Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Tapi Saya Makan . . .
Hari Isnin 2 Mei yang lalu . . . teman pergi le ke Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) . . . bukan, bukan untuk bermain golf . . . tapi kerana memenuhi undangan ke suatu majlis perkahwinan di sana.
Majlis perkahwinan Azahari bin Abu Bakar dgn Maryam Bt Rahim bermula pada jam 8:30 malam. Meriahlah . . . macam majlis perkahwinan yang diadakan di dewan-dewan yang lain juga.
Pasangan pengantin baru yang mengharapkan masa depan penuh kebahagiaan . . . Insya-Allah terkabul jua segala doa untuk anda berdua mencapai hasrat itu . . . dan . . . seperkara yang menarik perhatian penulis . . . pada malam majlis . . . pengantin lelaki Azahari ada menyatakan lebih kurang begini . . . "saya beruntung mendapat dua ibu dan dua bapa mentua dengan perkahwinan ini . . . "
Foto kiri: Di high table . . . keluarga sebelah pengantin perempuan (dari kiri) . . . Tuan Zohari Md Amin, Pn Nor Shamsha Adam, Tuan Rahim Adam & Pn Maimon. Foto kanan: Kaum keluarga sebelah pengantin lelaki.
Pasangan pengantin baru yang mengharapkan masa depan penuh kebahagiaan . . . Insya-Allah terkabul jua segala doa untuk anda berdua mencapai hasrat itu . . . dan . . . seperkara yang menarik perhatian penulis . . . pada malam majlis . . . pengantin lelaki Azahari ada menyatakan lebih kurang begini . . . "saya beruntung mendapat dua ibu dan dua bapa mentua dengan perkahwinan ini . . . "
Memang le untung mika dapat dua ibu dan dua bapa mentua melalui satu perkahwinan aje.Tapi . . . Azahari ooi . . . kena le explain sikit camna boleh jadi gitu . . . takut-takut orang tak berapa paham kata-kata mika tu weh! { oh si polan tu ada dua ke? . . . atau si polan tu dah dua kali nikah ke . . . Hmm, hmm . . . jangan mare ye . . . Teman cuma ngusik kome aje le . . . Tapi setiap statement bio teghang . . . he, he :)
Foto kiri: Di high table . . . keluarga sebelah pengantin perempuan (dari kiri) . . . Tuan Zohari Md Amin, Pn Nor Shamsha Adam, Tuan Rahim Adam & Pn Maimon. Foto kanan: Kaum keluarga sebelah pengantin lelaki.
Foto kiri: Pasangan pengantin lama yang bahagia . . . Tuan Zohari Md Amin & Pn Nor Shamsha Adam [ha kome nak tahu kan . . . mereka ini ibu bapa saudara pengantin perempuan (Maryam) merangkap ibu bapa yang menjaganya sejak kecil) dan Foto kanan: Pasangan pengantin lama juga . . . dan bahagia juga tentunya . . . Tuan Rahim Adam & Pn Maimon [ha kome . . . mereka ini pula ibu bapa kandung pengantin perempuan] . . . makanya inilah yang dimaksudkan pengantin lelaki (Azahari) tadi apabila menyebut dia mendapat dua ibu dan bapa mentua . . . sekali gus. Udah teghang . . . kan . . . ok ye . . .
Band pengiring majlis . . . dan di hujung sana . . . apa lagi tu . . . oh kes potong memotong . . . kek tak apa . . . jangan potong Q
Tapi, yang paling memeriahkan . . . teman rasa . . . seperti dalam kebanyakan majlis perkahwinan . . . ialah ketika hendak menikmati hidangan makanan yang tersedia di meja para tetamu. {No, no . . . not like that Finger Lickin' Good feelin lah . . . my omputih neighbour . . . More than that!}
Ha ah . . . elok chek tengok sat kat lensa kamera tu Firaz . . . mungkin itu yang diperkatakan Rashdan & Ileena pada anak mereka. Kat hujung tu . . . dua grandma dok perhati aja . . . Tok Ma Zuveea & Nek Ani
Foto kiri dari kiri: Atuk Majid, Opah Alimah, dak Ahmad, Mak Alyn & Abah Rashidi. Foto kanan dari kiri: Penulis, Alimah, Ahmad & Mazlyn. Menunggu dengan sesabo-sabonya . . . nak start makan le . . .
Sementara menunggu tu . . . mai kita cita-cita sikit le . . . at least tak le terasa boring sangat . . . hmm
Bukan kerana dapat menjamu selera aje . . . tetapi dapat juga bersembang-sembang dengan para tetamu lain yang duduk semeja dengan kita weh . . . Dapat sedikit waktu untuk mengikat atau mengeratkan tali silaturahim antara satu sama lain, kata orang.
Foto kiri dari kiri: Ileena, Zuveea, Noraini & Redzuan. Foto kanan dari kiri: Noraini, Redzuan, Khasim & Penulis menghadap hidangan makanan dengan penuh minat . . .
Foto kiri dari kiri: Rashidi, Rashdan, Firaz & Ileena. Foto kanan: Opah Alimah, Ahmad & Mazlyn.
Makan weh . . . jangan segan jangan malu . . . Tuan rumah memang nak jamu para tetamu . . . Kita le tu. Foto kiri dari kiri: Rashdan, Firaz, Ileena, Zuveea & Noraini. Foto kanan dari kiri: Khasim, Penulis, Alimah, Ahmad & Mazlyn.
Kiri: Pakat apa tu Opah Limah, Ahmad & Mak Alyn? Kanan: Penulis, Alimah & Ahmad . . . he, he . . . atuk & opah sejuk ke?
Opah Alimah nampak OK aje dgn cucu opah . . . dak Ahmad tu. Balik nanti jangan komplen sengal-sengal badan dah le . . .
Teman pun mula nak enjoy le . . . Boleh tahan juga nampaknya makanan yang terhidang. Sambil makan nanti boleh borak-borak sikit.
Mohd Khasim Kasi Abdullah, (bekas pemain bola sepak Malaysia dan kini seorang jurulatih bertauliah . . . juga saudara melalui perkahwinan keluarga ) yang duduk di sebelah teman . . . baik hati menyendukkan ke pinggan teman lauk pauk yang sudah pun terbuka di depan kami semua.
Khasim ambilkan daging rendang, teman enggeh . . . Khasim ambilkan ikan goreng, teman enggeh, Kassim ambilkan dalcha, teman enggeh . . .
Tapi, bila Khasim nak ambilkan ayam goreng . . . teman geleng kepala le. Khasim terhenti. Hairan agaknya.
Dia lantas bertanya," You don't take chicken . . . yeah ? "
Teman ngangguk aje. "Why . . . memang tak ambik ke bang?"Teman kena le ceritakan. Maka teman pun mula begini:
"Dulu-dulu . . . ketika abang masih di sekolah rendah . . . bapak abang ada banyak bela ayam kat rumah. Setiap kali ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai datang berkunjung ke rumah kami . . . bapak abang suka sangat menjamu mereka makan nasi berlaukkan kari atau goreng ayam.
Apabila mereka datang . . . bapak abang akan menyuruh abang menangkap ayam itu . . . untuk disembelihnya sendiri. Dan, setiap kali jugalah abang disuruh memegang si ayam yang hendak dikorbankan itu. Abang terpaksa memegang leher ayam . . . yang masih hidup . . . dan kemudiannya mahu tidak mahu menyaksikan sendiri ayam itu kena sembelih . . . menggelupur dan mati!
Aduhai . . . kesiannya . . . kata hati seorang murid sekolah rendah ni ketika itu.
Ayam yang tidak berdosa dicabut nyawanya! Dibunuh!
Memang perasaan kasihan datang begitu mendadak. Bukan dibuat-buat. Abang tidak sanggup melihat ayam itu disembelih hidup-hidup.
Ada waktu-waktunya abang sampai macam nak naik marah terhadap perbuatan bapak abang itu . . . Tapi apa boleh buat . . . anak ni sentiasa akur kepada bapanya. Bukan takut . . . hormat!
Maka sejak zaman itulah abang terus tidak mahu langsung memakan daging ayam!"
Khasim mendengar saja akan cerita teman tadi. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sekali sekala. Dia macam menghormati pendirian teman. Dia tidak mengatakan teman rugi ke apa ke kerana tak makan ayam!
Dua orang datuk . . . Khasim dan Majid kat meja makan . . . Boleh lak pangku cucu masing-masing ye . . . Alahai si Firaz dgn atuk K dan si Ahmad dgn atuk M . . . Kalau zaman dulu dgn anak-anak boleh gitu ke?
Macam-macam aksi dua orang cucu . . . ketika dalam pangkuan datuk mereka masing-masing . . . di meja makan
. . . ha begini le . . . suka hati tuk nenek kome aje ye . . . it's OK . . . atuk suka ( ketap gigi beb!)
Khasim tidak seperti bos-bos Mat Saleh teman dulu-dulu yang sering mengatakan bahawa kononnya teman ni KERUGIAN kerana tak gemar memakan daging ayam. Memang kebanyakan mereka itu tahu teman tidak memakan daging ayam.
Mereka tahu akan hal ini kerana setiap kali ada jamuan rasmi organisasi yang menghidangkan 'ayam' sebagai juadah utama . . . pihak penganjur mesti menyediakan juadah lain yang 'istimewa/khas' untuk teman sebagai ganti juadah 'ayam'.
Bos-bos Mat Saleh teman tu kepohchi juga . . . {serupa le macam si jiran omputih teman tu!}
Mereka selalu bertanya, " Who's this one special plate for? "
Mereka selalu bertanya, " Who's this one special plate for? "
"Eh . . . jealous pulak dema ni . . . pikio teman! Bio le penganjur sediakan makanan khas untuk teman. Apa yang kome susah! Kome lantok aje le apa yang kome gemo. After all . . . teman pun BOS juge weh . . . he he!"
Begitulah reaksi teman (dalam hati sendiri-sendiri le) setiap kali teman dengar komen atau soalan 'tengin' yang sedemikian.
Keadaan dah sampai ke kemuncaknya.
Pada suatu hari dalam satu majlis makan malam . . . seorang bos Mat Saleh yang duduk di sebelah teman bersembang-sembang dengan teman sambil kami makan-makan. Tiba-tiba dia mengajukan pertanyaan kepada teman:
Teman: " Well, I've never taken any chicken since my childhood days."
Bos Mat Saleh: " My lad . . . you're missing quite a bit by not eating them!"
Teman: (Banyak lak songe Mat Saleh ni.) " Well Mr . . . it's similar to you not taking a liking for the durian."
Bos Mat Saleh: " Err . . . That's quite a different situation. Durian is local . . . not as universal as the chicken."
Teman: "In that case . . . I'm not in that bad a situation . . . I don't take a chicken but do take A WHOLE CHICKEN!
Bos Mat Saleh: "How do you mean?"
Teman: I take the EGG! That's inclusive of everything that makes up a chicken . . . including its feathers!
Bos Mat Saleh: Err . . . err (Geram agaknya tapi lantas gelak terbahak-bahak) . . . ha ha he he . . . That's a good one.
Teman: "Mr . . . since you don't take a durian . . . why don't you try A WHOLE DURIAN instead . . . just like I did for the chicken?"
Bos Mat Saleh: " That's not a good one!"
Teman: (Padan le muka kome bos omputih ooi! 'A WHOLE DURIAN' termasuk le kulit, pangsa dan biji-bijinya sekali! Dan . . . kalau kome makan juge . . . he he he . . . jadi macam gajah le!)
Sekian kisahnya ngapa teman tak makan ayam . . . Jumpa lagi.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih . . . kata Nor Shamsha. Nanti kita jumpa lagi ye . . . kata adik-adik ni.
Terima kasih kepada semua saudara mara yang telah menjemput kami sekeluarga ke majlis yang gilang gemilang ini.
Dan . . . menutup tirai . . . diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Azahari dan Maryam. Semoga berbahagia sepanjang masa.
Wassalam.
dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda at 10:00 AM 0 comments
Labels: Santai
No comments:
Post a Comment