Saturday, October 18, 2014

Sejenak di RnR Temerloh






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersilaturahim di RnR Lebuhraya



Penulis dan Lt Kol Basri Omar PGB (Bersara) singgah sebentar di Kawasan Rehat dan Rekreasi (RnR), Temerloh .

Kami ingin melepaskan lelah di situ sambil minum-minum sebelum meneruskan lagi perjalanan pada pagi hari Jumaat 17 Oktober 2014 itu. Destinasi kami sebuah Kem PLKN di Temerloh.
























Penulis turut mahu pergi ke destinasi hari itu setelah dipelawa (dijanjikan!) Basri untuk ke Chenor selepas acara di Temerloh nanti. 

Basri  akan memberi ceramah kepada para pelatih di kem itu sebelum bergerak ke Chenor pada petang nanti.

Penulis pula memang sudah lama berhajat mengunjungi Bandar Lama Chenor.

Di samping itu, oleh kerana penulis belum pernah berkunjung ke mana-mana Kem PLKN sejak program PLKN diwujudkan Kerajaan Malaysia . . . maka penulis teruja juga untuk melihat-lihat aktiviti dan 'menikmati' sendiri suasana di kem berkenaan.  


















Tanpa dirancang Basri telah bersua dengan seorang 'anak buah' lamanya di RnR Temerloh. 

Basri bertemu dengan bekas Sarjan Mohd Sobri Abdul Hamid yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan Rejimen Askar Jurutera Diraja di Kem IKIM Keluang, Johor suatu ketika dahulu.

Ketika itu Basri bertugas sebagai Komandan Kem tersebut.
























Penulis diperkenalkan Basri dengan Mohd Sobri yang kini menjadi Jurulatih Jasmani di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Penulis juga sempat berkenalan dengan beberapa orang pegawai PPZ yang dalam perjalanan ke Kuantan untuk aktiviti Team Building mereka.

Ada seorang dua antara mereka yang bergiat sebagai blogger. In sha Allah boleh bertemu di laman blog nanti.





























Kepada mereka yang baru penulis temui dan kenali ini penulis ucapkan selamat ke destinasi dan menjalankan aktiviti masing-masing. 







bamuda
dsuarang.blogspot.com


1 comment:

Unknown said...

as salam tuan seperti yang dijanjikan kita bertemu di blog