Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kita Merancang Tuhan Menentukan
Alahai Hjh . . . telefon mana tu? . . . Tak kan le sekejap pun tak boleh berasingan . . .
Penulis dan isteri mengabadikan foto kenangan di hadapan Masjidilharam, Makkah
Dua beranak di dalam dan di luar bilik Hotel Royal Eiman, Makkah. Hj Khairol dan Pak Uda
Ini di Maktab 100 Mina . . . dua Hajah bersaudara bertemu . . . berbincang sesuatu . . . entah apa le tu . . .
Kita makan aje . . . bestnya, tak payah buat apa-apa kerja . . . semuanya dah tersedia
Takut pulak nanti balik Malaysia dah jadi malas . . . nak masaklah, nak basuh pingganlah . . .alahai
Menjamu selera dengan selesa . . . makan semeja macam baru kenal ketika zaman remaja . . .
Hjh Zuraida dan Hjh Alimah di dataran Masjid Nabawi, Madinah
dsuarang.blogspot.com
Kita Merancang Tuhan Menentukan
Amat benar kata-kata yang sering diungkapkan orang. " Manusia hanya berdaya merancang . . . Allah yang menentukan segala-galanya ".
Kiri: Hjh Alimah di luar bilik Hotel Royal Eiman, Makkah. Kanan: Hjh Alimah di luar bilik Hotel Movenpick, Madinah
Dua aksi penulis di bilik Hotel Royal Eiman, Makkah
Alahai Hjh . . . telefon mana tu? . . . Tak kan le sekejap pun tak boleh berasingan . . .
Penulis dan Hjh Alimah di Hotel Movenpick, Madinah
Teman dan isteri teman Alimah, tidak pernah terfikir suatu hari nanti akan berada di Tanah Suci Makkah bersama sepupu teman Zuraida Khusaimi (Ada) dan suaminya Ahmad Fairuz Ahmad Seth serta bersama anak saudara teman Khairol Anuar Ismail . . . atas suatu tujuan yang serupa lagi amat bermakna . . . yakni menunaikan fardu haji pada musim ini (tahun 1432H/1433H)!
Penulis dan isteri mengabadikan foto kenangan di hadapan Masjidilharam, Makkah
Hj Khairol Anuar Ismail
Hjh Zuraida Khusaimi bersama
Hj Ahmad Fairuz Ahmad Seth
Hj Ahmad Fairuz Ahmad Seth
Sejurus selepas bertemu di Makkah. Kami bergambar di dataran Masjidilharam.
Bergambar kenangan di dataran Masjidilharam, Makkah. Kiri: Penulis Kanan: Hj Khairol
Teman nyatakan demikian kerana teman dan Alimah memang tidak menduga bahawa Ada dan Fairuz serta Khairol akan menunaikan rukun Islam ke-5 ini pada musim yang sama dengan kami. Maklumlah, usia kami sudah hampir sekali ganda berbanding mereka! Teman pula . . . masih teringat-ingatkan mereka . . . ketika zaman mereka kecil-kecil dahulu! Masya-Allah!
Dua beranak di dalam dan di luar bilik Hotel Royal Eiman, Makkah. Hj Khairol dan Pak Uda
Hj Khairol bersama Pak Uda
Di bilik 0345 Hotel Royal Eiman, Makkah. Hj Khairol bersama teman-teman sebilik Pak Uda
Dari kiri: Hj Khairol; Hj Salleh;
YM Hj Raja Aman Shah; Dato' Hj Muhammad Hatta
YM Hj Raja Aman Shah; Dato' Hj Muhammad Hatta
Hj Khairol Anuar Ismail dan Mak Uda Hjh Alimah di Makkah
Kisah pertemuan ini menjadi menarik kerana kami hanya mengetahui bahawa kami akan ke Tanah Suci bersama-sama setelah bersua di Kelana Jaya dan Shah Alam. Teman bertemu Ada dan Fairuz di Kelana Jaya ketika menghadiri taklimat pakej THTS dan pada waktu kursus perdana di Masjid Negeri, Shah Alam. Khairol pula kami temui ketika sama-sama berkursus perdana di Masjid Negeri, Shah Alam.
Ini di Maktab 100 Mina . . . dua Hajah bersaudara bertemu . . . berbincang sesuatu . . . entah apa le tu . . .
Kita makan aje . . . bestnya, tak payah buat apa-apa kerja . . . semuanya dah tersedia
Takut pulak nanti balik Malaysia dah jadi malas . . . nak masaklah, nak basuh pingganlah . . .alahai
Sebelum itu kami langsung tidak tahu akan pemergian masing-masing ke Tanah Suci. Sesungguhnya kami masing-masing bukan hendak merahsiakan akan pemergian kami itu . . . cuma kami bercadang memberitahu tentangnya kepada ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai setelah benar-benar pasti kami masing-masing terpilih untuk menyertai jemaah haji ke sana untuk musim 1432H/1433H ini.
Menjamu selera dengan selesa . . . makan semeja macam baru kenal ketika zaman remaja . . .
Dari kiri: Penulis; Hjh Zuraida Khusaimi;
Hj Ahmad Fairuz Ahmad Seth; Hjh Alimah Md Yasin
di Hotel Royal Eiman, Makkah
Hj Ahmad Fairuz Ahmad Seth; Hjh Alimah Md Yasin
di Hotel Royal Eiman, Makkah
Alhamdulillah segala urusan kebajikan kami ke sana dan di sana berjalan dengan baik. Kami dapat melaksanakan tuntutan kerja haji masing-masing dengan lancar sehinggalah kami dapat kembali ke tanah air dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Andainya sepupu teman . . . Irdawaty Lokman (Ida) dan suaminya Kamarul . . . dapat turut bersama ke Tanah Suci pada waktu yang sama seperti dicadangkan mereka pada mulanya . . . suasana pertemuan keluarga ini tentu bertambah meriah.
Hjh Zuraida dan Hjh Alimah di dataran Masjid Nabawi, Madinah
Alhamdulillah, jumpa di sini kita . . . ye
Namun, seperti yang diakui pada permulaan penulisan ini, "Kita hanya dapat merancang, Allah yang menentukan." Kita akur.
Kamarul mengalami sedikit keuzuran pada saat-saat hendak berangkat ke Tanah Suci dan Ida harus menguruskan penjagaan kesihatan suaminya itu di sini. Maka pemergian mereka terpaksa ditangguhkan.
Doa kami . . . semoga mereka dan ramai lagi ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai . . . akan menjadi tetamu Allah jua pada suatu ketika nanti. Amin.
dsuarang.blogspot.com
4 comments:
Alhamdulillah, perancangan daripada yang Maha Besar amat sempurna. Sillaturahim dipereratkan.
Thank you for uploading all the pictures Abg Uda. Enjoy the comments too...(Two thumbs up) :-)
~ Ada ~
Salam Pak Uda,
Selamat menyandang gelar Pak Haji dan Ibu Haji buat Pak Uda dan Mak Uda,maaf agak lambat Intan memberi ucapan Selamat.
Alhamdulillah,Pak Uda dan mak Uda tampaknya sehat wal'afiat selama menunaikan ibadah haji.
Intan juga berkeinginan menunaikan ibadah haji kelak,apakah saya boleh ?
Salam Ada,
Thanks. Very encouraging remarks.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat jua Uda dan Kak Uda berpergian ke Tanah Suci bersama Ada dan Fairuz (ahli keluarga Uncle dan Aunty Uda yang paling rapat perhubungannya dengan kami dan yang amat kami kasihi.)
Glad you enjoyed the presentation. Salam to Fairuz and family.
Salam Intan,
Terima kasih atas ucapan selamat Intan itu.
Alhamdulillah kami berdua diberi Allah berkeadaan amat sihat selama mengerjakan urusan haji di Tanah Suci.
Sesungguhnya semua ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai juga kami doakan agar dijemput Allah SWT ke sana kelak untuk menunaikan fardu haji.
Intan tidak terkecuali. Dan, Pak Uda dan Mak Uda tetap yakin Intan pasti boleh ke sana dan berjaya menunaikan rukun Islam Yang ke-5 itu. Insya-Allah dan Amin.
Post a Comment