Wednesday, August 26, 2015

Anak Merbok Jadi Orang (Edisi Baru)









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






Dari Permatang ke Tengah Gelanggang

(diperbaharui drpd: 
Suatu Petang di Permatang episod 11 May 2011)





"Dia ni asyik ke sana ke mari aje . . . kejap sini kejap oversea. Tak tahu penat agaknya."

"Alah . . . apa nak herankan . . . dah tugas dan rezeki dia . . . kena 'pikul' . . . dan 'kayuh' sajalah."








Sebahagian kecil daripada 'tugasan' di merata tempat yang dapat dirakamkan. Tidak termasuk tugasan di Australia, Canada dan bawah 'misi' Bangsa-bangsa Bersatu spt di Kemboja dll




Begitu yang biasa aku dengar kawan-kawan dan sanak saudaranya bercakap tentangnya . . . sepanjang aku mengenalinya.


Dan suatu hari . . .


. . . ketika pulang ke Tanah Air dari Canada sekitar tahun 1995 dia memberi kepada aku sekeping CD muzik country Inggeris. Aku memang menggemari lagu-lagu dalam genre ini sejak lama. Maka tentulah aku senang dengan pemberiannya itu.


CD lagu itu merupakan album yang dihasilkan seorang artis kelahiran Texas. Namanya Tracy Byrd. Tajuk albumnya pula No Ordinary Man.


Sekarang baru aku terfikir . . . judul album itu macam ada kaitan saja dengan kisah orang yang hendak aku berikan fokus dalam ruang blog kali ini.













Aku juga masih ingat bahawa dia paling suka akan lagu Keeper Of The Stars yang termuat dalam album itu. Berseni juga dia ni . . . fikirku.



Selain itu . . . aku juga tahu sejak awal masa mengenalinya . . . di Mes Pegawai Taiping . . . bahawa beliau amat sukakan lagu 'Kasih Sekejap' nyanyian artis Indonesia. Entah kenapa aku tak tau.


















Mes Pegawai di Taiping yang sudah berubah wajah. 
Kini lebih cantik dan selesa . . .






Lain hulu lain parang . . .






 Lain dahulu lain sekarang . . .

(Foto dirakam pada tahun 2011)




Aku perasan akan hakikat itu kerana beliau asyik menghayati lagu tersebut setiap kali lagu itu berkumandang di lounge mess tersebut.

Aku hanya berkata kepada diriku: "Itu satu petanda tersirat orang berjiwa dan meminati seni . . ."


Dia juga menggemari lagu 'Seraut Wajah' nyanyian panyanyi popular Ahmad Jais pada tahun-tahun 1970-an. Sekali lagi . . . entah kenapa pun . . . aku tak tau le.


Namun . . . kesimpulannya . . . kepada aku dia juga seorang yang berjiwa halus . . . dapat meminati dan menghayati berbagai macam karya seni . . . bukan kerjayanya yang ada semata-mata!



Bertolak daripada situasi inilah ingin aku sasarkan penulisan tentang seorang insan berkarakter dan berseni:

 Basri bin Omar.



Basri bin Omar dilahirkan di Merbok, Kedah pada 22 Mei 1952. Beliau mempunyai dua orang adik . . . seorang lelaki dan seorang perempuan.

Adik lelaki beliau bernama Mohd Pauzi bin Omar manakala yang perempuan bernama Shobihah bt Omar.








Depan dari kiri:

Omar Ismail (Ayahanda), Shobihah Omar (Adinda), 
Kholijah Othman( Bonda)

Belakang dari kiri:

Mohd Pauzi Omar (Adinda), Basri Omar



Kedua-dua ibu dan bapa Basri juga berasal dari Kedah. Jadi mereka ini keluarga Kedah jati. 

Ibu Basri, Hjh Kholijah bt Hj Othman ketika itu seorang penjual kuih manakala bapanya Hj Omar bin Hj Ismail bekerja sebagai buruh kilang padi.


Basri mula belajar dalam darjah satu sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Merbok, Kedah pada tahun 1959. Kemudian dari tahun 1960 - 1964 beliau berpindah belajar di Sekolah Kebangsaan Pendang pula hingga ke darjah enam.









 Darjah 2A 1960 SK Pendang, Kedah. 

Guru Kelas: Cikgu Bakar








Darjah 4A 1962 SK Pendang, Kedah. 

Guru Besar: Cikgu Shaari bin Abu Bakar. Guru Kelas: Cikgu Abidin. 
Guru Agama: Ustazah Nafizah bt Abu Bakar. Guru Bahasa Inggeris: Cikgu Abd Rashid.









Sijil Tamat Sekolah Rendah
















'Wajah' Terbaru Pagar Sekolah Kebangsaan Pendang




Murid yang menjalani hidup dengan gaya serba 'sederhana' bersama keluarga yang sentiasa bertawakal kepada Allah untuk meneruskan sebuah kehidupan itu, kemudiannya terpilih untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah menengah terkenal di Ipoh.


Pencapaian akademik Basri yang baik telah membolehkannya mendapat tempat belajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dari Februari 1965 hingga Disember 1970 (Tkt Khas - Tkt Lima).


Menurut kata Basri . . . apabila ditawarkan peluang belajar di STAR, Ipoh beliau pada mulanya "agak keberatan hendak meninggalkan keluarga tetapi kerana keinginan yang kuat untuk menimba ilmu dan demi kesejahteraan masa depan buat diri dan keluarga, hati terpaksa ditabahkan, langkah tetap digerakkan!"


Tambahan pula . . . Basri sedar bahawa peluang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh sehebat STAR tidak mungkin sentiasa terbuka . . . khususnya bagi anak desa sepertinya . . . anak seorang buruh pula!


STAR merupakan sebuah sekolah menengah Melayu yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah sekolah ini bermula pada 2 Januari 1957 tetapi ketika itu dikenali sebagai Malay Secondary School, Ipoh.


Pada peringkat awal penubuhannya STAR ditumpangkan sementara di lima buah bangunan yang pernah digunakan oleh pasukan Askar Melayu sebagai tempat pentadbiran, tempat tinggal dan tempat simpanan barangan di Baeza Avenue, Ipoh.


Pada tahun 1958 barulah STAR mendapat bangunannya sendiri dan berpindah ke bangunan itu di Tiger Lane (kini Jalan Sultan Azlan Shah), Ipoh.


Dari sinilah mula terbukti kemampuan dan kehebatan para pelajar sekolah ini melalui pencapaian cemerlang para lulusannya yang berjaya dengan gemilang menempatkan diri sebagai warga yang terbilang dalam berbagai bidang keperluan negara.


Sepanjang enam tahun berada di STAR, Basri berpeluang menunjukkan kebolehannya dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikular serta sukan.






























































Pada tahun 1969 dan 1970 Basri menjadi Prefect (Pengawas) dan Penolong Ketua Rumah Merah. 

Basri juga pernah menjadi Ketua, Pasukan Bolasepak STAR (1970) dan mewakili Pasukan Ragbi STAR pada tahun 1969 dan 1970.
















































Pasukan Ragbi STAR yang diwakili Basri berjaya menjadi Johan Ragbi Sekolah-sekolah Malaysia (Piala Mori) pada tahun 1969. Pasukan Ragbi STAR mengalahkan Victoria Institution, Kuala Lumpur 16-6 ketika itu . . . (Alma Mater teman yang kalah tu weh . . .)











Walaupun penulis tidak pernah menyaksikan sendiri Basri in action on a rugby field . . . tetapi penulis pernah diberitahu oleh Muhammad Bahadon (seorang kawan baik dan mantan rakan sejawat penulis . . . ex-student STAR dan orang kuat STAROBA pada satu ketika dahulu . . . juga seorang pemain ragbi yang handal) bahawa Basri terror bermain ragbi. Macam lipas kudung . . . kata kawan penulis itu!









"Macam ni lah!"



Penulis percaya. Mengapa tidak? Basri pernah mengisahkan kepada penulis bagaimana beliau kerap bergelumang lecah bermandi lumpur apabila training ragbi di tengah sawah (bendang) bersama rakan-rakan sebaya di kampung dahulu!


Basri sudah tentulah terdedah kepada banyak nilai positif selama di STAR. Beliau sudah tentu juga mempraktikkan segala pengalaman yang diperolehnya sepanjang tempoh itu untuk dijadikan bekalan hidup di dunia luar yang pasti lebih real dan mencabar kelak.


















Tamat Sekolah Menengah . . . dan . . . dapat testimonial baik punya . . .




Satu kisah awal yang mempamerkan keberanian Basri menghadapi kenyataan terjadi ketika beliau menuntut di STAR. Peristiwa berlaku pada tahun 1969:


Basri dan Mohamad Deraman seorang pelajar dari Kelantan telah dihukum oleh Encik Khalid Halim (kini bergelar Dato') Guru Besar STAR ketika itu atas satu kesalahan.


Kedua-dua pelajar yang terlibat itu dihukum memohon maaf secara terbuka (public apology) kepada Daud Darus aka Daud Tulang seorang Pengawas yang telah diejek dan diperli Basri dan Mohamad Deraman.


Perbuatan mengejek dan memerli itu berlaku kerana Daud telah 'menangkap' kedua-dua murid 'nakal' yang cuba 'tuang' (ponteng) suatu aktiviti perbahasan (debat) di Dewan sekolah.


Permohonan maaf secara terbuka itu diperintahkan Master Khalid dibuat dalam Perhimpunan Sekolah! Alangkah memalukan jika ini mesti terjadi . . . fikir Basri.


Oleh itu Basri membuat keputusan berjumpa dengan Master Khalid (walau pun dengan perasaan 'gerun' juga) untuk memohon agar hukuman yang telah dijatuhkan terhadap mereka berdua itu diringankan.


Basri mencekalkan hatinya. Basri percaya kesalahan yang dilakukan mereka tidaklah memudaratkan sangat.


Encik Khalid Halim amat terkenal sebagai Guru Besar yang mengutamakan disiplin. Kepada beliau 'berhemah tinggi' adalah suatu sifat yang wajib wujud dalam diri setiap orang. Beliau juga memang seorang yang amat tegas pendiriannya.


{Teman tau le sesangat akan he ni. Encik Khalid [ belum bergelar Dato' ketika itu] pernah menjadi Bos teman di Jemaah Nadzir Sekolah Persekutuan, KL dan teman agak lama 'bergaoi' dengan cara pentadbiran beliau.}


Pendekkan cerita . . . Guru Besar yang dianggap murid-murid STAR ketika itu sebagai seorang yang 'garang' malah sampai ke tahap 'bengis' itu rupa-rupanya adalah seorang yang amat 'manusiawi' jiwanya.


Basri mengemukakan rayuannya lengkap dengan sebab musabab kesalahan berlaku. Guru Besar mempertimbangkan rayuan itu berdasarkan fakta dan tahap berat kesalahan yang dilakukan!


Master Khalid akhirnya membenarkan permohonan maaf itu dibuat di hadapan Prefect's Board di bilik Prefect sahaja. Lega!


Maka Basri telah pada peringkat awal lagi dalam kehidupannya mempraktikkan suatu nilai terpuji yang memang wujud dalam dirinya . . . beliau tidak takut menghadapi kenyataan . . . dengan perasaan yang terbuka dan hati yang jujur.


Antara nilai-nilai terpuji lain yang diserap Basri hingga kini ialah 'kemampuan berdikari', 'semangat kesetiakawanan', 'mengutamakan kebersihan', 'menepati waktu', 'berusaha gigih', 'menitikberatkan keseragaman', 'menghormati orang, 'menghargai budi', 'semangat kekitaan atau berpasukan', dan 'berdaya kepimpinan'.








Alma Mater yang tidak mungkin dilupakan











Jasa Guru Tetap Dikenang


Basri bersama Cikgu Lau Hut Yee (aka Pak Lau)
Gambar terbaru (2011)








Mengimbau kenangan lama di STAR Ipoh
Guru dgn Murid (2011)

Pak Lau (kiri) dgn Basri

Foto dirakam depan rumah Cikgu Lau Hut Yee di Taiping









 Cikgu Lau Hut Yee di rumahnya di Taiping sekarang (2011)








(14 Mei 1958)

Pak Lau ketika aktif sebagai Guru St John's Ambulance menyambut ketibaanTunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama sempena upacara perasmian STAR Ipoh 


Terima Kasih Cikgu



Dan . . . hasil daripada penerapan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada segala asuhan dan latihan, pelajaran dan pendidikan serta bimbingan dan tunjuk ajar yang penuh berdisiplin diterimanya di STAR Ipoh, Basri berjaya menceburi bidang ketenteraan (Jun 1971 - Mei 2005).














Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai pemerintah . . .




Beliau ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda (Lt M) pada 14 April 1972 dan terus maju dalam kerjayanya sehingga bersara sebagai Leftenan Kolonel (Lt Kol) pada 21 Mei 2005.








Ensuring everything's fit for a King . . .









Lelucon Kesetiakawanan










Serah - Terima Tugas Ketua Jurutera 2002









Wira atau pahlawan? Yang pasti . . . Tiga Sekawan.





Atas kesetiaannya kepada negara dan keberaniannya menentang dan menghapuskan musuh negara . . . beliau telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 2 Jun 1976 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong .











Masya-Allah . . . hebatnya!













Watikah PGB yg diterima Basri Omar




Basri telah berkhidmat dengan penuh gigih dan setia selama 34 tahun sebagai Pegawai Jurutera dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). 

Beliau sanggup ke mana saja atas nama menjalankan tugas mulia untuk negara. Allah sahaja yang membalas segala jasa yang telah beliau curahkan.




















































































Tugas tak mengira waktu dan tempat . . . berkhidmat dengan bijak dan jujur jadi pegangan.








Segak di Jerman











Australia 1994















NBC Visit UK - 1985










Bersama para pegawai NIOL Iran





Di Kg Aman 3 - Selatan Thailand 1990 (bersama A Rashid Maidin)







 Khmer Rogue AA Gun -1993






UNTAC Cambodia-Thailand border '93







UNTAC '93 -Khmer Rouge






Banding 2004






Penghargaan drpd mantan Menteri Pertahanan
kini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak







Bersalaman dengan
DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
pada Hari Pahlawan




Sehingga saat artikel ini ditulis, Basri merupakan satu-satunya bekas pelajar STAR dan Pegawai RAJD yang menerima anugerah PGB. Satu pencapaian yang amat membanggakan!







Bukan calang-calang . . . Satu barisan terbilang . . .















Masya- Allah . . . berkaliu ganda hebat . . . Pingat lagi
untuk Basri drpd DYMM Sultan Perak . . . Kudos!




Dua Sejoli







Lt Kol Hj Basri Omar PGB (Bersara) bersama isteri beliau Pn Hjh Zawiyah
di Istana Iskandariah Kuala Kangsar







TAHNIAH

Puan Hjh Zawiyah bt Hj Abdul Aziz
 ketika dianugerahkan PJK di Istana Iskandariah 



Sejak kecil Basri amat rapat dengan ibu bapa serta adik beradiknya.

Beliau juga amat mementingkan dan memelihara silaturahim yang erat dengan ahli-ahli keluarga terdekat dan sanak saudara lain. 

Begitu juga cara persahabatan yang jujur diamalkannya dengan semua rakan dan sahabat handai.







Basri & Shobihah













 Ayahanda Basri . . . Hj Omar Hj Ismail (kanan) bersama seorang ahli keluarga








 Basri pada zaman kanak-kanak bersama ahli-ahli keluarga 
di Botanical Gardens Penang, 1956.

Basri Omar Sekeluarga
di Botanical Gardens Penang 1956









 Bonda Basri . . . Kholijah (kiri) bersama adinda Shobihah






 Berdiri dari kiri:
Basri, Pauzi, Ramli

Duduk: 
Zawiyah (kiri), Shobihah








Bonda Hjh Kholijah bersama cicit sulungnya . . . 




Kemesraan ini dapat dilihat berterusan hingga kini. Basri sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain daripada dirinya sendiri.





Ucapan tahniah kepada geng lama







Dengan geng lama . . . STAROBA






Dengan PW Moorthy






Reunion Form Five '65
Feb 2010






With MD MACC Mr Keith Burrows
Feb 2006



Basri bernikah dengan seorang gadis manis dari Yan, Kedah . . . Siti Zawiyah bt Abdul Aziz, pada 24 November 1977. 

Pasangan ini dikurniakan Allah SWT lima orang cahaya mata. Tiga lelaki dua perempuan.














Majlis kenduri perkahwinan di rumah pengantin perempuan









Selamat Berbahagia








Jamuan makan yang sungguh istimewa . . . 







. . . mana nak dapat makan 'open air' macam ni lagi sekarang . . .








Hati-hati sikit bang . . . pedang tu tajam!



Anak sulung Basri bernama Siti Nur Nazehah, yang kedua Siti Nur Asilah, ketiga Mohd Fitri, keempat Mohd Shafik dan yang bongsu Mohd Afnan.







Foto Atas

 Basri & Zawiyah bersama 4 cahaya mata mereka . . . 
(dari kiri) . . . Asilah, Fitri, Shafik (dipangku), Nazehah

 Foto Bawah 

(dari kiri) 
Fitri, Shafik, Basri, Nazehah, Asilah




Pada waktu kisah ini tertulis, keempat-empat anak Basri dan Zawiyah (yang imej mereka tertera dalam dua foto di atas) . . . sedang dalam lingkungan usia awal dan pertengahan 20-an . . . manakala si bongsu yang 'lewat' menghadirkan dirinya dalam keluarga ini . . . baru berusia 10 tahun.









Ha . . . sini baru Afnan enter frame . . .

Dari kiri:
Asilah, Fitri, Afnan, Nazehah & Shafik








Foto Keluarga 2005


Duduk dari kiri:
Basri, Afnan, Zawiyah

Berdiri dari kiri:
 Fitri, Nazehah, Asilah, Shafik








Wajah-wajah dirahmati Allah 2006


Duduk
Basri (memegang Afnan)

Berdiri dari kiri:
 Fitri, Nazehah, Zawiyah, Asilah, Shafik







Penulis dapat memerhati dan mengamati bahawa Basri telah mendidik anak-anaknya dan membimbing keluarganya dengan penuh kasih sayang dan pengertian (walau pun kadang kala tidak dapat disorokkan 'ketegasan' dan 'disiplin' ala tenteranya).











Young Basri & wife Zawiyah










Pakej berbulan madu , ha?




Budaya tegas dan penuh disiplin yang ditunjukkan Basri tidaklah menghairankan. Sikap bertanggung jawab, peka dan prihatin terhadap sesuatu yang berlaku di alam sekelilingnya telah tersemai dan terpupuk dalam jiwanya sejak lama.

This man has obviously had a very good upbringing... (sampuk jiran omputih teman, yang memang suka menyampuk dalam blog teman ni!) 

Penulis bersetuju dengan si jiran omputih ni. Basri telah diasuh dengan cukup 'baik' (kalau pun . . . kata orang . . . tidak boleh digunakan perkataan 'sempurna' . . . kerana kata orang lagi . . . mana ada orang yang 'sempurna') oleh kedua-dua ibu dan bapanya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kemudian Basri, anak Merbok ini,  ke STAR pula . . . dapat lagi berbagai asuhan yang berkualiti untuk jadi 'orang'. 

Akhirnya masuk askar. Dapat asuhan, latihan dan pengalaman ketenteraan . . . dengan segala orders dan details serta disiplinnya yang perlu dilaksanakan dan paling penting dipatuhi. Memang patut jadi 'orang'!

Sejuk perut bonda Hjh Kholijah bt Hj Othman mengandung dan melahirkan putera yang kini bergelar Lt Kol Hj Basri bin Hj Omar PGB (Bersara).

Dan . . . segala penat lelah serta susah payah seorang ayah . . . Hj Omar bin Hj Ismail . . . membesarkan, mendidik dan membimbing puteranya yang bernama Basri itu pula tidak sekali-kali sia-sia.








Ayahanda dan bonda Basri sekeluarga 
dalam perjalanan ke Tanah suci Makkah Al-Mukarramah








 Ayahanda Basri . . .  Hj Omar dgn cucunya Siti Nur Asilah 








 Dari kiri:
 Siti Nur Asilah, Tok Wan Hj Omar, Mohd Fitri, Tok Hjh Kholijah, Siti Nur Nazehah










2005  
Bersama ahli keluarga dan adik bongsu ke Mekah menunaikan umrah












Hakikatnya . . . hubungan erat yang telah lama terjalin dengan Basri sekeluarga pasti 'melayakkan' penulis menyatakan perkara-perkara di atas.








Berdiri dari kiri:
Zawiyah, Asilah, Fitri, Halim, Shafik, Hazry, Alimah

Mencangkung dari kiri: 
Nazehah, Lyana


Foto-foto di ruang ini memaparkan imej keluarga penulis dengan keluarga Basri pada tahun 1991 di kuarters tentera Kem Sungai Ara, Pulau Pinang. Ketika itu Basri sekeluarga tinggal di situ.








Dari kiri:
 Lyana, Asilah, Nazehah, Fitri, Hazry (memegang Shafik), anak jiran?







Dari kiri:
Halim, Asilah, Nazehah (memeluk Shafik), Lyana





Akhir kata . . . penulis mendoakan semoga setiap titis keringat ibu bapa mukmin yang jatuh ke bumi demi kepentingan anak yang amat mereka kasihi diberkati Allah SWT.

Dan . . . semoga taburan kasih sayang dan balasan jasa bakti daripada setiap anak yang soleh terhadap ibu bapa yang amat mereka sanjungi juga mendapat manfaat Allah SWT. Amin.





bamuda
dsuarang.blogspot.com

2 comments:

Unknown said...

Tahniah Dsuarang kerana dapat mengimbau kembali rentetan sejarah seorang wira yg menjadi kebanggaan Kor RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja). Juga ucapan tahniah buat Lt Kol Basri yang menjadi jurulatih (cikgu) ku semasa di RMC pada tahun 1979 ketika latihan kadet. Sesungguhnya apa yg telah tuan lalui dan curahkan semasa perkhidmatan amat bererti kepada ATM dan RAJD. Semoga apa yg telah disumbangkan menjadi inspirasi kepada anak2 dan generasi baru dalam perkhidmatan... Selamat maju jaya.. Terima kasih dsuarang dan terima kasih tuan..

Bamuda said...

Terima kasih Tuan Mohamud Hj Mohamad atas penghargaan ini. . . dsuarang tidak keberatan memaparkan kisah dan pencapaian menarik individu / organisasi yg boleh dijadikan inspirasi kpd para pembaca khususnya mereka yang tergolong muda. Andai Tuan ada kisah-kisah seperti ini yg ingin Tuan kongsikan bersama para pembaca . . . sudilah kiranya berhubung dgn kami (Lt Kol Basri / saya sendiri). In sha Allah kita dpt bertemu lagi.