Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
. . . Untuk Seorang Sahabat
Allahumma
anugerahi sahabat hamba semangat
tidak mudah mengalah
dalam segala apa yang dihajatkan;
tidak mudah berubah
dalam segala apa yang menguji kesabaran;
walaupun
terlalu banyak kesabaran
diperlukan . . .
sepanjang menghadapi ujian
selama melalui waktu berhalangan.
Allahumma
anugerahi sahabat hamba kekuatan
untuk terus berikhtiar
apa sahaja
yang terdaya diikhtiarkan;
ketenteraman jiwa
untuk menerima
apa jua yang ditakdirkan
oleh-Mu Tuhan . . .
dalam mana-mana kaedah
sukar maupun mudah.
Aku pula tetap terus mendoakan sahabatku pulih seperti sedia kala.
Aku yakin, ya Allah . . . Kau pasti mengabulkan doa hambamu ini . . . berkat kemuliaan yang Kau peruntukkan kepada bulan Syaaban.
Doaku ikhlas buat seorang sahabat yang telah berzaman-zaman aku kenali.
Sahabat yang bersekolah dan tinggal seasrama bersamaku sejak tahun-tahun1950-an hingga 1960-an.
*[Klik pada gambar untuk imej lebih besar]
[Tiga jejaka perasan hebat 60-an posing kat depan asrama.
Kiri ke kanan: Zali, Majid dan Jamil]
Seorang sahabat yang telah lama akrab dan mesra denganku sebagai 'adik-beradik' sendiri. Sahabat yang bernama . . . GHAZALI.
Semoga Tuan Hj Ghazali bin Kamaruddin segera sihat dan beraktiviti cergas semula. Amin.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment