WEDNESDAY, 26 SEPTEMBER 2012
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Silaturahim Dua Sahabat Mekah
Tarikh: 20 September 2012 (Khamis). Waktu Aceh:8:00 pagi. Lokasi: Oasis Atjeh Hotel, Banda Aceh
Alhamdulillah pada jam 8:00 pagi Pak Hj Zamhur sudah pun berada di lobi hotel tempat kami menginap. Tepat waktunya seperti yang dijanjikannya kepada Pak Hj Sani (Jamil) malam tadi.
"On time betul . . . orang ni," fikirku. Very punctual.
Sebenarnya, panggilan telefon daripada Pak Zamhur telah disambungkan ke bilikku sebelumnya . . . menyatakan beliau ingin bertemu sahabatnya Pak Sani.
Pak Zamhur menegaskan bahawa beliau telah bercakap melalui telefon dengan Pak Sani malam tadi . . . dan berjanji untuk datang mengunjunginya pada sebelah pagi. Makanya pagi begini beliau sudah tiba.
Kemesraan Antara Sahabat
Pak Hj Sani dan Pak Hj Zamhur
Biarlah dia orang cerita . . . kita makan aje . . . hmm
Apa khabar Pak Haji sekarang?
Maka berlakulah pertemuan di Tanah Aceh ini . . . di antara dua sahabat yang pernah sekali cuma berkenalan di Tanah Suci Mekah . . . namun perkenalan itu terus bersemi dan menjadi ikatan silaturahim yang erat di antara dua insan . . . Pak Hj Sani dan Pak Hj Zamhur.
Janji kita terus makan . . . posing sikit ok lah . . .
Kat sini kena serius ke?
Tak le . . . santai aje macam bicara dua insan ni . . .
Bukan persahabatan antara dua insan ini sahaja yang bertambah kukuh. Kemesraan yang sedia terjalin itu meluas pula kepada kami yang lain-lain dalam group ini . . . hasil daripada keramahan Pak Zamhur sendiri yang tidak membataskan persahabatannya kepada Pak Sani seorang.
Pak Zamhur mudah sekali mesra dengan orang di sekelilingnya. Itulah yang kami rasakan dalam pertemuan itu. Beliau seperti sudah amat lama mengenali kami. Begitulah sikap Pak Zamhur . . . yang secara sekali imbas dapat aku simpulkan.
Minum? . . . merokok aje lah . . . he, he
Dah lama kita tak jumpa ya . . .
Diplomasi secawan kopi . . . penuh erti
Pada pagi yang sama kami berhasrat pergi ke Sabang . . . untuk menikmati suasana nyaman dan melihat-lihat keindahan alam di pulau peranginan yang terkenal bukan sahaja di Indonesia . . . malah di rantau sebelah sini.
Keponakanku Raji dan Meni sudah bersedia akan menemani kami melawat-lawat ke Sabang. Mereka juga datang ke hotel untuk menjemput kami ke Pelabohan Feri Ulee Lheue (bunyi macam Olele?)
Pak Zamhur rupanya telah kenal juga dengan Drs Suradji Junus (Raji). Jadi pada hari yang mulia itu mereka berjumpa pula di lobi hotel yang sama untuk tujuan yang serupa.
Begitulah kehendak Tuhan. Kemesraan lantas terjalin di antara mereka. Alhamdulillah.
Dari kiri:
Pak Zamhur, Pak Sani, Pak Suradji, Ibu Meni
Dari kiri:
Pak Suradji, Ibu Meni, Ibu Alimah,
Ibu Azizah, Pak Zamhur, Pak Sani
Dari kiri:
Ibu Alimah, Pak Zamhur, Pak Suradji,
Pak Sani, Ibu Azizah, Ibu Meni
Penulis bersama Ibu Alimah, Pak Zamhur,
Pak Suradji, Ibu Azizah, Ibu Meni
Raji dan Meni membawa penulis dan Alimah menaiki kereta mereka ke pelabohan feri itu. Pak Zamhur pula membawa Pak Sani dan Azizah dengan keretanya. Beliau tidak turut bersama kami ke Sabang tetapi berjanji akan menjemput kami berempat apabila balik pada petang yang sama nanti.
Selepas ini . . . kisah kami ke Sabang. Tunggu . . .
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment