Monday, December 19, 2011

Berhijrah ke Madinah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Suratan atau Kebetulan?


Para jemaah haji KT 70 berlepas dari KLIA dengan pesawat Saudi Arabian SV 5701 ke Jeddah pada 24 Oktober 2011. KT 70 dijadualkan masuk ke Makkah dahulu untuk para jemaah melakukan kerja haji masing-masing. Teman dan kawan-kawan lain seramai lebih 400 orang termasuklah dalam rombongan jemaah KT 70 ini.

Setelah berada di Makkah selama 33 hari dan selesai melaksanakan segala urusan kerja haji, para jemaah haji KT 70 dijadualkan pula ke Madinah untuk selama 10 hari yang berbaki daripada keseluruhan waktu kami berpergian ke bumi suci di tanah haram sebelum pulang ke Kuala Lumpur.



TAKLIMAT PIHAK PENGURUSAN & PENYELARAS PAKEJ NILAM 4

Taklimat utama: Tuan Hj Mohd Noor Yaakob, Pen Pengurus THTS Wilayah Utara merangkap Ketua Bangunan menyampaikan maklumat dan kata-kata perangsang/penghargaan

Butir-butir perjalanan, suasana dan keadaan tempat, cuaca/suhu di Madinah juga diberikan

Maklumat tentang penginapan di Madinah disampaikan dengan jelasnya

Kata-kata perangsang dan penghargaan terus diberikan kepada para jemaah


Prof Dr Salmah memberikan kata nasihat dan semangat kepada para jemaah haji KT 70


Bacaan Doa: Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar
membacakan doa sebelum para jemaah berangkat


Maka bertepatan pada 1 Muharam 1433 H bersamaan hari Sabtu 26 November 2011 kami sejemaah pun diarahkan bergerak dari Makkah ke Madinah. Kami akan berhijrah. Benar-benar berhijrah dari Makkah ke Madinah. Benar-benar pada 1 Muharam! Suratankah kebetulan?



Bersemangat: Hj Salleh, Hjh Alimah dan
Hjh Juliah melangkah berhijrah . . .


[Ttg soal "suratan atau kebetulan" ini, teman cuma ingin memetik sedikit isi sms yang dihantar adinda Basri Omar kepada teman baru-baru ini. Mesejnya berbunyi, " Salam! Renungan Hari Jumaat . . dr Radio IKIM .. Kebetulan2 yg kita sangka/ingat itu adalah ketentuan2 Allah. Do what you can do and Allah will do what you can't do! . . . "]


DI "ROOFTOP" MASJIDILHARAM, MAKKAH

Para jemaah haji KT 70 solat berjemaah dan beriktikaf di Masjidilharam


Sabar menantikan masuk waktu untuk sama-sama membaca doa akhir tahun . . .

Hj Salleh dan sahabat-sahabat lain tidak mahu ketinggalan dalam aktiviti tersebut di atas . . .


Beginilah senario di "rooftop" Masjidilharam pada petang yang bersejarah itu . . .


Hjh Alimah dan para jemaah wanita yang lain turut aktif juga le . . . ye tak . . .


Para jemaah haji KT 70 berkesempatan pergi beramai-ramai ke "rooftop" Masjidilharam di Makkah sebelum memulakan penghijrahan tersebut. Kami berpeluang membaca doa akhir tahun dan kemudian selepas solat Maghrib, membaca doa awal tahun pula di bawah bimbingan Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar. Kami juga dapat bersolat hajat di situ sebelumnya.


Ustaz Mohd Hasnil membimbing jemaah haji (KT 70) dalam solat hajat,
bacaan doa akhir tahun 1432H dan bacaan doa awal tahun 1433H


YM Hj Raja Aman Shah dan para jemaah KT 70 yang lain juga tetap sabar menanti masuk waktu solat Maghrib . . .


YM Hj Raja terus menanti. Ha, bolehlah bersembahyang sunat dulu macam tu . . . Hjh Alimah


Selesai: Hj Salleh dan penulis serta teman-teman lain dah mampu ketawa sekarang. Selesai sudah solat berjemaah Maghrib dan bacaan doa awal tahun di susuli solat sunat hajat. Alhamdulillah.


Madinah terletak kira-kira 447 kilometer dari Makkah. Perjalanan dengan cara menaiki bas mengambil masa kira-kira 6 jam. Kami selamat sampai di Madinah sebelum subuh. Alhamdulillah.



PEMANDANGAN LUMRAH DI MAKKAH








BERMULA HIJRAH DARI MAKKAH KE MADINAH






Alhamdulillah bas tidak 'meragam'
dan drebar 'tak buat hal'


[ Bermain dalam benak teman . . . sepanjang perjalanan selama kira-kira 6 jam dari Makkah ke Madinah . . . Betapa hebatnya Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda melakukan penghijrahan mereka pada zaman serba belum moden dahulu!]



Di samping beramal ibadat di Madinah, kami dibawa menziarahi tempat-tempat menarik, penting lagi bersejarah. Alhamdulillah kami dapat merasakan keistimewaan tempat-tempat ini yang tidak terhingga, selama berada di sini, melalui acara-acara ziarah yang disediakan.


DI MASJID QUBA'

Bas No 2 yang mengangkut kami ke destinasi ziarah di Madinah


Penanda dan Pengawal masjid yang pertama dibangunkan Nabi Muhammad SAW di Madinah


Berminat: Ada pengunjung yang berminat membaca penanda di dinding Masjid Quba' . . . dua orang hajah tu . . . minat gak, tapi ambil gambar dulu le . . .


Gembira: Hjh Alimah dan Hjh Nik turut memanfaatkan waktu bersama-sama di Masjid Quba'


Dah selesai solat di dalam masjid . . . sekarang bergambar lagi di luar pula


[ Masjid Quba' merupakan masjid pertama dibangunkan Rasulullah SAW di Madinah semasa baginda sampai di Quba' ketika berhijrah. Keutamaan Masjid Quba' - Diriwayatkan dari Sahal bin Hunaif radiallahu'anhu - ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan berwuduk kemudian mendatangi masjid ini (Masjid Quba') lalu bersolat dua rakaat di dalamnya maka pahalanya seperti ia melakukan umrah.]


[Sunan ibn Majah Hadith No. 1412]





DI LADANG KURMA


Nyaman: Suasana segar di ladang kurma yang kelihatan subur ini. Demikian dialami Hjh Alimah dan Hjh Nik ketika dibawa berkunjung ke ladang ini


Kenang-kenangan: Hjh Nik dan Hjh Alimah bergambar di kawasan ladang kurma di Madinah


Giliran penulis bergambar weh . . . dan di kanan tu siapa lagi . . . oghang romah teman le . . .


Oghang sibuk membeli . . . kita sibuk begambo ye . . . Tak ngape . . . bukan selalu dapat ke sini!


Lagi kome . . . bio dema tu tau kita ni dari dulu memang suka no begambo. Hjh tu ngape lak?


Oh . . . dah nak duduk di taman ke . . . jom le berihat sambil minum (sarapan)



Ha takpe Hjh . . . relaks . . . lepaskan lelah. Rukun dan wajib kerja haji pun dah selesai . . . kan?


Ai masuk balik ke . . . ada lagi yang lupa nak beli gamaknya! Ha dah keluo dah pun.


Ok le. Jom kita beranso ke beh . . . nanti tingge lak macam dema yang missed trip bas No 4 pagi tadi . . . tak sampe-sampe dema tu . . . kesian ye!


Jumpa lagi . . .




DI JABAL UHUD


Ketika baru sampai. Kelihatan gah Jabal Uhud dan kawasan sekitarnya yang bersejarah.


Pemandangan sekeliling yang menarik seperti menariknya kisah perang Nabi Muhammad SAW di sini! Dua Hjh tu bukan nak pergi perang . . . Nak ambil tahu tentang perang tu saja!


Hjh Alimah dan Hjh Nik terus melangkah. Ha dah stop lak . . . kenapa ye?



Oh nak bacakan al-Fatihah dan doa di sini.
Eloklah tu. Kita sama-sama bacakan untuk para
pejuang Islam yang mati syahid
dalam perang tersebut.
Amin.



Dengar sini semua . . . kata mutawif. Maka para jemaah haji (termasuk abang Hj Abdul Manaf Ibrahim - foto kiri) pun patuhlah mendengar  . . .


Hjh Alimah dan Hjh Nik turut mendengar penerangan mutawif dengan penuh konsentrasi.


Selamat tinggal. Semoga kami ada lagi banyak peluang berkunjung ke mari.


Antara tempat-tempat istimewa yang lumrahnya dikunjungi di Madinah . . . selain daripada Masjid Nabawi (Masjid Nabi) . . . termasuklah Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, ladang kurma / pasar kurma. Program ziarah dalam pula termasuklah ziarah Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi'.



MADINAH TEMPAT BERHIJRAH


Alhamdulillah sampai juga ke Masjid Nabawi. Seronok kan Hjh Alimah?


Pemandangan menjelang subuh di Masjid Nabawi. Tiga sahabat sejak di Makkah dahulu . . . dari kiri . . . penulis; Hj Salleh; Dato' Hj Muhammad Hatta turut bersyukur selamat sampai di masjid yang penuh sejarah ini.


Kiri: dari kiri - Hj Salleh; Hjh Juliah; Datin Hjh Zabedah; Hjh Alimah. Kanan: dari kiri - Hj Salleh; Hjh Juliah; Datin Hjh Zabedah; Hjh Alimah; Hjh Rahmah







Kiri: Masjid Nabawi Kanan: Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick











Lapan foto di atas menunjukkan pemandangan sekitar pekarangan Masjid Nabawi


Kiri: Hj Abdul Halim dan Kanan: Penulis - ketika berada dalam Masjid Nabawi


Para jemaah haji beribadat dalam Masjid Nabawi, Madinah

Masjid Nabawi dari arah pintu masuk utama (No. 1) Babbusalam


Kiri: Penulis dan Kanan: Hj Kamarudin sedang membaca al-Quran dalam Masjid Nabi


Pemandangan dalam Masjid Nabawi dari arah pintu masuk Umar Al-Khattab


Keindahan senibina dalam Masjid Nabawi yang tidak jemu mata memandang


Seni reka dan reka letak lampu menambah seri ruang solat masjid


Masya-Allah hebatnya perasaan sesiapa yang masuk bersolat di sini



PEMANDANGAN DI LUAR MASJID

Hala pintu masuk Umar Al-Khattab

Hj Abdul Halim (foto kiri) dan penulis (foto kanan) bergambar di dataran Masjid Nabawi


Dua pelaku di atas sekali lagi bergambar di dataran hala pintu masuk Umar Al-Khattab

Foto kiri: Hjh Alimah (dan saudara seagama . . . ) Foto kanan: Hjh Alimah bersama Hjh Juliah

Foto kiri: Hjh Alimah menuju ke mana tu? . . . Foto kanan: Pintu masuk Badr


SANTAI SEJENAK

Foto kiri: Hjh Alimah; Hjh Juliah Foto kanan: Hj Salleh; Hjh Juliah


Foto kiri: Hj Salleh; penulis Fotoi kanan: Hj Salleh; Hjh Juliah


Foto kiri: Penulis; Hjh Alimah Foto kanan: Penulis; Hjh Alimah


Demikian keindahan dan kehebatan peninggalan sejarah di kota Madinah Al Munawwarah. Para jemaah haji dalam group KT 70 tentunya bersyukur kini telah berada di tengah kota yang dijanjikan terpelihara daripada serangan sebarang jangkitan wabak penyakit. Kita sedia maklum pintu masuk ke daerah-daerahnya terkawal oleh para malaikat. Madinah juga dikatakan tidak akan terdedah kepada fitnah dajal pada hari-hari akhir zaman kelak. Demikian tingginya darjatmu . . . oh Madinah.

Wallahuaklam.






dsuarang.blogspot.com

No comments: