Monday, October 6, 2014

Ibadah Qurban di Aidiladha






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Undangan ke Beranang



Penulis ke Beranang, Selangor pada sebelah petang Ahad 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H kerana menghadiri majlis kenduri yang diadakan Tuan Hj Sani (Jamil) dan keluarga bersempena Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban atau Hari Raya Haji yang disambut pada hari tersebut.









landmark . . . 








hmm . . . semua pedagang kat sini juga kaya-kaya  . . .  ooi









Soal:  Milik siapakah rumah ini ?









Jawab: Milik burung lah . . . si walet tu  . . . 





Pada sebelah pagi tadinya Jamil telah mengorbankan lembu seperti kebiasaan amalan beliau setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha. 


 menyediakan lembu qurban * 





*




*




*


*Penghargaan: 
Semua foto bertanda * dengan ihsan Linda / Jamil



Beliau dibantu sepenuhnya dalam urusan tersebut oleh ahli keluarga dan sanak saudara sendiri.



bekerjasama sekeluarga menguruskan daging qurban*






*





*





*





*





*





*





*





*





*





*





*






*


*Penghargaan: 
Semua foto bertanda * dengan ihsan Linda / Jamil


Kerjasama seperti ini seharusnya digalakkan di kalangan setiap anggota famili. 



 lagi foto kerja melapah dan memotong daging qurban*





foto 1





foto 2







foto 3








foto 4








foto 5


*Penghargaan: 
Lima foto di atas dipetik daripada status fb Yusrina Rahayu siaran October 2014 @ 20:19 



masak-memasak daging qurban*




*






*





*



*


*Penghargaan: 
Semua foto bertanda * dengan ihsan Linda / Jamil



Alhamdulillah acara yang berkenaan berlangsung dengan lancar dan dalam suasana yang penuh ceria di rumah ' induk / tua ' keluarga Jamil.  







































































































*



*



*



*



*


*Penghargaan: 
Semua foto bertanda * dengan ihsan Linda / Jamil




Penulis dan keluarga turut bersyukur dan mendoakan agar Pak Haji kita ini (termasuk keluarga) semakin berbahagia, sejahtera dan makmur serta bertambah murah rezeki.








Bro . . .  ang nampak penghujung jalan ni . . . 








ha ah . . . tu sampai kat pintu masuk depan sana kan . . . 








i'll race u to d gate . . . 








ok, tak hal punya . . . dah lama pun tak lumba
tapi mula-mula kena lipat kaki seluar dulu . . . 








alahai . . . rancak di labuh . . . nak posing shoot foto aje kesannya . . . 



Mudah-mudahan pada tahun-tahun yang akan datang lebih banyak haiwan qurban dapat beliau 'tumbangkan' sebagai sumbangan ibadah tahunannya.









Mari kita lak yang pose . . . 







jangan mau kalah wahai kawan . . . 








jom kita tunjuk skill . . . modelling   








pretty ladies in a row . . . 







freestyle paling menampakkan bakat modelling masing-masing . . . 








macam-macam gaya tembak dan tumbuk ada . . . ke langit, ke dagu, ke pipi . . . sukahati le . . . 








finale gaya terhebat . . . tak boleh tunjuk foto tanpa diedit dong!




Tuan Haji dan Pn Hajah yang baik budi . . . Terima kasih daun keladi . . . kalau tak letih . . . jemputlah kami lagi. 







Tuan Hj Sani






Pn Hjh Azizah



Penulis sekeluarga amat menghargai layanan baik dan mesra semua ahli keluarga Jamil.
























Allah SWT sahaja yang dapat membalas hemah tinggi anda sekalian.  


   

bamuda
dsuarang.blogspot.com


Sunday, October 5, 2014

Muhibah Aidiladha 1435H






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kunjungan Penuh Makna 


Aidiladha disambut dengan penuh kesyukuran oleh warga d'SUARANG pada hari Ahad 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H.
























































































Kunjungan ahli keluarga dan sanak saudara pada sebelah pagi memeriahkan suasana di hari penuh erti ini.

(Mohon maaf penulis tidak dapat melayani kunjungan / kehadiran sanak saudara yang ingin / datang berkunjung pada sebelah petang kerana perlu memenuhi undangan Adiladha di luar tempat.)

Hari ini memang membawa erti istimewa yang tersendiri bagi gologan mereka yang sudah diizinkan Allah SWT menunaikan rukun Islam ke-5. 













Teringat kembali peristiwa bersejarah dan terbayang semula pengalaman indah ketika bertawaf dan bersa'i di Makkah, wukuf di Arafah, bermalam dan mengutip kerikil di Muzdalifah, melontar jamrah di Mina dan berziarah di Madinah. 
































Segala amalan dan setiap gerak kerja berkaitan ibadah haji bermatlamatkan kesedaran dan keinsafan terhadap kebesaran kekuasaan Tuhan. 



























Dalam merayakan hari ini dengan penuh keriangan . . . penulis tetap terkenangkan mereka yang telah pergi buat selama-lamanya mendahului kita . . . sama ada daripada golongan yang sudah tua atau pun yang masih muda. 


Al-Fatehah buat semua. Semoga roh mereka yang sudah tiada itu mendapat tempat di sebaik-baik kedudukan di sisi Allah SWT.
















Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah sudi melapangkan waktu datang berkunjung memeriahkan suasana pada hari ini.

In sha Allah kita berjumpa lagi lain kali.







bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, October 4, 2014

Pengaruh Kopi






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Secawan Kopi:
Pencetus Mesra atau Pemangkin Lara?



Perhatian penulis tertarik kepada penulisan Siti Zarina Sahib dalam akhbar Harian Metro Isnin 29 September 2014 tentang Hari Kopi Antarabangsa dan betapa kopi menjadi minuman kegemaran masyarakat dunia setelah awalnya diperkenalkan oleh para penduduk sekitar Laut Merah dan kemudiannya oleh warga Arab lain. 
  







Keratan Akhbar
(Harian Metro 29 September 2014)




Pengaruh kopi begitu meluas sehinggakan kopi layak diperuntukkan satu hari yang khas setiap tahun buatnya.

Info yang disampaikan Siti Zarina Sahib sungguh menarik. Penulis yakin tidak ramai yang sedar atau tahu bahawa kopi telah pun ada hari antarabangsanya sendiri. 

Ini bererti kopi sudah mencapai kedudukan yang semacam sama statusnya dengan kanak-kanak, ibu bapa, pekerja, guru, kesihatan, kanser dan banyak lagi golongan serta bidang lain yang punya hari pengiktirafan antarabangsa masing-masing.

Penulis berharap biarlah bahan pencetus semangat jenis ini sahaja mendapat 'pengiktirafan' antarabangsa . . . jangan sampai melarat kepada bahan 'penyegar' lain seperti rokok, arak, dadah dsb yang kian digemari ramai ahli masyarakat moden sekarang!  

Namun . . . apa benarkah kehadiran kopi dalam gaya hidup masyarakat moden memang sebagai pencetus semangat bagi hal-hal yang positif sahaja . . . atau ada sisi negatifnya yang jarang mahu diceritakan orang. 

Penulis bukan ingin menganjurkan (jauh sekali menggalakkan) pandangan negatif terhadap amalan 'mengopi' ini  . . . cuma kadang kala terlintas di benak ini akan hal-hal yang sering tidak enak didengari, dilihat dan paling teruk dialami bersangkutan dengan 'secawan kopi' yang boleh memesongkan kemurnian erti menikmati minuman kopi. 







Keratan Akhbar


(Harian Metro 29 September 2014)





Apa pun pada akhirnya segala sesuatu tentang bicara keistimewaan kopi ini terserah kepada pertimbangan dan kebijaksanaan setiap individu penggemar kopi atau yang gemar 'mengopi'. 

Penulis ada ceritera kopi yang ingin dipaparkan semula . . . dengan mengambil kira sudut positif dan negatifnya. Sudikanlah ikuti:  







TUESDAY, JUNE 8, 2010







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 



Secawan Kopi 



Seperti dijanjikan dalam blog yang lalu, ini kisahnya . . . kisah secawan kopi!


Ceritanya begini. Para tetamu meninggalkan d'SUARANG setelah selesai majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung pada petang Sabtu 29 Mei 2010. Ada yang sudah lama pulang. Ada yang baru pulang. Ada pula yang baru memohon untuk pulang. Kategori tetamu yang terakhir ini termasuklah Tuan Hj Mohd Nadzar & Puan Hjh Zaleha (Pak Uda & Mak Uda Penulis).








"Secawan Kopi"

Puisi AMB tertulis pada tahun 2005
ttg tipu muslihat "belanja minum kopi"









Pasangan Bahagia

Pak Uda Hj Mohd Nadzar & Mak Uda Hjh Zaleha








Petikan Puisi
Bhg I






Anak Beranak
(penulis bersama bapa saudara)







Cakap omputih sikit . . . hmm 
Uncle & Nephew 

Tuan Hj Mohd Nadzar & AMB




Apabila mengetahui Pak Uda Nadzar & Mak Uda Zaleha hendak pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Penulis dan Alimah (isteri) meminta mereka tunggu sekejap untuk bergambar kenangan. Pak Uda & Mak Uda dengan sikap penuh 'sporting' menunaikan permintaan kami itu. Selesai gambar diambil mereka berdua terus ke pintu pagar rumah menuju ke kereta untuk pulang.







Keturunan Keluarga Tok Shariff

Dari kiri:
 Penulis, Hjh Zaleha, Hj Mohd Nadzar & Alimah








Petikan Puisi
Bhg II







Posing Sekejap

Hj Mohd Nadzar & AMB



Tiba-tiba, adinda Basri Hj Omar bersuara kepada Pak Uda lebih kurang begini bunyinya.

"Tak kan nak balik dah ... Pak Uda. Kena secawan kopi dulu. OK kot ... One for the road!"

Terhenti langkah Pak Uda Nadzar suami isteri. Pak Uda menoleh ke arah Basri dan berkata perlahan," Boleh juga gamaknya . . ."

Pak Uda berkata demikian sambil memandang kepada Mak Uda Zaleha. Seolah-olah memohon sokongan isterinya itu.

Penulis perasan situasi itu lalu meminta pengesahan daripada Mak Uda.

"Boleh ke Pak Uda minum kopi?"








Siapa Buat Perangai?

Penulis & Pak Uda Nadzar memerhatikan sesuatu









Petikan Puisi
Bhg III










Mari Kita Sembang-sembang








Macam-macam topik dan hal diperkatakan sambil menikmati secawan kopi




Mak Uda Zaleha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Penulis terus menerima isyarat itu sebagai kelulusan yang membenarkan Pak Uda Nadzar meminum kopi. Maka Penulis pun mempelawa Pak Uda Nadzar masuk semula ke rumah untuk menikmati secawan kopi . . . pastinya yang panas dan menyegarkan.

Sambil melangkah ke ruang tamu Pak Uda Nadzar berkata (seperti berbisik) dengan selamba,"Ha ah, teringat Pak Uda rangkai kata One For The Road tu . . . dulu-dulu famous penggunaannya di kalangan kawan-kawan rapat dan orang yang mengembara . . ."

Pak Uda masih ketara seorang Guru Bahasa yang hebat. Fikirannya masih intact. Pengetahuannya masih luas. Pertuturannya cermat dan teratur. Beliau pandai menggunakan peribahasa dan perumpamaan dsb dengan tepat dan sesuai.


Gaya bahasanya juga cantik dan halus. Tetapi, loghat Peraknya tak boleh buang langsung. Begitu tebal dan mendalam! Mungkin jati dirinya sebagai anak Perak begitu teguh walaupun sudah berpuluh tahun bermastautin di Selangor khususnya Petaling Jaya!









Petikan Puisi
Bhg IV (akhir)



Penulis mengingatkan Pak Uda Nadzar bahawa sebentar tadi selepas makan . . . ketika hendak meminum air sarsi . . . Pak Uda ada menyatakan begini,"Pak Uda ingat kopi tadi."

Pak Uda mengiakan kata-kata Penulis. Beliau lantas mengakui bahawa kadang-kala timbul keinginan yang kuat untuk meminum kopi. Maka katanya,"Elok juga Basri ngajak minum kopi ni. Kalau dah jeki (rezeki) tu tak ke mana le."








One For The Road

(Lt Kol Bersara Hj Basri 'bercerita' ttg keenakan kopi
sambil Hj Mohd Nadzar mendengar dgn penuh teliti)



Penulis mempelawa Mak Uda Zaleha minum kopi sekali. Mak Uda pun dengan 'sporting' menerima pelawaan itu. Penulis senang dengan sikap kedua-dua ibu dan bapa saudara ini yang jelas menunjukkan mereka pandai menjaga hati dan perasaan orang lain.








Seronok . . . dapat convince . . .

(Hj Mohd Nadzar, Hj Basri & Afnan)




Sambil meminum kopi adinda Basri membuat kenyataan lebih kurang begini,"OK lah kot . . . kalau boleh dapat convince orang senior . . . Bukan senang nak convince orang nak setuju dengan kita (apatah lagi) . . . orang paling kanan dalam keluarga pulak!"








Sembang Terus






Ahai, Ahai Ketawa Le Lagi

(Mesra terasa bersembang sefamili
Cikgu Nadzar dan Lt Kolonel Basri Omar
Shafik & Ashraf asyik memerhati)



Penulis bersetuju dengan kenyataan Basri itu.Penulis membuat kesimpulan bahawa Basri berjaya berbuat demikian kerana beliau tahu cara melayan dan menghormati orang yang jauh lebih tua daripadanya. Dan, kerana itu juga orang yang lebih tua daripadanya menyayangi beliau!


Paling penting . . . Penulis amat yakin bahawa Basri mempelawa Pak Uda Nadzar dengan hati yang tulus ikhlas tanpa sebarang lencongan niat . . . seperti berbagai situasi 'lain' dalam hal pelawaan minum kopi yang cuba dihuraikan Penulis melalui puisi "Secawan Kopi" yang tertera dalam blog ini.

Syabas kepada kedua-dua pihak. Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi.

Thanks for making my day! 




dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda at 6:04 PM







bamuda
dsuarang.blogspot.com