Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Restoran Masakan Tulen Malaysia
(Restoran Makanan Halal di Phnom Penh)
Jikalau anda singgah atau berada di bandaraya Phnom Penh, Kemboja dan ingin menjamu selera dengan makanan / juadah bercitarasa masakan Malaysia yang lazat . . . jangan tercari-cari lagi . . . terus saja ke The Gulai Restaurant!
Restoran milik Susie Ibrahim, Allan Mor dan rakan niaga mereka Jukie ini amat terkenal di kalangan para pengunjung asing dan warga Kemboja sendiri yang 'pandai makan' makanan Malaysia.
Susie Ibrahim adalah Managing Director restoran ini manakala Allan Mor pula menjadi Chief Executive Officer (CEO).
Foto atas n bawah:
Penulis(kanan) bersama Allan Mor, CEO The Gulai Restaurant
Jukie berperanan sebagai co-partner. Mereka dibantu Akierana Shin yang bertanggung jawab sebagai Public Relation Manager dan para pekerja serta staf sokongan yang cekap lagi mesra pelanggan.
Dari kiri:
Jukie (Co-partner The Gulai Restaurant), penulis
Dari kiri:
Bakar, Jukie, penulis
Akierana Shin (Public Relation Officer, The Gulai Restaurant)
Foto atas n bawah:
Penulis bersama Akierana Shin
Restoran ini terletak di Ground Floor, Season Residence Building, 109 - 135, Street 144, Sangkat Phsar Kandal II , Khan Daun Penh, Phnom Penh, Cambodia.
The Gulai Restaurant kepunyaan sepenuhnya warga Malaysia ini dibuka setiap hari kecuali pada hari cuti umum. Waktu perniagaannya dari pagi hingga ke malam.
Penulis berserta dua sahabat dari Malaysia pergi ke The Gulai Restaurant pada hari Selasa 28 Oktober 2014 untuk menikmati sarapan (breakfast a la carte) dan makan tengah hari* (buffet lunch @ USD 7 per head) di situ.
Dari kiri:
Bakar, Syed Azmeer, penulis
*{Menurut Sdr Jukie pesanan hidangan makanan secara a la carte hanya dapat dilayan pada waktu sarapan dan mulai jam 6:00 petang waktu tempatan.}
Foto atas n bawah:
Bakar dengan Support Staff The Gulai Restaurant
Dari kiri:
Syed Azmeer Al-Hussaini
(Vice President, Malaysian Business Council of Cambodia),
Penulis
Syed Azmeer Al-Hussaini
(Vice President, Malaysian Business Council of Cambodia),
Penulis
Dari kiri:
Syed Azmeer, penulis, Bakar
Syed Azmeer, penulis, Bakar
Dari kiri:
Bakar, Syed Azmeer, penulis
Ra Sat dengan penulis
Bakar asyik ketawa . . .
Jamil fenin' kapla . . .
Terbukti penulis tidak tersalah pilih tempat makan yang benar-benar cermat dan mahir menyediakan berbagai jenis makanan enak. Makanan yang dimasak semata-mata untuk memenuhi kehendak selera dan citarasa para pengunjung . . . khasnya penggemar authentic Malaysian cuisine ke situ.
Ira
(staff @ The Gulai Restaurant)
berdiri yakin bersebelahan masakan lauk-pauk ala Malaysia
(staff @ The Gulai Restaurant)
berdiri yakin bersebelahan masakan lauk-pauk ala Malaysia
Ulam dan Sambal . . . Malaysian Style
Ayam Goreng Berlada
Ikan Gulai Lemak Kuning
Daging Goreng Berempah
Terung Goreng / Pajeri Terung
Telor Dadar
Tumis Kacang Panjang
Sup Ayam
Pengat Pisang
Papaya / Betik
Keadaan dalam restoran ini nyaman, bersih dan teratur. Reka letak dekor dan susunan hiasan dalamannya menarik pandangan mata.
Bertambah meyakinkan . . . khasnya bagi pengunjung beragama Islam . . . ialah apabila terdapat pelekat yang menunjukkan bahawa makanan yang tersedia dan disajikan di The Gulai Restaurant ini HALAL.
Last but not least . . . harga makanan yang disaji di The Gulai Restaurant amat berpatutan . . . dan kualiti sajian makanan amat terjaga . . . sungguh enak dan menyelerakan. [Hmm . . . kalau boleh dapat diskaun sedikit . . . lagi best . . . hahaha.]
Kesimpulannya . . . one will feel at home away from home . . . apabila menjamu selera di The Gulai Restaurant Phnom Penh.
When in Cambodia patronize The Gulai Restaurant . . . the truly Malaysian restaurant that will make you get more vibrant.
Sepanjang penulis tiga bersahabat berada di The Gulai Restaurant . . . Jukie, Allan Mor, Akie meluangkan banyak waktu melayan kami. Terima kasih semua.
Penulis belum sempat menemui Ms Susie Ibrahim, pemilik restoran ini, kerana ketika penulis di situ beliau berada di luar kawasan.
In sha Allah lain kali ada kesempatan kita dapat bertemu.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment