Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bertemu Tuan DO
Hari Isnin 7 Mei 2012. Kira-kira jam
2:45 petang. Dalam perjalanan pulang ke KL dari Kota Singa. Berhajat
singgah sebentar di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya, Johor.
Ingin bertemu Tuan DO.
Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya
Aku
ingin bertemu DO (Pegawai Daerah) bukan untuk memohon sebarang
kelulusan bagi mendapatkan apa-apa projek berkaitan hal tanah atau
perumahan atau sebarang kemudahan urusan hartanah . . . bisnes
kecil-kecilan maupun besar-besaran . . .
Di dalam bilik pejabat DO
Alhamdulillah . . . apabila aku menelefon beliau pagi itu untuk mengetahui sama ada beliau punya sedikit masa untuk bertemu . . . Kamaruddin menyatakan beliau tidak keberatan . . . cuma beliau juga menyatakan bahawa beliau akan ke Kluang pada jam 3:00 petang tersebut.
Tuan Hj Kamaruddin Abdullah (kiri) dan Penulis
Peretemuan kami [ahli-ahli keluargaku juga ada bersama] berjalan lancar. Simple and cordial but most meaningful . . . Satu pertemuan dua sahabat Haj yang rigkas tetapi sungguh bermakna.
Aku sempat menyampaikan kepada
Kamaruddin undangan daripada salah seorang sahabat Haj aku lagi . . .
iaitu Tuan Haji Mohd Hakim . . . yang mengundang sahabat-sahabat Haj ke
majlis aqiqah cucunya di Rembau pada 12 Mei 2012.
Di pekarangan
Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya
Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya
Kamaruddin terus sahaja memohon maaf
tidak dapat menyertai majlis tersebut kerana beliau mesti memastikan
segala persiapan dan persediaan untuk acara Kembara Mahkota Johor yang
bermula pada 13 Mei 2012 di daerahnya . . . Kulaijaya . . . berjalan
dengan lancar.
Parkir kat sini senang aje . . . ya
kat seberang sana tu . . . Tuhan saja yang tau . . .
Aku faham akan hal begitu. Sudah menjadi tugas seseorang DO atau Pegawai Daerah . . . memastikan segala peristiwa keramaian awam yang berlaku di daerahnya . . . atau yang di bawah bidang tugasnya . . . terurus dengan sebaik-baik mungkin . . . apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan sebarang urusan Diraja!
Tuan DO (kiri) dan Penulis
Kami bersembang buat seketika. Sebentar kemudian aku memohon diri untuk berangkat pulang.
Tuan Hj Kamaruddin . . . [sahabatku cum Tuan DO . . . dan baru-baru ini bergelar Kolonel Kehormat RELA) . . . dengan caranya yang amat humble . . . mengiringi aku ke parkir.
Datanglah lagi . . . Ok Haji . . .
Itulah budi bahasa namanya. Kalau memang berhemah tinggi . . . akan terus terserlah budi yang tinggi secara automatis.
Aku doakan agar sahabatku ini beroleh anugerah-anugerah yang lebih mulia lagi . . . insya-Allah.
Terima kasih sudi menerima kedatangan kami
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment