Tuesday, April 29, 2014

Rendezvous di Serai






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Santai Bersama Geng Lama


Mereka serombongan dari Singapura ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 26 April 2014. Kira-kira 10 orang. Ada kunjungan 'persahabatan' yang ingin mereka laksanakan di KL.








Bukit Panjang, Singapura

Kisah Berombongan Bermula Di Sini

[Foto dipetik drpd fb Nur Insyirah]



Antara yang turut berombongan ialah Aeji Karmak berserta isteri Salehah Karim, anak Nur Insyirah, cucu Mohd Arman Ramdani. 









Dari kiri:
Nur Insyirah, Mohd Arman Ramdani, Aeji Karmak di Changi Village, Singapore

[Foto dipetik drpd fb Nur Insyirah]









Dari Kiri:
Salehah Karim, Nur Insyirah, Arman, Aeji di Kuala Lumpur

[Foto dipetik drpd fb Nur Insyirah]




Menurut yang empunya cerita . . . teman-teman yang lainnya termasuklah Rosli, As'at, Shukor, Sapaaton (?), Aida Sani, Tuminah Raban, Rafeah . . . 


Mereka ini teman-teman lama sepersekolahan isteri penulis Alimah Yasin. Ketika itu mereka sama-sama bersekolah di Swiss Cottage, Singapore sekitar tahun-tahun 1960-an.


Penulis sudah mengenali beberapa orang di antara teman-teman Alimah itu . . . As'at, Rosli, Aida . . . ketika berkunjung ke Singapura beberapa tahun dahulu.

Aeji sekeluarga memang sudah penulis kenali ketika mereka datang ke KL beberapa kali sebelum ini.  


Penulis dan Alimah memang teruja untuk menemui teman-teman semua sebaik sahaja mengetahui bahawa mereka sudah berada di KL pada hari Sabtu lalu. 


Malang sekali . . . penulis perlu menghabiskan sedikit urusan peribadi di luar kota yang bertepatan pula waktunya dengan hari kunjungan kawan-kawan dari Singapura itu.


Maka hanya pada petang Ahad 26 April baru penulis punya kelapangan waktu untuk menemui mereka.

Ketika kami pergi ke rumah Azizah Safari (teman Alimah juga di Swiss Cottage dahulu yang kini menetap di KL) pada jam 2:00 ptg hari itu . . . untuk menyusuli teman-teman dari Singapura yang kami difahamkan oleh Salehah akan ke situ pada sebelah petang . . . kami diberi tahu pula oleh Azizah bahawa semua peserta rombongan, kecuali Aeji sekeluarga, telah berangkat pulang ke Singapura baru sebentar waktu sebelum kami sampai tadi. Malang bagi kami buat kali kedua . . . 

Aduhai . . . 

"Elok cepat kita jumpa Salehah dan keluarganya masa mereka masih kat KL ni. Lambat-lambat nanti dah balik pula dia orang tu," saran Alimah kepada penulis.

Penulis bersetuju sahaja. Itulah yang sebaik-baiknya dilakukan. Sebelum terjadi malang kali ketiga!

Kami pun membuat rancangan untuk bertemu Aeji sekeluarga pada sebelah malam Ahad 26 April itu juga. 

Kami memilih suatu tempat pertemuan di tengah-tengah bandar raya KL. Tempat yang kami rasa sesuai dan nyaman bagi kami berbual-bual. Berbicara dengan tenang. 




















































Rendezvous kami di SeraiKL Life Centre. Kami berada di situ dari jam 8:00 mlm hingga 10:00 mlm.













Alhamdulillah kami dapat berjumpa dan bersembang santai sambil makan-makan.

















































Banyak perkara dan topik yang menyeronokkan telah berbangkit. Kami sembangkan. 

Itu ini begitu begini . . . hingga tidak kami sedari waktu begitu cepat berlalu.













































Bagaimana pun . . . sesuatu yang kurang menyeronokkan ialah apabila Aeji menyatakan mereka sekeluarga akan pulang ke Singapura pada petang keesokan hari.

Terasa baru sahaja kami dapat bertemu! Namun bertemu dan berpisah adalah perkara lumrah. 

Sudah menjadi rutin kehidupan jua. Kita mempunyai acara dan tanggung jawab masing-masing yang perlu dibereskan.

Malam itu, sebelum menghantar pulang para tetamu kami ke hotel penginapan mereka dan berpisah hingga hari esoknya, penulis berjanji menjemput Aeji sekeluarga di hotel itu dan menghantar mereka ke airport petang besok.
















Bye Serai

Dari Kiri:
Salehah, Alimah, Nur Insyirah, Aeji (dukung Arman), penulis



Besoknya . . . ketika di dalam perjalanan menuju LCCT Sepang . . . Alimah menyarankan kepada teman lamanya Salehah:

"Lain kali datang KL lama sikit . . . Kita plan lawatan ke mana-mana . . ."

Semoga saranan ini dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Penulis juga berharap perkara ini mendapat reaksi positif daripada mereka di kalangan teman-teman lainnya yang tidak sempat kami temui kelmarin.

Mudah-mudahan dengan aktiviti persahabatan seumpama ini akan bertambah erat silaturahim antara kita semua. Amin.  
   



Catatan Penghargaan:

[Terima kasih kpd Nur Insyirah dan Afzan Shafinaz yg telah sudi berkongsi foto-foto rakaman mereka masing-masing di fb dan blog penulis.]





bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments: