Friday, March 15, 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul 


Negara kita diceroboh musuh! 

Pemerintah kita melakarkan pelan pertahanan . . .  dan . . . mengatur gerakan serangan balas.

Rakyat Malaysia yang benar-benar setia kepada negara ini terus sahaja memberi sokongan dan semangat kepada pasukan keselamatan kita untuk berjuang habis-habisan menentang dan menghapuskan musuh itu.









Keratan daripada
Keluaran Khas Sempena 
Hari Tentera Darat Ke-80
Utusan Malaysia Jumaat 1 Mac 2013








Alhamdulillah . . . keadaan yang pada mulanya seakan-akan kelam kabut dan menggemparkan . . . dapat ditangani dengan cekap dan yakin oleh pasukan keselamatan kita . . . walaupun ada sebilangan daripada mereka itu terkorban demi mempertahankan maruah negara. Al-Fatihah untuk mereka.








Keratan daripada
Keluaran Khas Sempena
Hari Tentera Darat Ke-80
Utusan Malaysia Jumaat 1 Mach 2013








Begitulah kira-kiranya mukadimah sopan teman . . . dalam hal pencerobohan di Sabah oleh pengganas dari kepulauan Sulu yang kononnya menuntut hak ke atas Sabah!

Sebenarnya . . . lebih daripada itu . . . teman ingin meluahkan rasa kesal dan meluat terhadap sikap segelintir orang di negara ini sendiri. Mereka yang mengaku rakyat Malaysia . . . tetapi bertindak biadap ala pengkhianat atau penderhaka!

Ada yang mengibaratkan peristiwa pencerobohan ini suatu 'sandiwara' semata-mata.

Ada yang menyalahkan sistem kawalan imigran dan sistem pertahanan negara. 

Ada yang memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan kita. 

Peliknya . . . ada sekelompok manusia . . . di antara mereka itu sendiri  . . . dahulunya pernah menerajui sistem pertahanan yang sama bagi negara kita ini! 

Paling 'kurang ajar' . . . ada pendidik . . . yang menghina anggota pasukan keselamatan dengan kata nista . . . seperti 'doggie' . . . 'anjing kerajaan' . . . dan maki hamun . . . seperti 'mati katak' . . . 'mampus' dsb.

Teman sebagai seorang awam (civilian) amat menyanjung tinggi peranan dan bakti semua anggota pasukan keselamatan. Tanpa mereka kita tak mungkin dapat tidur lena . . . bersiar-siar atau makan-makan hingga ke dini hari . . . dan paling istimewa . . . hidup aman dan tenteram!

Malangnya ada ramai kelompok 'civilian' yang terus-terusan memperkecil malah mempermain-mainkan peranan dan jasa anggota pasukan keselamatan kita. 

Andainya ada ahli keluarga atau sanak saudara mereka yang bijak berhujah itu sendiri terkorban akibat serangan musuh kelak . . . bagaimana nada suara mereka?

Mahukah mereka nanti melabelkan kematian ahli keluarga atau sanak saudara mereka itu sebagai mati ketika  'berlakon'?   

Teman syorkan . . . apa kata kalau mereka yang terlalu bijak bercakap atau mengeluarkan kenyataan (statement) membuta tuli itu . . . mendaftarkan diri untuk . . . secara sukarela . . . dihantar bertugas di barisan hadapan (frontline) pertahanan negara?

Baru gempak beb!!!






Bamuda
dsuarang.blogspot.com
Posted by 

No comments: