Sunday, October 23, 2016

Ngopi Boleh








Assalamualaikum
 n 
Selamat Sejahtera




 Kisah Secawan Kopi!




Ceritanya begini. Para tetamu meninggalkan d'SUARANG setelah selesai suatu majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung pada petang Sabtu 29 Mei 2010. 

Ada yang sudah lama pulang. Ada yang baru pulang. Ada pula yang baru hendak pulang. 

Kategori tetamu yang terakhir ini termasuklah Pak Uda dan Mak Uda penulis ... Tuan Hj Mohd Nadzar & Puan Hjh Zaleha.













"Secawan Kopi"


Puisi AMB tertulis pada tahun 2005
ttg tipu muslihat "belanja minum kopi"













Pasangan Bahagia


Pak Uda Hj Mohd Nadzar & Mak Uda Hjh Zaleha














Penulis & Bapa Saudara









Cakap omputih sikit . . . hmm 
Uncle & Nephew 




Apabila mengetahui Pak Uda Nadzar & Mak Uda Zaleha hendak pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Penulis dan Alimah (isteri) meminta mereka tunggu sekejap untuk bergambar kenangan.

Pak Uda & Mak Uda dengan sikap penuh 'sporting' menunaikan permintaan kami itu. 

Selesai gambar diambil mereka berdua terus ke pintu pagar rumah menuju ke kereta untuk pulang.









Keturunan Keluarga Tok Shariff


Dari kiri:
Penulis, Hjh Zaleha, Hj Mohd Nadzar & Alimah












Posing Sekejap

Hj Mohd Nadzar & AMB



Sebelum mereka masuk ke kereta, penulis sempat mengingatkan Pak Uda Nadzar bahawa ketika hendak meminum air sarsi selepas makan tadi . . . Pak Uda ada menyatakan begini: 

"Pak Uda ingatkan air kopi ..." 

"Kopi ada Pak Uda . . . tunggu sekejap ..." jawab penulis.

"Tapi, aku boleh ke minum kopi, gamaknya?"

Pak Uda berkata demikian sambil menoleh kepada Mak Uda Zaleha. Seolah-olah memohon sokongan isterinya itu.

Penulis perasan situasi itu lalu meminta pengesahan daripada Mak Uda.

"Boleh ke Pak Uda minum kopi?"














Mak Uda Zaleha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Penulis terus menerima isyarat itu sebagai kelulusan yang membenarkan Pak Uda Nadzar meminum kopi. 























Maka penulis pun mempelawa Pak Uda Nadzar menikmati secawan kopi . . . pastinya yang panas dan menyegarkan.


Pak Uda Nadzar berbisik kepadaku:  

"Ha ah, teringat pula kata orang tua-tua kita. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari."


Pak Uda masih ketara seorang Guru Bahasa yang hebat. Fikirannya masih intact. Pengetahuannya masih luas. Pertuturannya cermat dan teratur. Beliau pandai menggunakan peribahasa dan perumpamaan dsb dengan tepat dan sesuai.

Gaya bahasanya juga cantik dan halus. Tetapi, loghat Peraknya tak boleh buang langsung. Begitu tebal dan mendalam! 

Mungkin jati dirinya sebagai anak Perak begitu teguh walaupun sudah berpuluh tahun bermastautin di Selangor khususnya Petaling Jaya!








Pak Uda Nadzar lantas mengiakan kata-kata penulis mengakui bahawa kadang-kala timbul keinginan mendadak untuk meminum kopi. 

Maka katanya lagi, "Kalau dah jeki (rezeki) tu tak ke mana le."


Penulis mempelawa Mak Uda Zaleha bersekali ngopi. Mak Uda pun dengan 'sporting' menerima pelawaan itu.

Penulis senang dengan sikap kedua-dua ibu dan bapa saudara ini yang jelas menunjukkan mereka pandai menjaga hati dan perasaan orang lain.

Paling penting . . . penulis mempelawa Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha dengan hati yang tulus ikhlas dan niat baik. 

Tiada sebarang lencongan niat seperti berbagai situasi yang terdapat dalam hal pelawaan minum kopi yang cuba dihuraikan penulis melalui puisi "Secawan Kopi" di atas.

Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi.


Thanks for making my day! 










bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: