Tuesday, July 9, 2013

Aii di Cameron Highlands






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Memetik Strawberi




Salah satu daripada beberapa aktiviti kegemaran ramai pengunjung ke Cameron Higlands . . . sebuah destinasi peranginan terkenal di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia . . . ialah memetik strawberi di ladang-ladang strawberi yang banyak terdapat di sana.

















Aii (Ahmad Iman Iskandar) tidak ketinggalan melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Maka pada pagi Isnin 1 Julai 2013 . . . Amad ditemani ibu bapa serta sanak saudaranya untuk melakukan aktiviti tersebut.

Aktiviti memetik strawberi itu berlaku di ladang strawberi milik En Selvaraj yang terletak di Raaju's Hill, Cameron Highlands.







Di Cameron Highlands, kami menginap di Equitorial Hotel yang lokasinya bersebelahan ladang tersebut.

Jadi mudahlah bagi kami menjenguk ke ladang strawberi  yang berkenaan pada pagi keesokan hari penginapan kami di sana.  

Selama berada di ladang strawberi . . . Amad benar-benar terpikat dengan suasana sekelilingnya . . . kehijauan pokok strawberi dan banyaknya buah strawberi yang mekar berwarna merah di merata-rata. 











Amad memang seorang penggemar no 1 strawberi. Ibu bapa Amad . . . Shidi dan Alyn . . . sangat mengerti akan hal ini. 

Mereka tidak akan terlepas daripada 'kena' membeli strawberi untuk Amad setiap kali mereka ke pasar raya atau pasar buah-buahan di KL. 
















"Wah . . . begini rupanya tempat yang menghasilkan buah strawberi. Baru aku tahu sekarang!"

Begitu agaknya yang terlintas di benak Amad apabila melihat ke keseluruhan luas ladang strawberi yang terbentang di hadapan matanya. 

Sebaik sahaja diberikan gunting . . . Amad pun mula beraktiviti. Di bawah seliaan seorang penyelia ladang (bukan anak tempatan) Amad memotong tangkai buah strawberi dengan penuh fokus dan yakin.

Jelas . . . teruja sekali si Amad ini!


















Pak Teh si Amad pula sempat mengambil beberapa keping gambar peristiwa ini.

Boleh dijadikan kenang-kenangan yang merekodkan pengalaman unik Amad ketika mengunjungi ladang ini.
















Bapa Amad turut memerhatikan anaknya girang beraktiviti pada pagi itu . . . dan . . . beliau juga kelihatan cukup gembira melihat telatah si Amad hari itu.








Lebih kurang 35 minit kemudian . . . selesailah Amad beraktiviti memetik strawberi di ladang itu.

Kami sekeluarga kemudiannya menikmati hidangan aiskrim pula di cafe Raaju's Hill. Cafe ini juga milik En Selvaraj. 

Rasa aiskrim yang disajikan di sini istimewa sekali. Begitu juga Belgium wafer (side dish) yang dimakan bersama aiskrim . Sungguh enak.
















Demikian seronoknya pengalaman kami sepagi di ladang strawberi di tanah tinggi ini. Pengalaman yang segar lagi menyegarkan.

Para pembaca yang belum pernah mencubanya . . . apabila berkunjung ke Cameron Highlands nanti . . . singgahlah di Raaju's Hill. 

Datanglah ke tempat ini untuk mengalami sendiri apa yang penulis ceritakan ini.

Pasti tidak merugikan tenaga atau masa anda!





bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: