Thursday, April 24, 2014

Seharian di Muzium Tentera Darat






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Hasrat Tercapai 



Sudah hampir lima tahun penulis berhasrat ke sini. Hari demi hari. Minggu demi minggu. Tahun demi tahun berlalu. 






[Petikan drpd brosur Muzium Tentera Darat]


Namun, setiap kali ada sahaja halangan dan rintangan yang menggagalkan hasrat penulis ini.


Tanpa diduga, tanpa dirancang . . . ketentuan Allah SWT memainkan peranan. Tiba-tiba, seminggu sebelum terjadinya kunjungan ke tempat istimewa ini . . . Basri yang lebih terkenal di kalangan teman-teman sealiran dan seangkatannya sebagai Lt Kolonel Hj Basri Omar PGB (Bersara) memberi tahu penulis bahawa beliau akan menghadiri suatu pertemuan / majlis sosial alma mater di Seremban pada hujung minggu 18/19 April 2014. 


Basri turut menyatakan bahawa segala urusan beliau dalam pertemuan / majlis sosial tersebut akan selesai pada jam 10:00 pagi Sabtu 19 April.


Beliau mempelawa penulis untuk datang ke Seremban 'menjemput' beliau selepas berakhir waktu pertemuan / majlis sosial itu. 


Beliau menyarankan agar penulis kemudiannya pergi bersama-sama beliau mengunjungi Muzium Tentera Darat di Port Dickson . . . pada hari Sabtu itu. Basri memang tahu penulis amat berhasrat ke situ. Terima kasih Basri.










Pucuk dicita ulam mendatang! Penulis memang sudah lama berhasrat ke sana. Maka dengan izin Allah SWT jua tepat jam 11:00 pagi Sabtu 19 April 2014  penulis bersama isteri Hjh Alimah dan anak Marlyana bergerak dari rumah menuju Kelana Resort Seremban . . . tempat yang telah dijanjikan Basri untuk penulis 'menjemput' beliau nanti.


Kami tiba di Kelana Resort Seremban pada kira-kira pukul 12:30 ptg setelah tergendala hampir 30 minit dalam perjalanan akibat suatu kemalangan lalu lintas di lebuhraya PLUS berhampiran Nilai.


Alhamdulillah setelah menjemput Basri di situ . . . kami meneruskan perjalanan menuju Port Dickson.


Perjalanan kami lancar melalui lebuh raya Seremban-Port Dickson yang amat memudahkan para penggunanya. Kami tiba di Muzium Tentera Darat pada jam 1:25 ptg.  











Tanpa pengetahuan penulis, Basri telah membuat urusan peribadi dengan seorang teman baiknya di sana.







Inilah orangnya . . . 



Basri telah memohon bantuan pihak Muzium Tentera Darat bagi memudahkan penulis melakukan lawatan ke muzium tersebut dengan mengharapkan hasil lawatan yang bermanfaat pada akhir kunjungan. 


Sesampai sahaja kami di Muzium Tentera Darat, Port Dickson kami disambut mesra oleh seseorang yang kemudiannya diperkenalkan Basri kepada penulis sebagai Timbalan Pengarah / Administration Curator muzium tersebut.







Dari kiri:
Basri, Mohamud, Penulis, Alimah






Dari kiri:
Basri, Mohamud, Penulis, Alimah, Marlyana




Beliau seorang Pegawai Kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel. Beliau Lt Kol Mohamud bin Hj Mohamad.









Lt Kol Mohamud Mohamad di pejabatnya



Lt Kol Mohamud pernah berkhidmat di Bosnia di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau bertugas di sana dari Disember 1997 hingga Ogos 1998 sebagai Ketua Elemen Jurutera MALCON V SFOR.


Walaupun ini baru pertama kali kami bertemu dan berkenalan . . . Lt Kol Mohamud kelihatan amat senang menerima kehadiran penulis sekeluarga.


Ini membuatkan kami juga selesa dengan cara dan perilaku beliau.









Untuk tidak membazirkan waktu . . . penulis dan rombongan mula bergerak ke setiap ruang pameran di premis Muzium Tentera Darat setelah buku daftar pelawat kami tandatangani. 















Lt Kol Mohamud begitu profesional menyampaikan segala info dan setiap butiran yang ingin penulis ketahui tentang Muzium Tentera Darat dan tentang bahan-bahan pameran di sini.


































Istimewanya . . . Lt Kol Mohamud tidak kehilangan sifat kemesraan perhubungan antara manusia walaupun dalam bertindak profesional memenuhi keperluan penulis. 



















Beliau nyata seorang yang merendah diri, peramah dan berpengetahuan dalam bidang yang diceburinya.  



































Tutur kata dan bicaranya cukup jelas dan meyakinkan. Penulis mendapat banyak tambahan pengetahuan daripada keterangan dan penjelasan disampaikan beliau.









Lt Kol Mohamud menemani penulis selama lebih daripada 3 jam dalam kunjungan ke setiap sudut pameran bahan / artifak Muzium Tentera Darat ini. 


















































Sambil berjalan ke blok-blok premis muzium dan mengunjungi bilik-bilik pameran di aras-aras tertentu  penulis sempat berbual-bual dan mengetahui serba sedikit tentang diri Lt Kol Mohamud.











































Beliau berasal dari Kg Teroi, Yan, Kedah. Isterinya Puan Noor Suzana Wan Chik orang Taiping, Perak.

Pasangan suami isteri yang masih boleh dikategorikan 'muda' ini mempunyai 4 cahaya mata . . . 3 perempuan dan seorang lelaki. Alhamdulillah. 


Lt Kol Mohamud ada beberapa bulan perkhidmatan lagi yang harus dilaksanakan tempohnya oleh beliau di Muzium Tentera Darat.



Penulis difahamkan beliau akan menjalani suatu 'Kursus Peralihan' (Resettlement Course) sebelum bersara. 


Penulis yakin siswazah UKM ini tidak akan menghadapi kesukaran meneruskan kehidupan sebagai pesara tentera kelak.








Profesional dan Tetap Mesra



Apatah lagi dengan berbekalkan disiplin diri cukup tinggi . . . yang subur tertanam di dalam jiwanya . . . setelah bertahun-tahun lama berkhidmat sebagai pegawai tentera!

Apa pun, penulis mendoakan segala yang terbaik buat Lt Kol Mohamud bin Hj Mohamad sekeluarga.


Terima kasih diucapkan kepada tuan dan para anggota yang lain atas kebaikan budi menerima kehadiran kami di Muzium Tentera Darat ini.










Cenderahati Buat Penulis

Daripada Lt Kol Mohamud,
Timbalan Pengarah / Administration Curator
Muzium Tentera Darat









Segala jasa dan bantuan tuan amat kami hargai. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.   

Semoga silaturahim yang telah terjalin antara kita melalui kunjungan ini . . . berpanjangan. 


Selesai segala acara bersangkutan kunjungan ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson  . . . menjelang senja hari itu . . . kami berempat mengatur langkah bergerak pulang ke KL. 

Penulis, terutamanya, amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kini tercapailah sudah sebuah hasrat yang sekian lama terpendam di kalbu.










Tiada apa-apa lagi yang mahu diucapkan . . . melainkan penulis terkenangkan sepotong kata-kata Inggeris:


All's well that ends well




















Dengan itu kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada bandar Port Dickson . . . tempat kami menimba suatu pengalaman yang sangat luar biasa siang tadi. 

Hingga bertemu lagi insha-Allah pada lain waktu dan peristiwa . . . Wassalam.   





Catatan:

[Penghargaan buat Marlyana Haniz atas sumbangan masa dan tenaga merakamkan foto-foto sepanjang kunjungan ini. Terima kasih.]





bamuda
dsuarang,blogspot.com




2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikom WBT..
Terima kasih atas keluangan masa berada di Muzium TD bersama keluarga dan menulis mengenai Muzium TD dan diri saya. Semoga ianya menjadi panduan dan iktibar kepada semua terutama rakyat Malaysia, selain dari itu ianya juga menjadi bahan promosi bagi mereka yang belum pernah berkunjung ke Muzium TD. Terima kasih juga kepada jurulatih saya semasa kadet dulu dan juga brader officer dalam kor Rejimen Askar Jurutera Diraja Lt Kol Hj Basri Omar (Bersara) yang mengiringi penulis sepanjang berada di Muzium TD. Wassalam.

Bamuda said...


Salam Lt Kol Mohamud

TKasih kpd tuan n Lt Kol Basri Omar (Bersara)yg telah memudahkan kunjungan dilakukan ke Muzium Tentera Darat tempoh hari. Penulis amat menghargai bantuan n kerjasama tuan berdua menjayakan lawatan kami itu. A very enjoyable occasion.