Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Demi Suatu Persahabatan
ALLAHUMMA
Allahumma
anugerahi sahabat hamba semangat
tidak mudah mengalah
dalam segala apa yang dihajatkan;
tidak mudah berubah
dalam segala apa yang menguji kesabaran;
walaupun
terlalu banyak kesabaran
diperlukan . . .
sepanjang menghadapi ujian
selama melalui waktu berhalangan.
Allahumma
anugerahi sahabat hamba kekuatan
untuk terus berikhtiar
apa sahaja
yang terdaya diikhtiarkan;
ketenteraman jiwa
untuk menerima
apa jua yang ditakdirkan
oleh-Mu Tuhan . . .
dalam mana-mana kaedah
sukar maupun mudah.
Aku tetap akan terus mendoakan agar sahabatku ini pulih seperti sedia kala.
Aku yakin, ya ALLAH . . . dengan zat ENGKAU yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, ENGKAU pasti tidak menghampakan doa hambamu ini . . . sempena keberkatan dan kemuliaan yang ENGKAU peruntukkan kepada tiga rangkaian bulan istimewa Rejab - Syaaban - Ramadan ini . . .
Doaku ikhlas buat seorang sahabat yang telah berzaman-zaman aku kenali.
Seorang sahabat yang telah lama akrab dan mesra denganku sebagai 'adik-beradik' sendiri. Sahabat yang bernama . . .
GHAZALI bin KAMARUDDIN
Sahabat yang tinggal di bawah satu bumbung bersama denganku di Asrama Putera Melayu, Kuala Lumpur sepanjang zaman persekolahan menengah dari tahun-tahun 1950-an hingga 1960-an.
Dari Kiri:
Zali, Majid dan Jamil
Aku n Ghazali di Kuching Waterfront
Semoga Tuan Hj Ghazali bin Kamaruddin cepat sembuh. Sihat seperti sediakala . . . lantas dapat beraktiviti cergas semula. Amin.
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment