Saturday, September 15, 2012

Kunjungan Sepupu di Aidilfitri


THURSDAY, 13 SEPTEMBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Fadhila Sepupuku Nasab Ibu


Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri bersamaan 1 Syawal 1433H d' SUARANG dikunjungi keluarga sepupuku Fadhila (Cik Dee) Mokhtar dari Seremban.

Fadhila adik sepupu aku nasab ibuku Zainab binti Mohd Taib*. Beliau ditemani suaminya Zahari Ujang dan empat orang anaknya . . . Amir Fahmi, Nadia Farhana, Firdaus dan Nurain Faiqah.

*[Ibuku Zainab adalah kakak kepada Pak Ngahku Mokhtar dan Pak Cuku Abdul Rahman. Mereka ini tiga adik beradik seibu dan sebapa. Ketiga-tiganya sudah kembali ke rahmatullah. Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mereka . . . Amin].



















Kami sempat bersembang-sembang sambil menikmati juadah hari raya sepanjang pertemuan itu. Agak lama juga kami berbuat demikian. Maklumlah bukan selalu dapat bertemu dan bersantai begini rupa . . . walaupun jarak tempat kediaman kami masing-masing tidaklah teramat jauh!











Setelah segala rasa dapat diluahkan dan segala bicara selesai diutarakan . . . Fadhilah sekeluarga memohon diri untuk pulang ke Seremban. Mereka meniggalkan d' SUARANG dengan kemesraan yang terkesan di hati kami sekeluarga.

Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi dalam keadaan penuh riang dan dengan kesihatan yang baik pada masa muka. Insya-Allah.
   





Fadhila Mokhtar kini . . . 


Bagaiman pula dahulunya?


Tiba-tiba aku terkenangkan zaman silam . . . ketika Fadhilah yang berkunjung ke rumahku ini . . . tinggal bersama keluarganya (keluarga Pak Ngahku Tuan Hj Mokhtar Mohd Taib) di kuarters Lady Templer Hospital, Cheras. Foto-foto berikut dirakamkan pada Ahad, 20 Disember 1964.

"Very nostalgic indeed!" . . . kata jiran Omputih aku . . . hmm.







Belakang: Penulis, Siti Hawa Nor, Fauzia, Mazlan
Depan: Rosnan, Fadhila, Farida





Belakang: Siti Hawa Nor, Fauzia, Fatimah
Depan: Fadhila, Farida





Belakang: Mohd Azman, Penulis
Tengah: Fatimah, Fauzia, Safian, Mazlan
Depan: Farida, Siti Hawa Nor, Fadhila, Rosnan




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Abang Uda dan family. Moga abang uda seisi keluarga sentiasa dlm rahmat Allah. Alhamdulillah kita dpt jumpa ye di aidilfitri yg lalu. Walaupun hanya sekejap saja, namun perjumpaan itu telah membuahkan rasa terharu, gembira dan menambah eratkan lagi kasihsayang antara kita semua, insyaAllah!

Dila mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terimakasih di atas inisiatif dan kesudian bang uda mengembalikan kenangan kami semasa kecil sewaktu di Lady Templer Hosp, KL. Rasa terharu bila melihat gambar2 yg bang uda sertakan di dalam blog ini. Sesungguhnya Dila amat menghargainya. Gembira dpt tengok wajah Dila yg ketika itu berumur 3 tahun 22 hari. Walaupun nampak comot tapi comel jugak ye Dila masa kecil dulu. Bersyukur juga dpt tengok wajah2 lama Ida, Nan, fauzia, Mazlan dan arwah Safian. Malahan, Zahari pun berkesempatan melihat wajah isteri kesayangannya masa dulu sementara anak2 Dila juga berpeluang tengok wajah comel emaknya di masa lampau.

Sekali lagi, Dila ucapkan terimakasih yg tidak terhingga pada bang uda kerana mengembalikan nostalgia kami dulu. Semoga bang uda, kak uda dan anak2 sihat2 selalu dan bahagia di dunia serta di akhirat nanti. Amin. Wassallam.

Bamuda said...

Salam Dila & famili,

Uda senang membaca komen Dila . . . khususnya yang menyatakan perasaan gembira menatap foto-foto lama yang tersiar dalam keluaran blog dsuarang kali ini.

Alhamdulillah . . . Dila punya keberanian mengakui 'kecomotan' penampilan wajah ketika zaman kanak-kanak dahulu...

Alhamdulillah lagi . . . si 'comot' ini juga telah meningkat dewasa dan kini menjadi seorang isteri . . . kemudian ibu . . . yang masih lagi mencurahkan bakti yang mulia terhadap kesejahteraan keluarganya.

Bersyukur juga kepada Allah swt yang masih mengizinkan ciri 'kecomelan' kekal dalam diri manusia bernama Dila ini . . . 'comel' dari segi peribadi berbanding comelnya wajah ketika zaman kanak-kanak dahulu . . .

Terima kasih kerana memberi komen yang mengembalikan kenangan Uda kepada waktu-waktu kegemilangan dahulu.

Shhh . . . 'handsome' jugak abang mu ini pada ketika tu kan . . . he, he.