WEDNESDAY, 18 JULY 20
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Setelah tiba lewat satu setengah jam di Bandar Udara Juanda Surabaya pada Ahad 8 Julai 2012 . . . perkara yang menjadi keutamaan kami berempat ialah mencari tempat untuk makan tengah hari.
Waktu makan tengah hari sudah lama berlalu . . . dan perut kami memang sudah terasa lapar. Sudah 'berkeroncong' kata orang.
Sunyoto (juru pandu peribadi Pak Sani aka Jamil) mengambil kami di airport lantas membawa kami ke sebuah rumah makan Padang (kedai makan atau restoran Padang).
Selesai makan . . . Jamil terus meminta Sunyoto (panggilan glamornya Yoto) membawa kami semua ke kedai membuat jaket kulit.
"Tempahan mesti dibuat seawal mungkin kalau kita mahukan jaket yang ditempah siap dalam masa tiga hari sebelum kita pulang ke Malaysia," terang Jamil.
Yoto tahu ke mana hendak dituju apabila Jamil menyatakan hendak pergi ke 'kedai biasa'. Maklum . . . Jamil sudah sering ke situ!
Sebaik Yoto memberhentikan kereta di sisi kedai bersebelahan sebuah surau . . . di Jalan Raya Kludan No. 2 Tanggulangin Sidoarjo -Jawa Timur . . . penulis terpandang papan tanda di bahagian hadapan kedai yang terpampang perkataan Pengrajin Jaket Kulit. Pada cermin dindingnya pula tercatat tulisan Leather G9 B Fashion.
Berjalan masuk ke kedai . . .
Kedai yang kami tujui ini berhadapan deretan kedai barangan kulit yang lain . . . seberang menyeberang Jalan Raya Kludan.
Deretan kedai barangan kulit berhadapan dengan Pengrajin Jaket Kulit yang kami kunjungi
Sesiapa yang menjejakkan kaki ke dalam kedai ini . . . pasti akan tercium bau kulit yang sudah dirawat (melainkan jika hidung si empunya itu tersumbat . . . he, he).
Ada banyak contoh jaket dan barang-barang kulit dipamerkan di situ. Kulit yang digunakan rata-ratanya kulit sapi dan domba.
Ada banyak contoh jaket dan barang-barang kulit dipamerkan di situ. Kulit yang digunakan rata-ratanya kulit sapi dan domba.
Cutting yang macam mana ha?
"Ha mari . . . lihat dulu," kata Sunyoto
Penulis kemudiannya difahamkan bahawa jaket dan barang-barang kulit yang dihasilkan di sini biasa dihantar ke gedung-gedung besar untuk di jual.
Julat harga produknya? Tentulah jauh lebih rendah ketika di tempat Pengrajin Jaket Kulit ini berbanding setelah dihantar ke gedung-gedung di luar sana!
Tiba-tiba lamunan penulis terhenti. Terdengar suara Jamil menyuruh Wagino . . . pengusaha tempat itu . . . mengambil ukuran untuk membuat jaket kami masing-masing.
Jamil menyatakan sesuatu
kepada pekerja kedai jaket kulit
Wagino, Jamil dan Azizah sedang
memuktamadkan ukuran . . . dan harga?
"Aku nak ke mana lagi, berjaket pulak ni,"
fikir Alimah . . .
Ketawa bermakna
Wagino: Masyuuk . . . lumayan dong . . .
Mungkin saja kerana reaksi daripada kami lambat sedikit . . . Jamil terus bersuara," Tempah aje cepat . . . nanti tak sempat siap."
"On the house," tambah Jamil . . . bercakap Omputih. Macam si jiran sebelah rumah aku pulak . . . he, he.
"On the house," tambah Jamil . . . bercakap Omputih. Macam si jiran sebelah rumah aku pulak . . . he, he.
Begitulah kisahnya. Kisah tempah jaket kulit di Surabaya . . . kota produk kulit yang tersohor.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment