Tuesday, December 11, 2012

Noktah Kehidupan





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Di Sini Jua Akhirnya











Dengan bacaan doa di atas kami melangkah masuk ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Melaka.





  


Lt Kol Hj Basri Omar PGB Bersara mendahului rombongan. Beliau diiringi Shaiful Izwan satu-satunya anakanda Allahyarham LKpl Abdullah Majid bersama balunya Pn Hjh Salmah Hj Ali. Shaiful yang menunjukkan jalan ke mari tadi. 

Perjalanan dari rumah keluarga Allahyarham ke sini mengambil masa 10 minit sahaja.  






Basri dan Shaiful melangkah masuk
ke kawasan tanah perkuburan






Penulis menyusuli bersama
ahli-ahli keluarga Allahyarham





Tanah perkuburan di tempat ini luas dan kelihatan terjaga juga . . . 




Saujana mata memandang . . . 






Setiba di pusara Allahyarham Abdullah Majid  kami sama-sama membaca doa dan ada yang sempat bertahlil ringkas di situ. 

Alhamdulillah . . . walaupun tiada tercatat tulisan untuk seorang pahlawan atau terukir kata-kata buat seorang wira . . . pusara Allahyarham kelihatan hening sahaja pada petang itu. 






Basri di pusara Allahyarham Abdullah Majid bersama ahli-ahli keluarga Allahyarham . . . 




Basri menerangkan sesuatu kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham . . . 




Begini . . . 









dan begitu  . . . 




dan . . .




penulis . . . 




Sempat Bertanya




 Sebelum Melangkah Keluar



Ketika hendak meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu untuk pulang ke KL . . . penulis sempat mengajukan pertanyaan kepada Shaiful  tentang apa yang kini istimewa dirasakannya  sebagai anak seorang pahlawan negara.

" B-A-N-G-G-A "

Demikan jawapan Shaiful dengan satu perkataan ringkas . . . perkataan yang membawa seribu makna!

Menurut Shaiful selama ini beliau tidak merasakan apa-apa pun. Malah beliau tidak pernah mengalami apa yang diperkatakan tentang kehebatan pahlawan atau sifat kepahlawanan.

Kini setelah hadir dalam pertemuan ini dan  beramah mesra dengan Basri dan rombongan barulah Shaiful benar-banar dapat merasakan betapa mulianya sifat kepahlawanan dan betapa pahlawan itu layak menerima penghormatan jika pun tidak disanjung!     

Shaiful baru sedar Allahyarham ayahandanya seorang wira yang telah menabur bakti mulia kepada negara dengan kesanggupan mempertaruhkan nyawanya sekali pun!

Selepas itu kami bergambar ramai untuk kenang-kenangan . . . sebagai ingatan telah melawat pusara Allahyarham . . . bersama ahli-ahli keluarga beliau.
  





Salam Perpisahan 



Surah al-Fatihah . . .  tidak jemu-jemu kami bacakan sambil berjalan keluar meninggalkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Melaka . . . tempat bersemadi jasad Allahyarham Abdullah Majid yang gugur dalam tragedi Ops Gubir II pada 25 April 1976.

Hari ini genaplah 36 tahun 7 bulan dan 5 hari     berlakunya peristiwa yang menyayat hati ramai warga Malaysia ketika itu . . . dan pastinya juga mereka yang ada perhubungan darah daging atau persamaan tanggung jawab dengan Allahyarham!





Dari kiri: 
Zawyah, Basri, Shaiful
berwajah ceria setelah terlaksana hasrat
 yang terpendam cukup lama 


Basri dan Shaiful serta keluarga ternyata amat puas dengan pertemuan ini . . . dari mula hingga akhir. Nyata terpancar kepuasan perasaan itu melalui seri wajah mereka setelah segalanya berlangsung.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat-NYA ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau sebaris para syuhadah . . . dan mereka yang gugur syahid . . .  demi mempertahankan tanah air tercinta. 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

8 comments:

basripgb@gmail.com said...

Salam Uda!

Alhamdulillah Syukur di ats ketentuan Allah ni...setiap yang bermula pasti ada AHKIRnya...begitu juga dgn KEHIDUPAN....memang terasa PUAS benar ats segala yang terjadi pada 1 Dis 2012 ..Episod yang amat TERKESAN tambahan di usia 60 thn setelah 36 thn menunggu! Allah tak pernah menghampakan MakhlukNya...PINTALAH PADAKU PASTI AKU MAKHBULKAN !
Khas buat UDA...terima kasih dan Penghargaan yang tak terhingga ats segala USAHA ini walaupun tidak di PINTA..Jazakallah! Moga2 di BERKATI ALLAH SWT AMIN!

Nur Emyinda said...

Salam Bamuda,

Alhamdulillah...berkat usaha yang tak pernah luntur,doa yang tentunya tak pernah lekang dibibir,akhirnya terlaksana jua hajat mulia Tuan Kol Basri yang terpendam sekian lama.

Begitulah ketentuan Illahi...kita merancang, Allah jua merancang. Perancangan Allah itulah yang terhebat kerana Dia mempertemukan Tuan dengan anakanda arwah yang sudah dewasa dan lebih tahu makna Pahlawan. Mudah2an Shaiful dan generasi seangkatannya dapat membuka minda dan matahati untuk terus mengenali dan menghargai setiap mereka2 yang terkorban demi Negara dan menempatkan kesemuanya nya di tempat sewajarnya – PAHLAWAN NEGARA YANG DIKENANG, DIHARGAI DAN DIJULANG - TANPA MEREKA INI , APAKAH ITU SEBUAH KEAMANAN DAN SIAPALAH KITA SEKARANG…

Al –Fatihah…to arwah Abdullah bin Majid and to all the Muslim fallen heroes.

Bamuda said...

Salam Emyinda,

Absolutely right. Pandangan yang amat tepat bagi menghidupkan semangat menghargai pahlawan negara!

Alhamdulillah segala yang dihajatkan Kol Basri ditunaikan jua oleh Allah swt. Berkat kesabaran dan berhati ikhlas.

Al-Fatihah and prayers of the higest order to each and every soldier who perished while performing national duties towards the well-being of beloved Malaysia.

Bamuda said...

Salam Adinda Basri,

Syabas kerana dapat melaksanakan dengan baik sekali suatu hajat mulia yang terpendam sejak lebih 36 tahun lalu.

Terima kasih kembali kerana telah memberikan Uda peluang untuk sama-sama menyaksikan suatu peristiwa yang amat menginsafkan . . . satu pengalaman yang sukar dilupakan!

Allah swt tetap menjanjikan yang terbaik untuk hamba-hambanya yang baik-baik . . .

Insya-Allah Basri . . . dan mereka yang berniat mulia sedemikian juga . . . mendapat ganjaran yang teristimewa daripada Allah swt kelak. Amin.

Teruskan berbakti seikhlas hati.

Anonymous said...

hi bamuda
just want to tell you this entry is
a fantastic closure to an awesome series. Keep it up.

Bamuda said...

Dear Anon,

Tqvm whoever you are.

basripgb said...

Salam Uda dan Semua!

Alhamdulillai Syukur....menatapi komen2 semua...merasakan satu KEPUASAN bagi diri saya kerana di perkenan Allah permintaan dan Hajat yang terpendam sekian lama!
Terkenang Almarhum Guru saya(Alfatihah utknya)Anas K Hadimaja(d mklmkan tlh kembali ke Rahmatullah 2/3 bulan yang lalu)...Almarhum pernah mengijazahkan kpd saya dlm thn 1985 d Sek Jurutera Tentera Darat(SJTD),Kluang kini IKEM, supaya MENGAMALKAN Ayatul Kursi dan Solat Dhuha. " Ayatul Kursi jika di amalkan ALLAH pasti melindungi kita pada sebilang masa daripada MUSIBAH!...manakala Solat Dhuha jika diamalkan ,Insyaallah,apa yang TERLINTAS di hati ALLAH akan Makhbulkan...." Wallahu aklam.Maaf cuma nak berkongsi ilmu!
Doa dan harap ALLAH SWT memberkati kita semua,Insyaallah!

Bamuda said...

Salam Adinda Basri,

Terima kasih yang tidak terhingga atas info yang diberi untuk dikongsikan bersama-sama kita semua.

Mudah-mudahan Allah swt merestui segala apa yang telah kita lakukan selama ini demi kebaikan ummah.