Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Satu Daerah Satu Industri
(Di Sini Kilang Membuat Gong)
Kudat - Bandar Paling Utara Sabah
Kudat merupakan sebuah bandar yang terletak di lokasi paling utara di Sabah.
Di daerah Kudat dalam negara Malaysia inilah pula terdapat titik hujung paling utara di pulau Borneo yang diberi nama Tanjung Simpang Mengayau.
Di sini Laut China Selatan bertemu Laut Sulu . . . suatu paparan pemandangan alam semula jadi yang amat mengagumkan!
Kudat ibu negeri pertama British North Borneo Chartered Company. Di sini tempat berasalnya kaum Rungus. Mereka ini sub-kaum bumiputera Kadazandusun.
Antara makanan laut terbaik di wilayah ini terhasil daripada sekitar daerah Kudat.
Antara makanan laut terbaik di wilayah ini terhasil daripada sekitar daerah Kudat.
Kampung Sumangkap di Kudat terkenal sebagai kampung autentik yang aktif dalam industri pembuatan gong.
Kaum Rungus telah menghidupkan semula seni lama membuat gong sebagai menyambut seruan kerajaan mewujudkan satu industri bagi setiap daerah.
Gong diperbuat daripada loyang atau gangsa. Pada masa dahulu gong dibawa masuk dari Brunei melalui aktiviti perdagangan.
Alat bunyi-bunyian tempatan yang paling lazim terdapat di Sabah ialah gong.
Gong yang dihasilkan di Kg Sumangkap ini terkenal berkualiti buatannya dan berpatutan pula harganya.
Peralatan ini digunakan dengan luasnya di daerah-daerah yang ramai penduduk berketurunan Kadazandusun dan Murut.
Gong yang dihasilkan di Kg Sumangkap ini terkenal berkualiti buatannya dan berpatutan pula harganya.
Peralatan ini digunakan dengan luasnya di daerah-daerah yang ramai penduduk berketurunan Kadazandusun dan Murut.
Terima Kasih
Penulis bersama Rony {bekas Ranger dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)}
di wokshop / kedai gong yang diusahakan beliau bersama isterinya .
Dari kiri:
Penulis, Rony, Mrs Rony, Hjh Faizah, Hjh Mahanom
Ahli-ahli rombongan sempat membeli 2 set rangkaian gong (terdiri daripada sejumlah 18 buah alat bunyi-bunyian).
Keseluruhannya, suatu lawatan dan pembelian yang sungguh memuaskan. Alhamdulillah.
Singgah di sebuah masjid untuk bersolat
dalam perjalanan hala balik KK
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment