Sunday, May 22, 2016

Sumpah dan Janji





Assalamualaikum
 n
 Selamat Sejahtera





 Semangat Merdeka



Jika sesebuah negara telah kira-kira 60 kali menyambut ulang tahun kemerdekaannya, maka apakah status yang hendak diperuntukkan kepada negara tersebut? 

Tentunya negara itu sudah layak bergelar sebuah negara yang sudah cukup 'bebas' dan 'berdaulat'. 

Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'stabil' dan meningkat 'maju'.









Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Selasa 31 Ogos 2010
bsmn 21 Ramadan 1431



Malaysia sebuah negara yang sedang pesat tahap kemajuannya. Malaysia stabil dan berdaulat. 

Malaysia negara yang cukup bebas. Bebas pergerakan rakyatnya, bebas kehidupan warga tetap, penduduk sementara dan mereka yang berpijak di buminya sambil menjunjung langitnya. 


Pendeknya suatu ruang permastautinan yang ideal tersedia di negara bertuah yang bernama Malaysia ini!










Dokumen Bersejarah
Fahami sejarah dan hargai Kemerdekaan




Perbandingan kemajuan yang tercapai di negara Malaysia sebelum Merdeka dengan waktu kini amat jauh jurang perbezaannya. Ibarat langit dengan bumi.

Begitulah kesimpulan yang terdapat tentang hal ini apabila ditanyakan pendapat semua rakyat yang berteduh di Malaysia. Semuanya mengiakan hakikat ini!







Kenang Kembali
Isi puisiku tahun 1972




Tetapi itu bukan persoalannya. Apa yang merisaukan ialah sama ada pendapat yang serupa akan disuarakan dengan yakin oleh semua rakyat Malaysia jika diajukan soalan:

"Setiakah lagi bangsa Malaysia, yang mengaku cintakan negara ini, kepada Malaysia?"

Jika 'ya' jawapan mereka, mengapa kini seperti ada saja yang tidak kena dengan suasana atau persekitaran hidup di sini? 

Apakah keamanan dan kemakmuran negara tidak lagi diambil kira oleh bangsaku. Atau, keselesaan hidup yang dinikmati selama ini tidak lagi dihargai. 

Mungkin semua ini tidak lagi penting kepada sesetengah orang. Mungkin excitement baru yang mereka cari. Agaknya kepentingan diri yang mereka kejar. Kepentingan bangsa dan negara boleh dibuang ke longkang. Entahlah!

Soalan utamaku yang aku harap dapat direnungkan bangsaku dengan perasaan sedar diri dan penuh rasional :

"Mengapa tiba-tiba ada ramai Si Kitol muncul di kalangan bangsaku kini? Mengapa pula Si Kitol yang ramai ini suka sangat mengacum pihak lain supaya saling bermusuhan? Ataupun, mereka yang bertelagah sesama sendiri!"







Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Rabu 1 September2010
bersamaan 22 Ramadan 1431



Si Kitol dalam sejarah negara zaman silam sudah lama mati! 

Malanglah bagi bangsaku jika ramai pula Si Kitol baru yang muncul hasil klon Si Kitol yang lama. 

Apapun seperti yang biasa aku baca dan fahami . . . hasil bahan klon . . . dikatakan tak tahan lama. 

Mudah-mudahan begitulah. Jangan sudah terhantuk baru tengadah!

Bagi diriku, tetap seperti dulu. Dulu rakyat tidak segan silu menyuarakan rasa cinta dan sayang yang jitu terhadap negara ini. 

Rakyat tidak takut membuktikan apa yang mereka suarakan. Mereka tidak gentar bertindak tegas terhadap orang yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara ini. Mereka bangga menjadi rakyat Malaysia!










Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Isnin 30 Ogosbsmn 20 Ramadan 2010




Harapanku . . . mudah-mudahan masih majoriti bilangan mereka yang setia dan sayang kepada tanah air kita sendiri . . . 



















Bamuda
dsuarang.blogspot.com





No comments: