Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kunjungan Penuh Makna
Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran oleh warga d'SUARANG pada hari Ahad 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H.
Kunjungan ahli keluarga dan sanak saudara pada sebelah pagi memeriahkan suasana di hari penuh erti ini.
(Mohon maaf penulis tidak dapat melayani kunjungan / kehadiran sanak saudara yang ingin / datang berkunjung pada sebelah petang kerana perlu memenuhi undangan Adiladha di luar tempat.)
Hari ini memang membawa erti istimewa yang tersendiri bagi gologan mereka yang sudah diizinkan Allah SWT menunaikan rukun Islam ke-5.
Teringat kembali peristiwa bersejarah dan terbayang semula pengalaman indah ketika bertawaf dan bersa'i di Makkah, wukuf di Arafah, bermalam dan mengutip kerikil di Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan berziarah di Madinah.
Segala amalan dan setiap gerak kerja berkaitan ibadah haji bermatlamatkan kesedaran dan keinsafan terhadap kebesaran kekuasaan Tuhan.
Dalam merayakan hari ini dengan penuh keriangan . . . penulis tetap terkenangkan mereka yang telah pergi buat selama-lamanya mendahului kita . . . sama ada daripada golongan yang sudah tua atau pun yang masih muda.
Al-Fatehah buat semua. Semoga roh mereka yang sudah tiada itu mendapat tempat di sebaik-baik kedudukan di sisi Allah SWT.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah sudi melapangkan waktu datang berkunjung memeriahkan suasana pada hari ini.
In sha Allah kita berjumpa lagi lain kali.
In sha Allah kita berjumpa lagi lain kali.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment