Assalamualaikum
(al-Fatihah buat saudaraku Hj Aeji Karmak yg telah pergi dahulu )
Arab Street & Masjid Sultan
Petang Ahad 6 Mei 2012. Aku dan
ahli-ahli keluargaku Alimah, Mazlyn, Marlyana, Afzan dan Ahmad Iman
Iskandar berkesempatan mengunjungi Arab Street dan Sultan Mosque (Masjid
Sultan) yang berhampiran.
Daerah-daerah di Singapura sebelah sini
memang menjadi tempat yang banyak menyimpan kenangan buat diriku.
Tahun-tahun 1960-an membawa kepada tahun-tahun 1990-an. Dari aku
mula mengunjungi Singapura sebagai seorang muda yang suka melancong
hinggalah ketikanya aku menjalankan tugas rasmi penerbitan di sana. Aku sering ke daerah ini.
Dalam kunjunganku kali ini aku
tertarik melihat deretan bangunan kedai yang masih terpelihara. Seni bangunannya yang asal seperti yang terdapat pada zaman-zaman
dahulu! Sungguh nostalgik.
Arab Street, Singapura yang aku kenali sejak dulu . . .
Masih seperti dahulu . Cuma . . .
di daerah luar sana . . . tentulah banyak skyscrapers moden . . . lambang negara maju!
Apa pun . . . posing sajalah untuk kenang-kenangan . . .
Satu . . .
Dua ..........................................................Tiga - Pose bersama: Alyn, Amad, penulis
Tiga generasi
Di sebuah gedung kasa robia
Penulis, Amad dan Alyn
Berada di Arab Street pada petang itu aku rasakan seperti berada di
Arab Street pada waktu-waktu lalu. Masjid Sultan pula aku lihat masih
seperti dahulu . . . walaupun . . . aku percaya berbagai bentuk
pengubahsuaian telah dilakukan ke atasnya.
Sesungguhnya
aku perhatikan . . . kawasan sekeliling daerah ini telah menjalani
pembangunan yang amat pesat. Namun, aku senang masih dapat mengecam Arab Street
dan Masjid Sultan (yang kelihatan sedang mengalami kerja-kerja pengubahsuaian lagi) . . .
walaupun kawasan sekitarnya kini megah dengan banyak bangunan pencakar
langit yang baru.
Lyana dan Hafzan tidak melepaskan peluang . . . shopping ke window shopping aje?
Meninjau ke beberapa buah kedai kain yang menimbulkan kenangan masa lalu . . . dak Amad tu pun nak mula mengukir kenangan awal ke?
Tanda SALE tu . . . untuk kain le . . . bukan penulis. Dah tak laku pun!
Jom ke tempat lain lak . . .
Ha . . . jalan ke arah Masjid Sultan . . .
Tanda jalannya sahaja yang ketara berubah. Bangunan lama sekelilingnya terpelihara.
Dulu aku sering ke sini . . .
Dari kiri: Alimah, penulis, Lyana
Aku harap pihak pemerintah Singapura mengekalkan dasar pewujudan tempat atau kawasan bernostalgia tinggi sebegini.
Sekurang-kurangnya
dengan terpeliharanya daerah-daerah seperti ini di Singapura . . . para
pelancong lama seperti aku . . . tidaklah akan amat terasa berada di
sebuah negara yang terlalu asing . . . setiap kali mengunjungi pulau
yang berjiran rapat dengan tanah airku . . . baik dari segi jarak
mahupun sejarahnya!
Kiri: Tuan Hj Aeji Karmak ................................... Kanan: Pn Hjh Salehah Karim
Pn Hjh Aida Sani
Penghargaan yang tinggi kami sekeluarga tujukan kepada Tuan Hj Aeji
Karmak dan isteri beliau Pn Hjh Salehah Karim dan juga kepada Pn Hjh
Aida Sani kerana sudi menemani kami dalam kunjungan ke Arab Street dan
Masjid Sultan itu. Terima kasih daun keladi.
Amad didukungi Mak Cu Lyana
Dari kiri: Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji
Dari kiri: Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji
Dari kiri: Lyana, Alyn (memegang Amad),
Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji
Dari kiri: Afzan, Alyn (memegang Amad),
Salehah, Aida, Alimah, penulis, Aeji
Insya-Allah kita dapat berjumpa lagi dalam keadaan penuh kebahagiaan dan kesejahteraan pada masa-masa akan datang. Amin.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment