- Assalamualaikum dan Selamat SejahteraHakikat . . . Amanah . . . Kewajipan
Kali ini penulis tertarik untuk memetik entri fb Suhaimi Abdul Rahman . . . tentang soal HAK . . .Apabila membicarakan soal HAK penulis ingin menarik perhatian para pembaca yang budiman kepada soal Hakikat, Amanah dan Kewajipan kerana apabila dibicarakan soal HAK maka tidak dapat tidak . . . secara automatik . . . timbul pula soal hakikat, amanah dan kewajipan itu.
Untuk mempersembahkan perkara ini secara puitis sedikit (konon le) . . . penulis pun cubalah berpuisi pada akhir siaran . . . Mohd Suhaimi shared Bercinta Selepas Nikah's photo.
Para pembaca yang budiman . . . setelah membaca catatan-catatan di atas . . . cubalah fahamkan pula erti yang tersirat dalam puisi berikut . . .Andai sesuai jadikanlah pedoman hidup bersuami isteri dan seterusnya . . . berkeluarga besar.HAK(hakikat, amanah, kewajipan)Sebelum bergelar suami isterihak peribadi milik sendirihak bersama dikongsi keluargahak seramai tiada terhingga;Setelah melalui gerbang perkahwinanbanyak hak bertukar tanganbanyak beza budaya perkongsianhak berubah menjadi tanggungan!Keluarga terdekat kenalah ingatAyah bonda disanjung sentiasamasih terpelihara hubungan istimewaErat di dunia sampai akhirat!Namun jangan alpa hak pasanganjangan biarkan hatinya terkilandia yang sekarang jadi tanggungandia yang kini diamanahkanYang Maha Esa Tuhanuntuk dihargai untuk disenangi;Fikir fikirkan, timbang-timbangkanJauhkan penting diri, elakkan percanggahanBiar pastiYang mana BOLEH yang mana MESTI!ambBamudadsuarang.blogspot.com
... a space to express, to douse stress and to rouse interest ... <><> ... ruang luahan rasa, paparan wacana dan asahan minda ...
Wednesday, January 16, 2013
H-A-K
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

![<3 TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI <3
*Tanggungjawab suami (Hak Isteri)-
1-Memberi nafkah zahir dan batin
2-Membayar mas kahwin kepada isteri
3-Memberi layanan yang baik
4-Menjaga maruah isteri
5-Memberi didikan agama
6-Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
7-Menjaga dari sebarang ancaman
8-Adil terhadap semua isteri
*Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
1-Taat dan hormat kepada suami
2-Menjaga maruah suami
3-Memberi layanan yang baik
4-Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
5-Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
6-Tidak keluar rumah tanpa izin
7-Tidak mendedahkan kelemahan suami
*Tanggungjawab bersama
-Mengekalkan kerukunan rumahtangga
-Memelihara dan menjaga anak-anak
-Memberi pendidikan yang sempurna
-Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
-Menyediakan rawatan dan perubatan
-Menjamin keselamatan
♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips dalam Rumahtangga,kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( @[473053892717143:274:Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim] ) Syukran ♥](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/321316_395580130532361_1958484748_n.jpg)
2 comments:
As-Salam, Uda yang dikasihi,
Yang bahagian hak suami terhadap isteri, yang nombor 8 tu teman belum dapat laksnakan.
Tapi, dua perkara penting dlm senarai itu yang membuatkan teman sayang akan isteri teman ialah yang nombor 7: Tidak mendedahkan kelemahan suami. Ya, Allah, beliau amat tekal menjaganya. Yang bahagian tanggungjawab bersama, teman meminta beliau bersikap seperti teman, melaksanakan yang nombor 4 itu.
Anyway, Da ... maklumat ini sangat berguna. Terima kasih, alhamdulillah.
As-Salam adinda Zul,
Uda tahu adinda memang bijak memberi komen . . . jujur dan telus . . . hmm macam komen tentang tanggung jawab suami (hak isteri). . . yang no 8 tu . . .
Rasanya Ita tak akan mahu menuntut hak ini . . . ish,ish,ish . . .
Memang terpuji sungguh sikap Ita dalam melaksanakan tanggung jawab no 7 terhadap hak suami itu. Alhamdulillah.
Tanggung jawab bersama no 4 tu pulak . . . memang penting dan utama . . . 'wajib' mungkin kata yang lebih tepat!
Ada Uda nyatakan sedikit hal ini dalam puisi di akhir siaran . . . untuk renungan mereka yang sudi.
Terima kasih Zul.
Post a Comment