Tuesday, November 18, 2014

Tanjung Aru, KK







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pantai Perkelahan Terkenal di Sabah



Pantai Tanjung Aru terletak di penghujung Jalan Tuanku Abdul Rahman sejauh kira-kira 6 kilometer dari Kota Kinabalu ibu negeri Sabah. 



































Nama pantai Tanjung Aru terilham daripada banyaknya pohon ru (casuarina) yang tumbuh subur di sepanjang pantai itu. 

Pantai berpasir bersih ini menjadi salah satu tempat peranginan, perkelahan atau kerehatan yang popular di kalangan penduduk setempat atau para pelancong ke Kota Kinabalu. 
































Difahamkan, di sinilah lokasi terbaik bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam . . . khasnya menjelang waktu terbenam mata hari di ufuk barat (kaki langit).     

Penulis dan rombongan sempat ke pantai Tanjung Aru pada Isnin 10 November 2014 bersamaan 17 Muharam 1436H. 














































Rombongan penulis (yang termasuk Hj Ghazali, Hjh Faizah, Hjh Alimah, Lyana) dibawa ke sana oleh sahabat penulis Hj Salleh Rahim dan isteri beliau Hjh Juliah Partono serta anak mereka Dewi Suriya Salleh. 










































Walau bagaimanapun, kami tidak berkesempatan melihat keindahan suasana alam ketika mata hari terbenam di situ. 

















Kami terpaksa berada di airport untuk pulang ke KL pada petang hari yang sama . . . setelah enam hari di daerah ini. In sha Allah . . . ada rezeki lain kali saja.    














































































Terima kasih Tuan Hj Salleh Rahim sekeluarga yang telah sudi menemani kami serombongan . . . ke sana ke mari . . . dan memberikan banyak sumbangan fizikal, mental dan material demi keselesaan kami




































Budi baik anda sekeluarga amat kami hargai dan akan terpahat dalam ingatan kami sebagai kenangan yang mesra dan tidak akan terlupakan. Allah SWT jua yang dapat membalasnya. 








bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: