Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Dah Tukar Profesi Bro?
Kelmarin (Ahad 8 Disember) anak-anakku Lyana dan Afzan ke rumah sahabatku . . . mewakili aku dalam hal urusan keperibadian kami le.
Balik dari rumah sahabatku itu . . . Lyana dan Afzan membawa bersama mereka berbagai-bagai jenis buah-buahan seperti cempedak, pulasan, pisang dan paling banyak . . . buah dokong.
Macam baru balik dari kampung pula gaya mereka!
Aku tidak pernah menduga bahawa sahabatku ini telah menjadi pekebun kecil.
Aku cuma mahu nanya sama bapak . . . apa sudah tukar profesi sekarang pak? Gimana jadinya nanti dengan tugas pembangunan prasarana daerah yang banyak diserahkan atas bahu bapak tu?
Isteri: Nak buek po buah dokong soboban ni bang?
Suami: Alahai, usah nak payah-payah an otak . . . sodokah an kek dak dsuarang tu . . .
. . . dokong daripada pokok berbuah lebat . . .
Suami: Ha ah, selama ni kita 'low profile' je. Sesekali kita tunjukkan pulak bakat kita jadi pekebun kecil . . . wkwkwkw
Isteri: Biar dunia tau . . . kan bang. Jadi bang . . . abang nak tukar profesi?
Suami: Buatpe? Ni kan hobi abang je! Lagi pun . . . camna nak tukar. Abang champion m---a---s---y---u---k bina-binaan bukan buah-buahan . . . hahaha wkwkwkw
Isteri: Cayalah bang . . . hehe
Ha ah . . . aku ngerti bapak cuma punya hobi rajin berbudi pada bumi. Maka inilah hasilnya.
Aku pula dapat menumpang rezeki kerajinan bapak itu. Jadilah . . . hehehe.
Aku pula dapat menumpang rezeki kerajinan bapak itu. Jadilah . . . hehehe.
Apa pun, terima kasih daun keladi bro. Teruskanlah berfungsi sebagai pekebun kecil sambilan yang berjaya . . . hahaha.
. . . bukan sebarang pisang; masak sebiji dua di atas peti . . .
Gambar pisang* ini saja yang dapat dirakamkan jurugambar kita . . . pada waktu kisah ini ditulis. Buah-buahan lain yang dikirim sahabatku tidak sempat difoto.
Buah-buahan yang lain itu . . . dah selesai . . . cepat benar langsai . . . langsai semua.
Namun sebelum itu, dapat juga teman perpanjangkan sedekah buah-buahan bro itu. Alhamdulillah.
[*Terima kasih kepada Afzan kerana sempat merakamkan foto sahabatku pada saat-saat penuh makna . . . melalui peristiwa . . . "Sehari Dalam Kehidupan Pekebun Kecil"]
STOP PRESS
(terkini)
" . . . pekebun kecil dokong semakin maju . . ."
" . . . maka harus ada 'dokong picker' sekali . . . "
" . . . tremendous progress bro . . . hehe . . . "
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment