Tuesday, February 14, 2012

Hakim Cafe





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Belum Rezeki Nak Berjumpa Semula


Pada hari Rabu 28 Disember 2011 . . . teman bersama-sama isteri, anak lelaki dan cucu teman . . . menemani anak perempuan teman . . . ke Pulau Pinang. Anak teman tu ada tugas rasmi di sana yang perlu dilaksanakan pada hari berikutnya.

Selesai tugas anak teman tu . . . pada hari yang berikut iaitu Khamis 29 Disember . . . kami bergerak untuk pulang ke KL. Teman berhasrat singgah sebentar di RnR Tapah arah Selatan dalam perjalanan pulang ke KL kelak.

RnR PLUS Tapah memang terkenal sebagai pusat jualan buah-buahan khasnya jambu batu tidak berbiji dan jambu air madu. Buah-buahan lain seperti mangga dan mempelam serta durian juga ada.

Teman bukan nak beli buah-buahan di situ. Teman ingin bertemu sahabat sepesawat KT 70 dan sehotel di Makkah dan di Madinah ketika menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci sepanjang bulan-bulan Okt/Nov/Dis 2011 dahulu.

Teman berhajat menemui Tuan Hj Hakim dan Puan Hjh Seripah. Mereka itu amat mesra sebagai sahabat sejemaah teman dan isteri teman ketika di sana.


Tuan Hj Mohd Hakim Durahim



Pn Hjh Seripah


Hakim dan Seripah . . . yang lebih muda daripada kami suami isteri . . . memiliki sebuah cafe di RnR Tapah arah Selatan. Teman sengaja le nak jumpa mereka di sana. Dah terasa rindu juga kerana agak lama tak bersua.




Hakim Cafe di RnR Tapah arah Selatan


Mereka tidak tahu bahawa teman akan singgah pada hari itu. Teman sengaja tak beri tahu. Takut-takut nanti dema itu bersusah payah pula! Dema tu memang berbudi bahasa tinggi.



Alimah, penulis, Alyn (memangku Amad)

E bersama Amad


Sesampai di RnR Tapah teman pun terus menuju ke Hakim Cafe . . . dan bertanya kepada cashier di Cafe itu sama ada Hakim atau Seripah ada di situ. Cashier tersebut memberi tahu teman bahawa Hakim dan Seripah tidak datang ke situ pada hari yang berkenaan.

Teman lalu menghubungi Hakim melalui telefon. Setelah menghubungi Hakim . . . ternyatalah bahawa Hakim dan Seripah sudah pulang ke kampung mereka di Selatan tanah air.

Kemudiannya . . . kami mendapat tahu pula bahawa . . . sambil menghantar anak mereka mendaftar untuk kemasukan ke sebuah pusat IPT . . . yang terletak di Selatan tanah air . . . mereka menggunakan kesempatan yang terluang untuk balik ke kampung. ["Good thinking," komen jiran Omputih teman.] Maka demikianlah kisahnya mengapa kami gagal menemui mereka di situ pada hari itu.




Foto kenangan di Coffee Break, Madinah[dari kiri:Hj Mohd Hakim Durahim,
Hjh Seripah, Hjh Alimah, penulis]


Menjamu selera di Coffee Break, Madinah apabila makanan yang tersedia di Restoran langganan LTH kurang menyelerakan . . .



Apo nak di kato . . . bak nyanyian Ito . . . dalam sebuah lagu popularnya. Salah teman juga tidak memberi tahu Hakim dan Seripah terlebih dahulu akan hajat kami hendak mengunjungi mereka di RnR Tapah pada hari itu.

{Says my Omputih neighbour: "Lesson learnt Sir . . . do call in advance . . . or simply phone up first . . . prior to any engagement . . . Never take for granted things will turn out the way you want it to be. You'll be well surprised!}

Tak mengapalah Tuan Hj Hakim dan Pn Hjh Seripah. Belum rezeki nak berjumpa semula. Lain kali sahaja . . . Insya-Allah. Maka di ruang maya ini . . . kami berkirim salam . . .



Dari kiri: Hj Mohd Hakim Durahim,
Hjh Seripah, penulis, Hjh Alimah



Akhir kisah . . . tiada apa yang hendak penulis kesalkan. Apa pun, nasib kami tidaklah seburuk nasib si Lebai Malang . . . yang diundang ke suatu majlis kenduri . . . dalam cerita rakyat klasik kita tu . . . he, he, he.














dsuarang.blogspot.com

No comments: