Wednesday, April 15, 2015

Mina Pasca Hari Tasyrik
























Pasca Hari Tasyrik




Mina
lengang seperti
hati orang ditinggal pergi;
sepi seperti
rumah usang ditinggal penghuni.


Mina 
tidak lagi sibuk
sehari suntuk
seperti ketika kami menumpang berteduh
selama beberapa tempoh.




Kesunyian melaung di merata-rata;
kekosongan bergaung di mana-mana;
kegersangan menyombong datang menerpa!



Tidak macam riang semalam,
girang kelmarin . . .
terlihat pelosok negeri
ruang daerah Mina
sarat terisi 
sampah dan sisa 
ketidakpedulian manusia!













Nyata 
kini Mina banyak menampung
longgokan sampah,
tinggalan ummah
yang mulanya datang berkampung
atas nama ibadah!
Para jemaah yang awalnya datang ke Mina
dengan penuh kesopanan
hendak merealisasikan segala impian . . .
tetapi kini tidak segan-segan pulang
seolah-olah tanpa sedikit pun perasaan
meninggalkan begitu sahaja . . .
pelbagai jenis 'kotoran'
dan bermacam sisa 'dosa'.
Ampuni kami Yang Maha Esa!

Malang sekali
berakhir saja lontaran 
di kesemua jamrah,
berakhirlah juga resah debaran
di dada insan;
Mina
lantas pantas 
memikul banyak beban
akibat ketidakprihatinan insan!


Berjuta insan
yang menggunung harapan
tidak putus-putus berdoa
meminta bahagia itu ini
memohon selesa begitu begini
mengharap masa mendatang
yang jauh lebih bererti!


Semoga tiada sesiapa yang kerugian,
semoga segala matlamat perbuatan kesampaian;
semoga Tuhan tidak keberatan
memakbulkan jua doa
sebanyak-banyaknya jumlah insan . . .















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Mina . . . selamat tinggal buat seketika. Mudah-mudahan kita diizinkan Allah bersua dan bermesra lagi. Kami akan senantiasa merindui























































































































































































































































































































































































































































































































































No comments: