Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Ke KLIA hantar Pak Lang
(versi asal Friday, November 5, 2010)
Dialog Dua Sepupu
(Pagi Khamis 4 November 2010)
Aii:
Dik Wa Jim . . . u tau tak kita nak gi mana ni?
Amb:
Mana le i tau Along.
Lepas subuh tadi kita dah kena bangun.
Pakai baju cantik.Terus naik MPV Atuk M.
Lepas subuh tadi kita dah kena bangun.
Pakai baju cantik.Terus naik MPV Atuk M.
Aii:
Ha ah. Tahu-tahu dah sampai aje.
Ha ah. Tahu-tahu dah sampai aje.
Amb:
Ya lah kita dah sampai ni.
Ya lah kita dah sampai ni.
Aii:
KLIA here we come.
Aii:
Alah i cakap omputih le sikit.
KLIA tak kan u tak tahu.
Amb:
i pernah dengar itu.
Klia tu bukan dah 'lapang' atau 'terang' ke?
Macam line clear tu . . .
Aii:
Ya Allah dak ni.
Itu klia (clear) lain . . . ini KLIA airport le!
Amb:
Ha . . . tambah sikit.
Airport terindah di rantau ini.
Aii:
Bukan kat rantau ini je.
Seluruh dunia mungkin!
Amb:
Ya lah tu. i tau tu.
Aii & Amb:
Kita cakap pakai i u ni macam bunyi familiar je.
Ha . . .
macam Mak Long Gawa dan Mak Su Nisut cakaplah.
Ha, ha, ha.
Amb:
Ha ah. Mana dia ha?
Aii
(dgn muka comot lepas makan) :
i dengar Uim aka Mamak CT tu gi T'ganu.
Amb:
Dia selalu takde sama kita ya . . .
Aii:
Dia tak selesa ikut kita . . . tak?
Amb:
Tak kan le. Dia kan adik sepupu kita jugak.
Bukan tak biasa. Mesti ada agenda sendiri tu.
Aii:
Ya tak ya. Ha kena ikut parents le tu.
Ke mana-mana aje. Tak leh le dia nak ikut kita.
Amb:
Kan atuk M selalu kata, "Anak udang, udang jugak."
Tapi, kalau ada si mamak tu sekali . . .best kan . . .
Aii:
i cuma harap . . . jangan ada salah faham . . .
orang ingat Mamak CT atuk M tu kena asing lak
Amb:
Ha ah lah. Asyik absent dalam function
Atuk dan Opah . . . dah macam lain lak . . .
Aii:
Takpe lah. Panjang umur boleh jumpa lagi.
Lain kali pun boleh join . . . bila-bila ikut suka le . . .
Amb:
Ha kita kat KLIA skang ni buat apa?
Aii:
Alahai adik ni . . . u tak peka le.
Nak hantar balik tukang buli tu le.
Amb:
Tukang buli? Siapa?
Aii:
Alahai . . . Pak Lang le siapa lagi!
Amb:
Oh Pak Lang Halim!
Nak hantar Pak Lang ke mana ha?
Aii:
Pak Lang nak balik 'hengeli harab'. . .
Amb:
. . . macam dalam lagu 'lompat apek lompat' !
Aii:
Tau pulak!
Suka syok sendiri. Dah 'klia' skang?
Amb:
Ha dah 'klia' . . . tapi KLIA lain kan . . .
ni tempat kapal terbang bawa orang jauh-jauh?
Aii:
Ya lah. Pak Lang kita ni nak balik jauh le.
Pak Lang nak balik Riyadh di Arab Saudi.
Amb:
Pak Lang buat apa kat sana?
Aii:
Keroja le! Work. Pak Lang wok!
Macam orang selalu cakap . . . pegi wok!
Keroja le! Work. Pak Lang wok!
Macam orang selalu cakap . . . pegi wok!
Amb:
Mak Lang tak ikut ke?
Aii:
Entah. Belum dapat visa kot!
Amb:
Apa visa tu?
Aii:
Along pun tak pasti. Dengar opah cakap . . .
i pun cakap le.
Amb:
"Very Important Surat Arab" . . . kot.
Amb:
Ha mari kita temankan Pak Lang kita ni . . .
Aii:
OK dik Jim. Jom kita.
Amb:
Kenapa Pak Lang kena duduk atas walker
macam u punya tu?
Aii:
Dak kecik ni . . .
Itu bukan walker macam i punya le.
Itu kereta sorong airport security punya.
Amb:
Oh bawak mesti ada lesen ke?
Pak Lang tak ada lesen? Kesian Pak Lang . . .
Tak boleh pandu sendiri!
Aii:
Suko hati kau lah Jim.
Amb:
Hai , Along tengok tu. Mak Lang . . .
Aii:
Kenapa?
Amb:
Mak Lang cam down aje . . .
Aii:
Tengok aje . . . Jim . . .
. . . tak yah le campur hal orang tua-tua.
Aii:
Eh
. . . apa lak Atuk dan Opah cakap pada Pak Lang tu?
. . . apa lak Atuk dan Opah cakap pada Pak Lang tu?
Amb:
Mesti ada secret apa-apa . . .
Aii:
Secret apa lak!
Atuk dan Opah doakan yang baik-baik untuk Pak Lang.
Atuk dan Opah doakan yang baik-baik untuk Pak Lang.
Amb:
Tapi Opah tu nampak macam nak 'mendung' aje . . .
Aii:
. . . al maklum, anak akan berada jauh di rantau orang . . . jap lagi 'hujan' turun le . . .
Amb:
Shh . . . dah . . . nanti Opah naik angin. i takut.
Amb:
Kesian Pak Lang . . .
balik kat 'hengeli harab' tu . . . nak makan camna?
Aii:
Alah Pak Lang taulah . . .
Kena masak . . . masak aje le Pak Lang . . . ya tak.
Amb:
Ajim nanti miss Pak Lang camna?
Aii:
Along pun miss jugak.
Aii:
Kami semua doakan Pak Lang sihat walafiat.
Sampai jumpa lagi.Amb &
Aii:
Bila Pak Lang balik ke sini nanti . . . belanja le kami lagi.
Mudah-mudahan murah rezeki.
Amb & Aii:
Bye Pak Lang,
selamat jalan . . . jumpa lagi
selamat jalan . . . jumpa lagi
Aii:
Pak lang dah pun nak naik kapal terbang . . .
syoknya. Bila lak kita nak naik . . . dik Jim?
Amb:
Sabar Along.
Nanti u ikut i balik kampung naik 'belon' ok?
Aii:
Agak-agak sikit Ajim . . .
belon tak main . . . eee ngeri.
Amb:
Alah 'belon' tu kapal terbang le!
Aii:
Mana Along tau . . .
Amb:
Along . . . kita pujuk Atuk ngan Opah . . .
kita relaks sat kat KLIA ni.
Aii:
Ha ah . . .
kita makan-makan kita minum-minum . . .
kita macam-macam lagi le . . .
Amb:
Jangan kita buat hal sudah . . .
kalau susahkan Atuk dan Opah . . . nanti emak dan abah kita naik angin lak . . . eh takut i . . .
Aii:
i pun takut weh!
Amb & Aii:
OK kita dua-dua janji le . . .
berperangai baik dan berbudi bahasa.
Mesti Atuk dan Opah suka . . .
he, he.
Amb:
Dah lepak ni . . . nak buat apa lagi Along?
Aii:
Tentu le nak isi perut . . .
jom kita lobby Opah ngan Atuk . . .
Amb:
OK, Along. Lepas ni baru boleh balik . . .
senang hati.
Aii & Amb:
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati . . .
Betul tak Atuk, Opah?
Atuk
(berpantun sayu dalam hati):
Ada susu,
Tak payah beli;
Kerana cucu,
Fast Food Lagi!
Opah
(diam-diam suka):
. . . bestnya ada budak-budak ni . . .
tak payah susah-susah nak masak.
Atuk pun tak boleh nak marah . . .
he, he bahagia rasanya.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment