Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Semangat Pertalian Keluarga
Setelah mengunjungi Jurong Bird Park pada hari Sabtu 5 Mei 2012 . . . aku dan ahli-ahli keluarga serombongan . . . menuju ke kawasan perumahan di Clementi West.
Kami berhajat ke rumah adik sepupu
Alimah . . . yang sudah agak lama juga tidak kami temui. Hasrat kami
untuk mempereratkan silaturahim dengan keluarga Hjh Fauziah Saad.
Setibanya kami di rumah Fauziah . . .
kami diberikan sambutan yang hangat . . . dengan menampakkan semangat
persaudaraan yang begitu ketara. Fauziah sekeluarga mesra sekali.
Dua sepupu yang sudah lama tidak bertemu
kiri: Hjh Alimah . . . kanan: Hjh Fauziah
Selang beberapa minit aku di situ . . . aku teringat akan Hj Yusof . . . suami Fauziah. Aku bertanya tentangnya. Aku bertanya tentang kesihatannya.
Fauziah memberitahu bahawa Yusof ada di bilik selari dengan ruang tamu itu.
Fauziah menyatakan juga bahawa Yusof di situ kerana mesti mendapatkan bekalan oksigen daripada mesin yang tersedia di dalam bilik itu. Jarang-jarang sekali beliau keluar . . . melainkan jika sekali sekala pergi ke bandar.
Saling bertanyakan khabar . . .
berbual mempereratkan silaturahim
Aku agak terkejut dengan info itu. Aku sebenarnya terkejut mengetahui keadaan kesihatan saudaraku itu. Selama ini aku sangkakan Yusof cuma menghidap asthma biasa . . . apabila beliau jarang dapat hadir dalam majlis-majlis keluarga di KL.
Hidangan pun dijamah . . .
Walau bagaimana pun, setelah aku masuk
ke bilik tempat Yusof berehat . . . hatiku terasa sedikit lega. Yusof
kelihatan sihat jua . . . cuma memerlukan bekalan oksigen dari masa ke
masa.
Aku berbual dengan Yusof. Lama juga.
Berbagai-bagai perkara kami bualkan. Aku perhatikan Yusof bijak
berbicara. Daya fikirnya tetap tajam.
Aku berdoa semoga keadaan sebegini terus berkekalan dan semoga kesihatan Yusof bertambah-tambah baik. Amin.
Aku berdoa semoga keadaan sebegini terus berkekalan dan semoga kesihatan Yusof bertambah-tambah baik. Amin.
Fauziah melayan anak-anak saudaranya
Alyn dan Halmy
sambil penulis bersembang dengan Yusof
Dari kiri: Shidi, penulis, Hj Yusof
Seperkara lagi yang menarik perhatianku .
. . Yusof dapat bersama-sama kami di meja makan pada petang itu. Beliau
bercerita dan mendengar cerita. Kisah demi kisah. Lama beliau melayan
kami di meja makan itu. Sesuatu yang jarang-jarang dilakukannya . . . pada
hari-hari biasa.
Penulis dan Yusof membincangkan sesuatu
perkara mustahak nampaknya
Hidangan mee rebus
Singapore style . . .
Terus berbual-bual selepas menikmati
hidangan mee rebus buatan sendiri
Chef Fauziah
Akhirnya . . . Yusof mengiringi kami ke
pintu keluar rumahnya . . . menyebabkan aku sekeluarga berasa amat
terharu. Kami terharu dengan semangatnya yang begitu kental menghadapi
penyakit yang ditanggungnya.
Bak kata Yusof . . . " Ini sudah bahagian saya, bang. Mungkin ALLAH nak bagi uji supaya kita sedar dan insaf."
Memang benar kata Yusof itu. ALLAH
berkuasa ke atas segala-galanya. Kami cuma memohon kepada-NYA . . . Ya
ALLAH apalah kiranya dapat ENGKAU mengabulkan doa hamba-hamba-Mu ini:
Pulihkanlah kesihatan Yusof . . .
saudara kami ini . . . seperti sedia kala dan . . . bahagiakanlah beliau
serta seluruh keluarganya yang baik budi ini. Amin.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment