Saturday, August 1, 2015

Masih Tetap Bersemangat









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





 Sekadar Bersumpah dan Berjanji ?

(bersempena dgn sambutan hari Pahlawan Tahun 2015)















Jika seseorang sedang meningkat usia 58 tahun . . . dia lazimnya dianggap sudah mencapai tahap kehidupan yang cukup 'dewasa' atau 'matang' sebagai seorang manusia di muka dunia ini.










Dan . . . jika sesebuah negara akan menyambut ulang tahun ke-58 kemerdekaannya sebulan dari sekarang . . . apa pula status yang hendak diperuntukkan kepada negara tersebut?







Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'bebas' dan 'berdaulat'. 
















Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'stabil' dan kian meningkat 'maju'.



Malaysia mempunyai segala ciri itu. Malaysia sebuah negara yang semakin meningkat maju. Stabil dan berdaulat.












Malaysia negara yang cukup bebas. Bebas pergerakan rakyatnya, bebas kehidupan warga tetap dan sementaranya. 

Bebas segala orang yang menumpang di bawah langitnya dan yang berpijak di buminya.





































Pendeknya suatu ruang permastautinan yang ideal tersedia di negara bertuah yang bernama Malaysia ini!


Jika dibuat perbandingan tahap kemajuan yang tercapai oleh tanah air kita yang tercinta . . . sejak zaman sebelum Merdeka hingga kini . . .  maka tidak syak lagi amat jauh luas jurang perbezaannya. Ibarat langit dengan bumi.












































Begitulah kesimpulan yang bakal kita peroleh apabila ditanyakan pendapat segenap lapisan rakyat yang berteduh di Malaysia berhubung perkara ini.






















Semuanya akan mengiakan hakikat ini! Semuanya seolah-olah sebulat suara bersetuju bahawa Malaysia negara berdemokrasi yang aman lagi makmur. Mereka berbangga menjadi rakyat Malaysia.







































Tetapi itu bukan persoalannya. Apa yang penulis sangsikan ialah sama ada pendapat yang serupa akan disuarakan dengan yakin oleh semua rakyat Malaysia apabila diajukan soalan:


"Masih setiakah lagi bangsa Malaysia, yang selama ini mengaku cintakan negara ini, kepada Malaysia sekarang?"


Jika 'ya' jawapan mereka, mengapa kini seperti ada saja yang tidak kena dengan suasana atau persekitaran hidup di sini? 

Apakah kedamaian dan kemakmuran negara tidak lagi menjadi sesuatu perkara utama yang harus dititik beratkan oleh bangsaku?

Atau, apakah usaha pihak-pihak berkuasa yang berwajib bagi menentukan keselesaan hidup dan keselamatan diri setiap individu di negara ini . . . seperti yang dinikmati selama ini . . . sudah tidak lagi dihargai ramai! 






































Mungkin semua ini tidak lagi penting kepada sesetengah golongan penduduk Malaysia. Mungkin mereka sedang asyik memburu 'keghairahan' (excitementbaru! 






























































Agaknya kepentingan diri atau kelompok sendiri sahaja yang mereka idamkan. Bukan kepentingan negara yang diutamakan. Entahlah!



Soalan utamaku yang aku harap dapat direnungkan bangsaku dengan perasaan sedar diri dan penuh rasional : 


"Mengapa tiba-tiba ada ramai Si Kitol muncul di kalangan bangsaku kini? Mengapa pula Si Kitol yang ramai ini suka sangat mengacum pihak lain supaya saling bermusuhan? Ataupun, mereka yang bertelagah sesama sendiri!"



Si Kitol dalam sejarah negara zaman silam sudah lama mati! Malanglah bagi bangsaku jika ramai pula Si Kitol baru yang muncul hasil klon Si Kitol yang lama. 


Apapun seperti yang biasa aku baca dan fahami . . . hasil bahan klon . . . dikatakan tak tahan lama. Mudah-mudahan begitulah. Jangan sudah terhantuk baru tengadah!



Bagi diriku . . . tetap seperti dulu. Dulu rakyat tidak segan silu menyuarakan rasa cinta dan sayang yang jitu terhadap negara ini. Rakyat tidak takut membuktikan apa yang mereka suarakan. 










































































Mereka tidak gentar bertindak tegas terhadap orang yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara ini. Mereka benar-benar bangga dan ikhlas menjadi rakyat Malaysia!















































































Apakah harapan penulis bersempena sambutan Hari Pahlawan 2015 yang baru berlangsung pada hari Jumaat 31 Julai 2015? 


















































































































































Harapanku mudah. Semoga masih besar majoriti bilangan rakyat Malaysia yang sentiasa benar-benar ikhlas dan setia menyintai tanah tumpah darah ini.

Janganlah sekadar menyebut kata-kata bersemangat di mulut sahaja . . . atau pada ketika-ketika tertentu berlangsungnya acara atau majlis gilang gemilang seperti ini!





















Pendirianku pula ringkas begini:







Puisiku yang tertulis seawal 1972




Doaku semoga generasi muda / baru negara Malaysia akan terus mewarisi semangat juang yang kental seperti "para pejuang lama" yang telah terbukti keberkesanannya sehingga hari ini. 











Mudah-mudahan Allah SWT mengizinkan segala permohonan kita yang baik-baik. 




Wallahuaklam










bamuda
dsuarang.blogspot.com



No comments: