Saturday, July 6, 2013

Bernostalgia di Cameron Highlands






Assalamualaikum 



Nostalgia 6 Tahun Lalu


Tidak dinafikan keindahan pemandangan di daerah ini. Smoke House Hotel dan persekitarannya!






















Walaupun sudah berulang kali ke daerah ini (sejak tahun-tahun 60-an lagi) penulis tidak pernah jemu mengagumi kehebatan pemandangan di sini. Keagungan ciptaan Allah swt. 




















Banyak sudah perubahan berlaku terhadap suasana / landskap alam sekitar di daerah ini.

Perkara yang paling ketara ialah keadaan cuaca / suhu persekitaran yang agak kurang sejuk / dingin berbanding yang terdapat pada waktu-waktu dulu.

Lokasi beberapa fasilitet / hiasan persekitaran juga telah berubah tempat.



















Penulis sekeluarga tetap bersyukur dapat merakamkan gambar-gambar di daerah ini. Kami bersyukur dapat menikmati keindahan alam anugerah Tuhan.
















Ketika di kawasan parkir, kami bergambar lagi dengan sepuas hati. Penulis terkenang akan zaman yang telah lama berlalu. Zaman usia muda dan penuh bertenaga! 

















Kini, walaupun jauh tidak 'semuda' atau 'seaktif' masa lalu penulis tetap menghargai pemberian Allah swt yang tiada tolok bandingnya ini. 










Dari kiri:
Afzan, penulis, Lyana, Alyn (memegang Amad), Shidi, Alimah




Alhamdulillah. Penulis dan isteri khasnya masih diberikan ruang dan kesempatan untuk menikmati anugerah terindah kurniaan Allah swt . . . 








Banyak nostalgia zaman 'muda' kami ke daerah ini dahulu dapat dikembalikan melalui kunjungan ke Smoke House Hotel, Cameron Highlands pada Ahad 30 Jun 2013. 


Kami bersyukur ya Allah.






bamuda
dsuarang.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Ingatkan pondok telefon merah tu London, ghupenya kat atas bukit tu je. Hehe. Selamat berpuasa utk semua di dsuarang.

Bamuda said...

Waalaikumsalam Anon,

Alahai Anon . . . manalah oghang pencen macam teman ni nak mampu pegi Lon sanun . . . Jadi ke bukit sanan pun jadilah . . . He, he, hmm sihat ke? Selamat berpuasa.