FRIDAY, 27 JULY 2012
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Amatur pun amaturlah . . .
Ketika mencari-cari beberapa keping gambar lama yang ingin penulis lekatkan ke dalam buku skrap peribadi . . . penulis terlihat akan foto-foto (tertera di bawah) yang diambil sendiri oleh ahli-ahli keluarga penulis di rumah.
Signifikannya . . . pengambilan foto-foto ini . . . baru dapat dilaksanakan pada sebelah pagi Ahad 23 Oktober, 2011 . . . (walaupun telah dirancangkan . . . sebelum tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 lagi) . . . dan pada petangnya selepas waktu asar . . . penulis dan isteri perlu pula terus ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya untuk berlepas ke Tanah Suci Mekah kerana menunaikan rukun Islam ke-5.
Begitu kehendak Allah swt. Alhamdulillah. Kami akur kami bersyukur.
Kisah yang diceritakan ini bermula apabila kami sekeluarga berbincang-bincang tentang acara mengambil gambar keluarga pada musim raya tahun 2011.
Biasanya . . . pada setiap musim Hari Raya Aidilfitri . . . kami sekeluarga akan pergi ke studio gambar untuk merakamkan foto keluarga. Tetapi kali ini . . . kami inginkan sedikit kelainan.
"Raya tahun ni . . . kita ambil gambar di rumah saja. Setiap tahun kita asyik ke studio gambar untuk merakamkan foto keluarga. Dah jemu pula rasanya . . ."
Rata-rata . . . begitulah pandangan majoriti ahli keluarga kami . Namun ada juga terselit suara-suara protes. Alasannya, kita bukan 'pandai' sangat mengambil gambar seperti yang dilakukan orang di studio gambar itu.
"Alah tak syoklah . . . Tak ada sentuhan profesional. Amatur sahaja!"
Hari Raya Aidifitri tahun 2011 jatuh pada Selasa 30 Ogos 2011. Pengambilan gambar keluarga tertangguh-tangguh sehingga bulan Oktober.
Amatur pun amaturlah! Janji kali ini kita sendiri yang ambil foto keluarga di rumah. Tak perlu susah-susah ke studio gambar.
Lagi pun . . . apalah guna memiliki kamera sendiri (yang kononnya canggih) . . . jika tiada keberanian mencuba kapasiti kecanggihannya itu.
Maka inilah hasilnya. Suka-suka sahaja. Dah terlewat pun siarannya ini.
Shoot, shoot and shoot . . . suka hati kita . . .
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Semua di atas:
Aksi-aksi awal bersedia untuk bergambar . . .
Berapa frame dah take ni?
Depan dari kiri:
Anum (pangku Ajim), Liza (pangku Umar), Alimah,
Maimunah, Alyn (pangku Amad), Fini (pangku Dian)
Belakang dari kiri:
E, Ana, Roy, Halmy, Penulis, Shidi, Halim, Afzan
Spot the difference (s) . . . throughout . . .
Done . . . ok
Mujur penulis 'terserempak' dengan foto-foto 'arkib' ini. Jika 'terlepas pandang' akan kewujudannya, mungkin 'lenyap' begitu sahaja gambar-gambar ini . . . tanpa dimanfaatkan apa-apa pun!
******
TUESDAY, 7 AUGUST 2012
******
[Foto-foto di atas telah diedit . . . dan . . . jiran Omputih teman sempat lagi menyampuk . . . dengan menyarankan:
" Have fun spotting the difference again man."
" Eh tak kosa teman . . . banyak keghoja lain weh!" sahut Pak Yeop.]
Aksi-aksi santai selepas puas mengambil gambar . . .
Amatur pun amaturlah! Janji puas hati dapat memaparkan gambar-gambar keluarga yang dihasilkan tanpa bantuan 'profesional' . . . dan terhasilnya pula . . . di rumah kami sendiri!
["Home grown stuff. . .," bisik jiran Omputih . . . siapa lagi!]
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment