Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Bilis Mata Biru
Penulis dan famili berada di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam iaitu dari Jumaat 17 Januari hingga Ahad 19 Januari 2014.
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau peranginan juga kampung nelayan yang cukup terkenal di utara Semenanjung Malaysia . . . khususnya di negeri Perak.
Setelah beristirahat dan melancong di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam itu . . . penulis sekeluarga balik ke Lumut.
Ahad 19 Januari 2014. Naik feri dari jeti di Teluk Dalam pada jam 12:35 tengah hari. Tiba di Terminal Jeti, Lumut kira-kira pada jam 1:00 petang.
Di sini penulis ingin mencatatkan dengan ringkas episod bagaimana hingga terjadi situasi penulis sekeluarga tidak membeli hasil laut di Pulau Pangkor tetapi di Lumut.
Ketika penulis dan keluarga hendak meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor setelah singgah di rumah seorang sahabat lama Tuan Hj Zainal Bachee . . . pada petang Jumaat 17 Januari 2014 itu . . . sahabat penulis itu berpesan:
" Kalau you nak beli souvenir Pangkor . . . ok lah . . . boleh beli di pulau sana. Tapi kalau nak beli hasil laut seperti ikan bilis, udang kering, ikan kering, ikan masin, sotong kering dsb . . . eloklah you cuba beli di seberang sini. Di bumi Lumut ini."
Penulis bertanya:
"Mengapa begitu Nal? You ada kedai hasil laut ke kat Lumut ni?"
"Tak . . . I ada kawan baik tuan punya beberapa kedai hasil laut di sebelah sini. Nanti bolehlah dapat beli hasil laut yang berkualiti dengan harga yang berpatutan," kata Zainal.
Bertindak mematuhi saranan Zainal . . . maka penulis sekeluarga tidak membeli apa-apa hasil laut ketika berada di Pulau Pangkor.
Begitu rentetan kisahnya . . . dan penulis patuh sahaja kepada saranan sahabat lama itu.
Rupa-rupanya kepatuhan penulis itu ada hikmah di sebaliknya.
Ternyata tindakan tersebut mendatangkan kesan yang amat bermanfaat dari segi perhubungan manusia . . . dan kemudahan yang berbaloi pula dari segi ekonomi.
Sebaik tiba pada kira-kira jam 1:00 petang di tanah besar dari Pulau Pangkor tadi . . . penulis mencari kedai hasil laut yang disarankan Zainal itu.
Agak mudah jua penulis menemui kedai tersebut selepas diberikan arah lokasinya oleh Zainal melalui percakapan telefon antara kami berdua.
Kedai berkenaan terletak betul-betul berhadapan bangunan parkir tiga tingkat . . . tempat kami meletak kereta ketika mahu ke Pulau Pangkor tempoh hari . . . . bersebelahan sebuah sekolah.
Zainal bukan sahaja memberikan penulis arah lokasi kedai malah telah menghubungi pemilik kedai dan memberitahunya tentang hasrat kami mahu berbelanja di situ.
Pemilik kedai itu Puan Hjh Jamilah. Beliau antara segelintir anak tempatan yang giat berusaha dalam perniagaan hasil laut di daerah ini.
Penulis berkenalan dengan Jamilah dan terus dapat memerhatikan beliau seorang yang sangat cekap mengendalikan urusan pesanan dan pembekalan barangan dengan para pembekalnya.
Puan Hjh Jamilah
Penulis berkenalan dengan Jamilah dan terus dapat memerhatikan beliau seorang yang sangat cekap mengendalikan urusan pesanan dan pembekalan barangan dengan para pembekalnya.
Jamilah yang dibantu oleh beberapa orang pembantu jualan juga bijak dan amat mesra melayani keperluan ramai pelanggannya yang datang untuk membeli hasil laut di kedainya.
Keluarga penulis juga sempat berkenal mesra dengan Jamilah. Kami diberitahu oleh Jamilah bahawa beliau mempunyai seorang sahaja cahaya mata . . . yang kini masih menuntut di sebuah IPT Awam.
Jamilah secara bersahaja menyatakan bahawa beliau juga mempunyai hobi menanam tumbuh-tumbuhan dan menghias taman serta berkebun (landscaping n gardening) . . . serupa dengan kegemaran sahabat baiknya Salimah (isteri Zainal).
Namun . . . Jamilah mengeluh beliau tidak dapat meneruskan hobinya itu kerana terikat dengan aktiviti perniagaannya.
Tak mengapalah Jamilah. Lakukan apa yang terbaik bagi diri anda. Kami doakan Jamilah berjaya dalam apa sahaja usaha murni anda.
Penulis juga dapat bertemu dan berkenalan dengan suami Jamilah (Encik Shukri?) yang sempat singgah di kedai (walaupun untuk seketika sahaja) kerana beliau perlu menguruskan sesuatu tugas penting lain yang memerlukan perhatian segera.
Apa pun . . . ternyata Jamilah seorang yang ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan aktiviti perniagaannya di premis itu.
Jamilah secara bersahaja menyatakan bahawa beliau juga mempunyai hobi menanam tumbuh-tumbuhan dan menghias taman serta berkebun (landscaping n gardening) . . . serupa dengan kegemaran sahabat baiknya Salimah (isteri Zainal).
Namun . . . Jamilah mengeluh beliau tidak dapat meneruskan hobinya itu kerana terikat dengan aktiviti perniagaannya.
Tak mengapalah Jamilah. Lakukan apa yang terbaik bagi diri anda. Kami doakan Jamilah berjaya dalam apa sahaja usaha murni anda.
Penulis juga dapat bertemu dan berkenalan dengan suami Jamilah (Encik Shukri?) yang sempat singgah di kedai (walaupun untuk seketika sahaja) kerana beliau perlu menguruskan sesuatu tugas penting lain yang memerlukan perhatian segera.
Apa pun . . . ternyata Jamilah seorang yang ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan aktiviti perniagaannya di premis itu.
Alimah (kiri), Jamilah
Dari kiri:
Alyn, Anum (memegang Ajim), penulis, Alimah, Jamilah, Shidi
Dari kiri:
Lyana, Anum (memegang Ajim), penulis, Alimah, Jamilah, Shidi
Sambil duduk bersembang . . . Jamilah dapat memenuhi permintaan Alimah yang ingin membeli berbagai-bagai hasil laut yang terjual di kedainya.
Penulis langsung difahamkan bahawa Jamilah punya kedai di kawasan lain dan sedang dalam proses mengambil alih premis kedai tempat perniagaannya yang sekarang. Syabas Jamilah.
Beliau sesungguhnya sedang menunggu perjanjian selesai termeterai antaranya dengan pemilik lama untuk menukar kepada jenama perniagaannya sendiri --- Hasil Laut Jamilah , Pulau Pangkor.
Penulis langsung difahamkan bahawa Jamilah punya kedai di kawasan lain dan sedang dalam proses mengambil alih premis kedai tempat perniagaannya yang sekarang. Syabas Jamilah.
Beliau sesungguhnya sedang menunggu perjanjian selesai termeterai antaranya dengan pemilik lama untuk menukar kepada jenama perniagaannya sendiri --- Hasil Laut Jamilah , Pulau Pangkor.
Di kedai ini boleh didapati berbagai-bagai jenis hasil laut. Paling terkenal antaranya ialah ikan bilis tulen (ori) Pangkor atau ikan bilis mata biru.
Berbagai-bagai jenis ikan masin juga ada . . . ikan talang, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan merah, ikan sepat dll. Udang kering dan berbagai-bagai jenis sotong kering juga turut dijual.
Para pelanggan boleh dengan yakin memilih produk hasil laut yang berkualiti tinggi lagi bersih di premis Hasil Laut Jamilah.
Keropok atau satay ikan, udang, sotong merupakan makanan ringan (snack) yang popular terjual di sini.
Selain daripada itu ada pula barangan cendera hati terjual di kedai ini. Ada fridge magnet dan souvenir jenis lain.
Setelah berbelanja sepuasnya di premis perniagaan Jamilah yang baru ini . . . kami pun melunaskan kos perbelanjaan itu.
Penulis amat berpuas hati dengan layanan 'istimewa' yang diberikan Jamilah kepada kami.
Bukan hanya dari segi harga yang amat berpatutan . . . tetapi juga dari segi perhubungan kemanusiaan yang terasa amat akrab.
Urusan berjual beli di premis Hasil Laut Jamilah diwarnai kemesraan panggilan oleh Jamilah terhadap para pelanggannya.
Sebagai contoh, panggilan seperti 'sayang', 'manja', 'tuan', 'puan', 'mem' dsb banyak digunakan Jamilah apabila berurusan jual beli dengan para pelanggan.
[Penulis terkenang waktu membeli belah di negeri 'omputih' pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Para peniaga 'omputih' di sana memang menggunakan panggilan 'love', 'babe', 'darling', 'sir', 'madam' dsb terhadap para pelanggan yang berkunjung ke tempat mereka berniaga dengan harapan supaya para pelanggan itu suka berbelanja di warung, gerai, kedai atau gedung mereka.]
Jamilah benar-benar dapat dikategorikan sebagai individu berpandangan jauh dan bijaksana . . . khususnya dalam menarik minat para pelanggan untuk berbelanja di kedai beliau.
Selesai membeli belah hasil laut di premis perniagaan Jamilah . . . kami bermohon diri berangkat pulang ke KL. Kami pulang membawa seribu kenangan mesra.
Pengalaman bercuti ke Pulau Pangkor sambil berkesempatan bertemu dan mengenali insan-insan berbudi mulia di sepanjang perjalanan ke daerah-daerah sana sangat menggembirakan.
Kami bersyukur kepada-MU Ya ALLAH. Terjalin sudah silaturahim baru dan bertambah erat pula silaturahim yang telah terjalin sejak sekian lama.
Terima kasih Jamilah kerana menerima kedatangan kami dengan penuh keramahan dan kemesraan.
Layanan yang telah anda berikan kepada kami sungguh di luar jangkaan . . . seolah-olah kita telah 10 tahun kenal satu sama lain.
Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan budi baik Jamilah.
Insya Allah . . . panjang umur kita bersua lagi. Assalamualaikum.
[Penghargaan:
Terima kasih Marlyana Haniz kerana menjadi juru gambar khas untuk siaran blog ini.]
bamuda
dsuarang.blogspot.com
1 comment:
Salam. Bagus juga dapat menjalin silaturrahim yang baru dan mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia terjalin.Tapi ada juga sesetengah orang yang memutuskan silaturrahim yang sedia ada.Kehidupan...
Post a Comment