Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bodoh
Kita selalu mendengar perkataan 'bodoh' disebut orang. Perkataan yang secara amnya membawa erti 'tidak pandai' atau 'tidak bijak' atau 'tidak cerdik' ini biasa kedengaran di mana-mana ruang di sekeliling kita.
Perkataan 'bodoh' sering dikategorikan sebagai kata seerti (sinonim) untuk perkataan 'bebal', 'dungu' dan 'tolol'.
Para penyebut perkataan ini mungkin terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan kita sendiri. Ada juga keluar daripada mulut orang yang tidak kita kenali . . . dan paling teruk sebutan tajam dan menghiris oleh orang yang bersengketa atau bermusuhan dengan kita!
Rata-rata ramai orang akan marah-marah apabila dikatakan atau dipanggil 'bodoh'.
Baru-baru ini teman 'tertengok' (bukan benar-benar menonton) suatu siaran TV tempatan yang menamakan rancangannya TV Sengal (berkait dengan perkataan 'sengal'?) . Rancangan itu macam nak menonjolkan beberapa babak atau situasi komedi.
Malangnya teman rasa kelakar yang diharapkan mencetus kelucuan itu tak berapa nak menjadi! Ramai pelaku macam 'bodoh' atau 'diperbodoh-bodohkan'.
Paling teruk ada 'mangsa-mangsa' rancangan bersifat 'kesengalan' itu sanggup menyatakan dirinya "Aku Sengal" pada akhir rancangan yang sengal itu.
Teman tak berapa pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan penyedia skrip/perancang rancangan tersebut apabila menggunakan perkataan 'sengal' di dalam rancangan tersebut.
Teman pun bertanya le kepada beberapa orang (golongan generasi terkini) apa ertinya perkataan 'sengal' kepada mereka yang muda-muda sekarang. Mereka lantas menjawab, "Slanga untuk bodoh atau lembab."
OMG (slanga sekarang?) itukah maksudnya! Kesian, kesian 'mangsa-mangsa' tadi yang sanggup menyatakan diri mereka itu 'sengal' tanpa bersebab!
Apapun bagi teman . . . tetap berpegang kepada erti asal 'sengal' iaitu . . . 'kaku', 'kebas' atau 'pegal' (kalau 'pagal' dalam bahasa Hindi maknanya 'gila'!).
Dan . . . kalau 'sengal-sengal nafas' ertinya 'susah bernafas' atau 'sesak nafas'. Mudah-mudahan janganlah sampai begitu akibatnya kepada penyedia rancangan kesengalan tertsebut!
Wahai pihak penghidang hiburan di kaca TV tanah air . . . {hidangkanlah real entertainment . . . kata jiran omputih teman} Janganlah kira boleh saja. Pakai tangkap muat . . . sesemberononya!
Pikio le dalam sikit demi kebajikan kelompok 'muda' masyarakat yang katakan sedang koma cuba bimbing dan didik melalui saluran hiburan!
Pikio le dalam sikit demi kebajikan kelompok 'muda' masyarakat yang katakan sedang koma cuba bimbing dan didik melalui saluran hiburan!
Bodoh memang banyak perkara bodoh. Teman cuba senaraikan antara 'bodoh' yang nyata dan lumrah seperti berikut (tak lengkap koma tambahlah sendiri, sendiri):
BODOH
Buat bodoh
Bodoh mencari imbuh!
Bodoh mencari imbuh!
Buat-buat bodoh
Bodoh tak senonoh!
Bodoh-bodoh alang
Bodoh tak matang!
Bodoh bukan kepalang
Bodoh tiarap bodoh terlentang!
Bodoh terang-terang
Bodoh pagi sampai petang!
Bodoh-bodoh sombong
Bodoh tinggi hidung!
Bodoh tak sedar untung
Bodoh sampai tergadai kampung!
Bodoh suka-suka
Bodoh sambil lewa!
Bodoh gila-gila
Bodoh tak ada makna!
Bodoh warisan keturunan
Bodoh suratan badan!
Bodoh seni budaya
Bodoh merosak nilai bangsa!
Bodoh suratan badan!
Bodoh seni budaya
Bodoh merosak nilai bangsa!
Bodoh kontrak sementara . . .
Bodoh yang perlu dikawal selia,
jika tidak
Bodohlah ---> Sampai bila-bila !
AMB
dsuarang.blogspot.com
2 comments:
SALAM, UDA,
TEMAN PALING TERKEJUT APABILA BODOH ITU SUDAH MENJADI GELARAN BIASA ANTARA RAKAN DALAM GENERASI ANAK. SEBAGAI CONTOH, TEMAN MENDENGAR SEORANG BUDAK SEKOLAH (MUNGKIN TINGKATAN 1 ATAU TINGKATAN 2 BERKATA, "BETULLAH, DO, SEDAP MENATANG NI." TEMAN TERTANYA-TANYA AKAN MAKSUD "DO" ITU. RUPA-RUPANYA SINGKATAN BODOH.
KITA DULU PAKAI GENG, BEB, YANG KEMUDIANNYA BRO DSB, TETAPI ANAK-ANAK KINI GUNAKAN "DO" ITU UNTUK GANTI NAMA KAWANNYA.
APA NAK JADI DENGAN BUDAK-BUDAK SEKARANG INI.
Salam Adinda Zul,
Terima kasih kerana mengesahkan erti ganti nama 'DO' yang sering kedengaran digunakan oleh golongan remaja sekarang di kalangan sesama mereka.
Ketika mula Uda dengar ganti nama itu digunakan anak-anak remaja itu Uda sangka 'DO' itu singkatan bagi 'Dearest One'. . . ya lah macam 'D' bagi 'Darling' . . . 'beb' bagi 'baby' (bukan 'habib' ke?) dsb!
Entah le . . . biarkan, biarkan . . . si 'DO' terbang dengan layang-layangnya!
Post a Comment