Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Apa khabar AMB (3)*?
Aish Maliq Basrie dikunjungi pasangan pelawat terawalnya di d'SUARANG sehari selepas dia keluar daripada Pusat Perubatan Naluri.
Pasangan pelawat Aish itu tidak lain dan tidak bukan . . . Atuk Jamil dan Nenek Azizah . . . dari Kajang. Mereka datang berkunjung pada pagi Sabtu 7 Julai 2012.
Terima kasih yang tidak terhingga Aish ucapkan kepada kedua-dua Atuk dan Nenek yang baik budi. Senang-senang datanglah lagi.
Azizah: Besar si Aish ni kan bang . . .
Jamil: Ha ah . . . semangat . . . terasa memegang budak ni.
Azizah: 3.95 kg katakan . . .
Jamil: Ah ah . . . dah nak nangis lak si Aish ni . . .
Azizah: Alahai . . . dia belum kenal kita lagi tu . . .
Jamil: Nah . . . awak ambillah balik budak ni. Pegang elok-elok . . . biar dia diam sikit.
Azizah: Ha . . . mari kat nenek . . . Aish.
Catatan:
*AMB (3) : Initials sama yang ketiga dalam keluarga.
[ AMB - Penulis. AMB (2) - Azim Muqry Basrie. AMB (3) - Aish Maliq Basrie.]
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment