baru-baru ini, misalnya).

Lepas sorang-sorang yang naik dok tanya penonton dan hadirin, "Apa khabar semua?", "Apa khabar semua?".

Bengong ke apa? Sebelum naik (ke atas?), kawan ngko dah tanya, tak dengor ke? Lagipun, kalau tak sihat, penonton nak datang ke? Tanyalah soalan lain kalau nak bermesra dengan penonton pun. Misalnya, Anda semua sudah makan? Anda semua sudah solat? Lepas tu ulas sikit-sikit pasal makan dan solat.

Yang paling haprak, boleh pulak kata, anugerah ini untuk korang semua.... Tapi dia dok peluk gak piala tu. Bodoh!

Bamuda d'SUARANG said...

Salam Adinda Zul,

Suatu pengamatan yang cukup baik dan kena pada tempatnya . . . tu weh!

Memang situasi ini sering mengganggu (fikiran/perasaan?) teman dan ahli2 keluarga di romah bila nonton rancangan2 seperti adinda sebutkan.

Agaknya dema tu tak kisah langsung apa yang dema katakan . . . atau dema dah tak ada mode bercakap gamaknya!

Paling tak sedap . . . ada kalanya . . . ada pula antara dema tu naik ke penteh terhinjut-hinjut dgn asyik menyebut . . . wasap, wasap . . .(teman dengo bunyi macam tu le . . . bukan 'what's up!')

Dema tau ke 'wasap' tu apa?

Eee rasa nak aje teman nampo molot dema tu . . . takut lak tumpo dema tu nanti . . . pueh plak teman naik court turun court!

Ha . . . Zul rasa apa kata member kita dak Awang Sariyan tu gamaknya . . . dalam he gini?

ZULKIFLI said...

Salam, Uda,
Kawan kite tu, teman ghase, lebih suke nengok reslin. Bahase tak kaco, seghonok pun dapat.

Wasap, bebi!

Kekadang bende cam tu le yang buat kite malu nak ngaku deme tu Melayu.

Bamuda said...

Salam Adinda Zul,

Bio le kawan kite tu dgn hobi (sampingan) reslinnya . . . Tak penin kepalanya asyik memikiokan he bahasa dan kebahasaan . . .

Bagi le dia relaks daripada he sedemikian . . . sekorang-korangnya untuk seketika . . ye dak!

Betui le kata Zul tu . . . TPM kita pun kata macam tu . . . baru semalam aje, teman dengo.

Bangsa China dan Jepun amat tidak malu menggunakan bahasa ibunda mereka . . . mungkin kerana mereka beno2 1 China atau 1 Jepun.

Kita sekadar melaungkan slogan 1 Malaysia aje le. . . orang kita sendiri pun malu/teragak-agak nak gunakan bahasa ibunda sendiri.

Sibuk dgn mengutamakan bahasa lain konon . . . BI mereka tu pun tak le sejauh mana . . .

Tak segan lak berbahasa macam tu . . . walaupun broken teruk kata kome!

Orang2 1 Malaysia yang lain tu apa nak diharapkan . . . bukan bahasa ibunda mereka . . . cuma Bahasa Kebangsaan!

Maka . . . boleh ke pake lagi . . . slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' (Katakan dema tu megah berbangsa Malaysia). . .

'Tak bangsa Malaysia hilang di dunia'???