Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Mengunjungi Halim dan Keluarga
Kami meninggalkan rumah Hj Mohd Rodzi Abdul Rahman di Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh pada jam 12:00 tengah hari. Penulis dan isteri Alimah, anak Mazlyna Hanum (Anum), menantu Royhai'zam (Roy) dan cucu Azim Muqry Basrie (Ajim) meneruskan perjalanan pulang ke KL.
Pada hari Sabtu 24 Mac 2012 itu kami dengan tenang menelusuri Lebuhraya Utara-Selatan arah KL. Kami tidak perlu bergegas atau tergesa-gesa dalam perjalanan ini kerana tiada apa yang hendak dikejarkan di KL itu.
Sepanjang perjalanan . . . terasa wujud suatu kepuasan kerana telah dapat menemui Hj Rodzi sekeluarga pagi tadi. Kini aku berhasrat singgah di Ipoh pula untuk bertemu sahabat haji kami yang tinggal di sana.
Sahabat haji kami kali ini ialah Tuan Hj Abdul Halim bin Ahmad dan isteri beliau Puan Hjh Noral Saniah bt Mohd Som. Mereka ini pernah menjadi teman sebilik kami masing-masing ketika di Madinah. Hj Halim sebilik denganku manakala Hjh Noral sebilik dengan isteriku Alimah. Aku dan Hj Halim juga tinggal sekhemah di Mina.
Walaupun kami sebilik dan sekhemah selama lebih kurang 11 hari sahaja . . . waktu tersebut sudah mencukupi untuk kami menjalinkan persahabatan yang rapat dan penuh dengan persefahaman yang tulen. Tali silaturahim antara kami terikat erat. Alhamdulillah.
Pasangan suami isteri ini baik orangnya dan berbudi tinggi. Penulis dapat memerhatikan bahawa mereka suka menolong atau membantu sahabat-sahabat lain yang memerlukan pertolongan atau bantuan ketika di Tanah Suci. Allah sahaja yang dapat membalas segala keikhlasan hati mereka bertindak sedemikian itu.
Hj Halim 'terpaksa' menunggu kami di situ kerana kami tidak tahu lokasi rumah beliau di Taman Ampang Indah, Ipoh . . . walaupun rumah itu terletak selari bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan arah KL.
Ajim gembira macam di rumah sendiri saja . . . ok le Ajim . . .
Apa mainan tu abang? Alah Ajim . . . kamu main aje le . . . sure best punya . . .
Tuan rumah melayan tetamu dengan mesra sekali . . . Terima kasih kami ucapkan
Hjh Noral tuang air hidangan . . . Anum tonton TV . . . Ajim simply not interested
Anum dan Ajim . . . Ajim asyik menoleh . . . nak join abang yang sedang relaks tu . . .
Di rumah Hj Halim dan Hjh Noral . . . kami memperkenalkan anak menantu dan cucu kami . . . dan mereka juga memperkenalkan anak-anak mereka.
Dari kiri:
Hjh Noral Saniah, Royhai'zam,
Hjh Alimah, penulis, Hj Halim
Sembang-sembang Yeop . . . dah lama tak jumpa . . .
dah dapat besembang payah beno nak ghentinya
Begambo le pulak . . . weh
Pose Istimewa Dua Sahabat
Dari kiri:
Penulis, Hjh Alimah, Hjh Noral Saniah, Hj Halim
Pada kira-kira pukul 4:30 petang kami memohon diri untuk pulang ke KL dengan berjanji akan datang mengunjungi mereka lagi . . . andai diizinkan Allah swt kelak.
Hingga berjumpa lagi . . .
Semoga selamat sejahtera semuanya . . .
Tak habih-habih begambo kome . . .
Alahai apa lagi kan . . .
Buat kenang-kenangan ye dak
kunjungan yang sungguh menggembirakan
Bye
Sekian dulu secebis kisah pertemuan sahabat haji di Ipoh. Salam.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment