Wednesday, February 17, 2010

Santai di d'SUARANG 3



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Galeria d'SUARANG


Hari ini hari Rabu 17 Februari 2010 bersamaan 3 Rabiulawal 1431H. AII terus menerima tetamu hari ini. Kali ini Tok Chu (Abdul Hadi bin Adam) dan 'Nanny' Chu (Norizan bt Abdul Rahman) serta anak kedua mereka 'Mak Ngah' (Wani bt Abdul Hadi) yang berkunjung ke d'SUARANG. Mereka dari Bangi kerana menghantar Wani ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan mata. Habis pemeriksaan itu mereka langsung ke sini. Alhamdulillah semuanya selamat. AII, kalau kamu nak tahu, 'Nanny Chu' koma tu orang Tapah (lebih tepat Temoh Station). Orang Perak macam Atuk juga le. . .

Apapun AII, mari kita lihat berbagai aksi dalam foto-foto yang telah dirakam di 'romah' kita seperti di bawah ini . . .

{Sembang-sembang aje . . . saudara mara le katakan ...}


[Nanny Chu] [Yang sebelah sana --> Mak Ngah si cilik ... le ...]



AII: Terima kasih daun keladi. Sudi apalah berkunjung lagi.














dsuarang.blogspot.com

Tuesday, February 16, 2010

Santai di d'SUARANG 2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Galeria d'SUARANG

Seperti dinyatakan dalam blog awal bawah tajuk yang sama para tetamu AII akan direkodkan dalam blog baru kerana blog awal sudah terlalu sesak. Jadi, untuk blog baru ini pengunjung AII diterakan seperti berikut:

Selasa 16 Februari 2010 bersamaan 2 Rabiulawal 1431


Kumpulan 1: Tuan Razali bin Harun (Tok Angah AII), Pn Habibah bt Adam (Nek Angah AII), Cik Norfaiza bt Razali (Mak Lang AII), Shafik, Wan dan Alif (Abang saudara dua pupu AII) dari Selayang, Selangor.















TERIMA KASIH
daripada Ahmad Iman Iskandar



Kumpulan 2: Tuan Hanif bin Basri, Pn Masni, Cik Diana Ibrahim, Cik Dania aka Bunga. Mereka sebenarnya berasal dari Sarawak tetapi telah bertugas/sedang belajar di sini. AII mengucapkan selamat datang kepada para tetamu ini.






AII amat menghargai kunjungan semua. Jumpa lagi di lain waktu. TQ.








dsuarang. blogspot.com

Monday, February 15, 2010

Ayam Punya Pasal


Monday, February 15, 2010



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Permintaan yang tulus


Satu hari pada tahun 1990 kami sekeluarga pergi ke sebuah restoran yang agak terkenal di bandaraya KL. Restoran yang dikenali dengan nama Shiraz itu terletak di Medan Tuanku berhampiran panggung wayang Odeon (sekarang Odeon Cinema dah tak wujud lagi). Ramai orang pergi ke situ untuk menikmati hidangan 'cuisine' India Utara. Ketika itu anak-anak saya masih kecil, 2 hingga 8 tahun. Setelah kami lapan orang duduk di meja, datanglah ‘waiter’ untuk mengambil ‘order’ makanan dan minuman. Kami terus memesan minuman terlebih dahulu. Kemudian ‘waiter’ itu mengambil ‘order’ makanan pula.

Waiter: Makan apa encik?
Saya: Bagi saya nasi beriyani dan lauk daging.
Isteri: Saya pun nak yang sama.
Waiter: Ha, adik-adik ni nak apa?
Anak 1: Nak ayam goreng, dada.
Anak 2: Nak ayam goreng jugak, tapi paha.
Anak 4: Apa-apa pun boleh, badan ke, kepak ke (asalkan ayam).
Anak 5 dan Anak 6 tak banyak songel (ragam atau cerewet). Pesan makanan dan minuman lazat sahaja ok … jadi. Tiba-tiba anak kami yang ke-3 (berusia 5 atau 6 tahun ketika itu) bersuara.
Anak 3: Bang saya belum minta lagi.
Waiter: Ha, adik nak makan apa?
Anak 3: Ada makan apa bang?
‘Waiter’ itu pun dengan sabarnya mengulang balik menu yang ada … kemudian dia berkata …
Waiter: Abang, kakak dan adik-adik tadi dah minta macam-macam ayam … paha ayam goreng, kepak ayam goreng, dada ayam goreng dan lain-lain. Sekarang adik ni nak ayam apa atau yang mana?
‘Waiter’ meminta kepastian anak ke-3 kami. Setelah seketika, terdengarlah jawapan daripada anak ke-3 kami itu.
Anak 3: Ayam jantan ada tak bang!
Semua yang terdengar jawapan tadi terus ketawa termasuk si ‘waiter’ yang malang itu!
(Kata-kata yang benar-benar ikhlas dan terucap secara jujur dan spontan tanpa sebarang niat jahat tidak akan menyebabkan penuturnya dimarahi orang. Sebaliknya kata-kata itu disenangi dan akan menjadi kenangan yang indah sepanjang zaman. Kini kami sekeluarga sering menjadikan episod ini sebagai bahan gurauan dan usikan yang berpanjangan. Anak berkenaan yang menimbulkan suasana ini tidak berniat jahat . . . cuma hendak menunjukkan dia 'terror' sikit tentang pelbagai jenis menu 'ayam' agaknya. Entahlah.)

Biarkan biarkan si Lunchai terjun dengan labu-labunya . . . Biarkan asal ada yang memahami mesejnya. Terima kasih.





dsuarang.blogspot.com

2 comments:


meo188 said...
ayam... bermacam ayam..
Bamuda d' SUARANG said...
ini cerita ori tentang ayam ori . . .
Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment


Saturday, February 13, 2010

JAMIL & GHAZ di d'SUARANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Bersama Saudara Sezaman 'MBH'
di Hujung Minggu

Berturut-turut Ahad pada minggu-minggu yang lepas . . . dua orang sahabat karibku sejak zaman Asrama Putera (Kuala Lumpur) dahulu . . . menjenguk kami sekeluarga di rumah. Tuan Hj Mat Sani(n) @ Jamil dan isterinya Pn Hjh Azizah datang berkunjung pada Januari 31 manakala Tuan Hj Ghazali dan isterinya Pn Hjh Faizah berkunjung pada Februari 07. Ghaz dan isteri ditemani Cikgu Zaharah (Ibu Ghaz) serta anak 'angkatnya' Wan Hasren bin Wan Mohd dan isterinya Amizara Shahriza bt Zainuddin (mereka ini pasangan pengantin baru). Wan Hasren dan Amizara Shahriza datang dari Dungun, Terengganu.


[Ghazali, Penulis dan Jamil ketika berstatus pelajar --> perasan bergaya di pekarangan MBH Kuala Lumpur, 1960an]


Ahad, 31 Januari 2010


Kunjungan Jamil ke d'SUARANG berlaku secara spontan. Jamil dan Azizah pergi sarapan di kedai 'mamak' di Kajang seperti yang biasa mereka lakukan (katanya makan 'tose'). Selepas itu mereka terus sahaja menghala ke Kuala Lumpur hingga sampai di rumahku. Mereka menemui cucu pertamaku Ahmad Iman Iskandar (in person) di sini pagi itu. Tetapi aku kira yang sebenarnya bertuah dalam hal ini ialah AII. Bukan senang nak bertemu kawan Atuk yang ini . . . Atuk sendiri hanya baru-baru ini sahaja dapat berjumpa dengannya . . selepas tempoh kira-kira 40 tahun berpisah. Menurut Jamil anak-anaknya juga sepatutnya ada bersama. Tetapi, apa nak dikata . . . mereka belum siap sedia agaknya untuk mengikut ibu bapa mereka ke rumahku . . . Tak apalah lain kali saja ... Terima kasih Jamil dan Azizah . . . bukan kerana membawa hadiah ketika berkunjung tetapi kerana berusaha 'membawa' diri anda ke rumahku!



{Klik pada foto utk imej lebih besar}


{Klik pada foto utk imej lebih besar}


{Klik pada foto utk imej lebih besar}


{Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Nek Azizah (pangku AII), Atuk Jamil]



Ahad, 7 Februari 2010

Ghaz dan Faizah pula memang hendak berkunjung ke rumahku pada hari itu. Secara kebetulan Wan Hasren, anak 'angkat' Ghaz dari Dungun, Terengganu pula memang hendak membawa Ghaz bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa KL. Tujuannya hendak membolehkan Ghaz menikmati suasana lapang dan nyaman di luar setelah lama 'berkurung' di rumah kerana keuzuran. Lagipun, Wan telah aku jadualkan untuk bertemu dengan anak buahku Asyraf Pauzi (seorang pensyarah by profession dan kini sedang meningkat maju sebagai jurukamera 'pro') bagi tujuan urusan tempahan album gambar perkahwinannya yang baru berlangsung di Terengganu.

Bagaimanapun exercise yang cuba diaturkan untuk Ghaz itu tidak terlaksana.Taman Tasik Titiwangsa penuh dibanjiri manusia yang berkunjung ke sana. Susah hendak bergerak si Ghaz itu dibuatnya . . . walaupun Ghaz hanya perlu duduk di kerusi roda! Mereka berlima lantas ke d'SUARANG. Terima kasih Ghazali. Sampai juga kau ke d'SUARANG walaupun dalam keadaan yang bukan senang...



[asyik nampak Faizah ...] [Ghazali 'call' Faizah ke?]

{Ghaz dan Penulis membelek album contoh }


Apapun Wan Hasren . . . terima kasih daun keladi juga kepada anda berdua kerana berusaha membawa sahabat karib Pakcik yang sedang beransur pulih itu bersiar-siar. Dan, paling Pakcik hargai Wan sanggup bersusah payah membawa beliau ke rumah Pakcik pada hari itu. Tiada kalungan bunga atau pingat untuk itu, Wan. Hanya Pakcik ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Wan dan Amizara. Semoga hidup anda sekeluarga diberkati Allah.







{Wan Hasren dan Amizara Shahriza di d'SUARANG}


Nota untuk Jamil dan Ghazali :

Aku terkenang zaman bersama-sama makan nasi kawah dahulu. 'Tose' tetap jadi makanan sampingan 'favourite'.












dsuarang.blogspot.com