Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Jelmaan Bintang
{Surely . . . A Star In The Making . . . kata si omputih jiranku . . . dengan yakinnya! Pantang ada peluang . . . menyampuk aje si jiran aku ni . . .}
Aku tiba di Irama Studios milik sahabat lamaku Tuan Hj Mahzan Manan pada jam 3:30 petang. Setengah jam terlewat daripada masa yang aku janjikan kepadanya.
Tiba lewat begitu bukan habit aku. Aku termasuk dalam kategori orang yang menepati waktu. Tadinya . . . aku tersalah arah. Puas juga aku berpusing-pusing mencari arah yang betul ke studio rakaman bertuah ni!
Pesat sungguh pembangunan di daerah ini. Kemajuannya tidak terduga . . . khususnya oleh manusia sezaman denganku. Jalan dan laluan yang bersimpang siur mudah saja mengelirukan seseorang . . . walau pun orang yang sudah biasa lalu lalang di kawasan ini.
Andainya terlepas satu simpang atau persimpangan keluar . . . jawabnya puas le cari jalan untuk berpatah balik! Jauh tu!
Maka dalam benakku ketika itu terciptalah rangkaian kata-kata: Terlajak perahu boleh dibelok . . . Terlajak kata menghiris rasa . . . Terlepas simpang memang tak elok . . . Berpeluh dingin dalam kereta!
Walau bagaimanapun, setibanya aku di ruang tamu Irama Studios, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong . . . pada petang Ahad 3 April 2011 itu . . . aku tenang semula. Aku dipelawa Mahzan duduk di meja 'runding'.
BERUNDING
BERSETUJU
untuk menghasilkan karya bermutu
untuk menghasilkan karya bermutu
Aku pandai-pandai aje sebut meja 'runding'. Ini kerana sebaik saja aku duduk dan diperkenalkan (secara tak formal) dengan mereka yang sudah sedia duduk di sekeliling meja itu . . . aku terasa macam telah berlaku satu 'rundingan' . . . serius atau tidak aku tak pasti . . . di kalangan mereka di situ . . . sebelum aku tiba tadi.
Pada mulanya aku berdiam diri saja. Aku cuma memerhatikan semua yang ada di situ. Ada kawanku Hj Mahzan Manan . . . of course . . . komposer terkenal dan pemilik studio rakaman itu. Ada seorang lelaki dewasa yang belum aku kenal. Ada seorang wanita . . . juga belum aku kenal. Ada dua orang kanak-kanak . . . dan paling mencuri pandanganku . . . ada seorang anak gadis di situ . . . yang macam aku kenal!
Aku rasa macam pernah melihatnya. Hatiku berdetik. I've seen her somewhere. I'm sure I've seen this girl somewhere. . . .
Ha . . . ah . . . aku ingat. Aku pernah terlihat akan dia ni kat You Tube fikirku . . . Aku dah tengok dan dengar dia menyanyi di laman itu. Aku gemar akan suaranya.
Dan . . . aku baru nak cadangkan kepada Hj Mahzan (komposer dan penerbit projek album baru keroncong) supaya cuba dapatkan dia menyanyikan lagu-lagu keroncong yang sudah disediakan untuk rakaman album baru keroncong . . .
Tiba-tiba aku tersentak. Aku terdengar Hj Mahzan menanyakan sesuatu kepada anak gadis tadi. Nada suaranya agak serius.
"Ha . . . ni keroncong jenis apa?"
Sambil itu Hj Mahzan menoleh kepadaku lalu berkata," Jid, inilah Jamilah yang nak nyanyikan lagu-lagu you nanti . . . "
*Jamilah Abu Bakar
*Untuk info lebih detail tentang pencapaian Jamilah Abu Bakar sila lihat www.jamilahabubakar.blogspot.com.
Besarnya kuasa Allah fikirku. Aku baru saja berkira-kira hendak mencadangkan kepada Mahzan agar cuba mengambil Jamilah (gadis yang baru kini aku kenal sebagai penyanyi . . . setelah melihatnya dalam You Tube tempoh hari!). Ternyata Hj Mahzan lebih peka terhadap kelunakan suara yang 'berkemampuan'. Hj Mahzan lebih cepat bertindak. Alhamdulillah.
Soalan yang dikemukakan Hj Mahzan tadi belum terjawab. Jamilah teragak-agak. Aku terdengar suara Jamilah berkata perlahan," Keroncong langgam . . .".
"Langgam apa . . . jenis macam mana?" Tanya Hj Mahzan lagi.
Belum sempat Jamilah habis menjawab . . . Hj Mahzan dengan tegas berkata," Kita kena tahu jenis-jenis keroncong yang ada . . . yang kita nyanyikan. Ada banyak jenis. Ada keroncong asli, ada tradisional, ada setambul, ada moden dan macam-macam lagi. Baru orang nak hormat kat knowledge kita!"
Dalam keseriusan itu Hj Mahzan sempat berjenaka . . . "Sekarang dah ada juga keroncong yang jenis huru hara dan yang hak jenis caca marba," katanya.
Cara Hj Mahzan menyampaikan fakta itu memang ala gaya seorang pensyarah. Tak hairanlah begitu. Hj Mahzan pernah bertahun-tahun lamanya menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Islam, dan beberapa maktab pendidikan lain di KL dahulu.
Selepas itu . . . Hj Mahzan memperkenalkan aku dengan Encik Abu Bakar Ismail . . . bapa Jamilah yang duduk di sebelah aku. Encik Abu Bakar kini berusia 57 tahun. Beliau seorang pesara Petronas. Beliau berasal dari Gunung Semanggol, Perak.
Aku dapat memerhatikan bahawa Encik Abu Bakar seorang bapa yang prihatin terhadap kepentingan masa depan anaknya. Beliau mahu anaknya Jamilah berjaya mencapai cita-cita menjadi penyanyi dan pensyarah muzik terkenal pada suatu ketika nanti.
Kemudian aku diperkenalkan pula kepada isteri Encik Abu Bakar . . . Puan Kamariah Che Soh. Aku perhatikan Puan Kamariah ini seorang yang agak pendiam. Tak cakap banyak (macam aku le :) kata orang.
Puan Kamariah berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau seperti suaminya juga menyokong penuh aktiviti nyanyian dan muzik anaknya Jamilah.
Puan Kamariah berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Beliau seperti suaminya juga menyokong penuh aktiviti nyanyian dan muzik anaknya Jamilah.
Kami pun bersembang. Berbicara tentang lagu-lagu keroncong yang bakal disempurnakan rakamannya nanti. Bercakap-cakap tentang hal muzik dan tidak ketinggalan hal-hal menyentuh kehidupan harian.
Selepas itu . . . Hj Mahzan Manan yang memang tidak perlu dipersoalkan kewibawaannya dalam bidang muzik . . . atau dipertikaikan kepakarannya sebagai komposer atau penerbit dalam pembikinan album lagu-lagu berirama Malaysia, langgam, nasyid atau keroncong . . . terus lagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Jamilah untuk maju sebagai penyanyi.
Berbagai tips diberikan Mahzan. Berbagai teori juga dikupasnya. Berbagai kata cabaran dilontarkan. Semua itu demi meningkatkan pencapaian dan keyakinan Jamilah.
Biarlah Jamilah berkeyakinan untuk sekurang-kurangnya sampai ke tahap penyanyi-penyanyi tempatan yang evergreen dan terkenal seperti Julie Sudiro, Yusni Hamid, Mariam Ahmad, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Sheila Majid, Noraniza Idris, Ziana Zain, Siti Norhaliza atau Misha Omar (dua nama terakhir merupakan penyanyi yang diminati Jamilah . . .) dll . Jika boleh, atasi pencapaian mereka itu!
Sesi bimbingan dan tunjuk ajar . . . untuk penyanyi . . . oleh komposer/ penerbit
"Begini caranya . . . lebihkan getaran di akhir . . . jaga harakat . . .biar betul," kata maestro Mahzan.
Aku sempat mengetahui daripada bapa Jamilah bahawa bakat menyanyi anak gadisnya itu 'tercungkil' ketika baru berusia 7 tahun.
Begini yang diceritakan oleh Encik Abu Bakar . . . tentang bagaimana mereka sekeluarga mula mengetahui bahawa . . . Jamilah suka dan boleh menyanyi:
"Sebenarnya, kali pertama saya mendengar dia menyanyi di khalayak ramai ketika dia berumur 7 tahun. Masa itu ada majlis kenduri jiran. Saya sedang bergotong-royong membasuh pinggan-mangkuk dalam majlis kenduri yang berlangsung. Dia 'berani' tanpa disuruh sesiapa ke meja Deejay terus menyanyi. Saya yang membasuh pinggan-mangkuk tidak perasan dia yang menyanyi sehingga orang lain yang beritahu."
Sembang punya sembang, tanya punya tanya . . . ibu bapa Jamilah sendiri memang mengaku tidak begitu 'perasan' anak mereka itu berbakat sehinggalah terjadi suatu peristiwa yang agak luar biasa . . . yang apabila difikirkan balik . . . agak melucukan. Melalui peristiwa inilah bakat Jamilah benar-benar 'terserlah'.
Kisahnya . . . Pada suatu hari Ahad 16 Julai 2006, Jamilah mewakili sekolah untuk Pertandingan Bintang Keroncong Remaja Peringkat Daerah Negeri Selangor 2006. Pertandingan diadakan di MPAJ.
Malangnya, Jamilah dikatakan tidak 'layak' bertanding oleh pihak penganjur. Alasannya, Jamilah yang ketika itu berusia 11 tahun, 'belum remaja'.
Malangnya, Jamilah dikatakan tidak 'layak' bertanding oleh pihak penganjur. Alasannya, Jamilah yang ketika itu berusia 11 tahun, 'belum remaja'.
Namun . . . Jamilah dibenarkan menyanyi sebagai penyanyi jemputan dalam majlis itu. Jamilah menyampaikan dua buah lagu iaitu "Sayang Disayang" dan "Bisikan Hati". Panel Juri ketika itu terdiri daripada Tuan Hj Abdullah Safri, Tuan Hj Mahzan Manan dan Encik Khairil Johari Johar.
Nyanyian Jamilah telah menarik perhatian salah seorang daripada ahli juri pertandingan itu . . . Tuan Hj Abdullah Safri. Beliau menawarkan untuk melatih Jamilah dalam bidang nyanyian keroncong.
Nyanyian Jamilah telah menarik perhatian salah seorang daripada ahli juri pertandingan itu . . . Tuan Hj Abdullah Safri. Beliau menawarkan untuk melatih Jamilah dalam bidang nyanyian keroncong.
Ibu Jamilah . . . Puan Kamariah kemudiannya menyambung sedikit kepada kesudahan peristiwa itu. Ceritanya . . .
Ketika hendak mengumumkan keputusan pertandingan itu . . . juruacara majlis meminta para penonton meneka peserta mana yang bakal menang.
Ketika hendak mengumumkan keputusan pertandingan itu . . . juruacara majlis meminta para penonton meneka peserta mana yang bakal menang.
Serentak terdengar respons daripada para penonton di bawah, "Jamilah".
"Siapa?" Tanya juruacara lagi.
" Jamilah, Jamilah!" sorak para penonton.
Fikirkanlah . . . apa iktibar daripada kejadian ini. Apa ukuran pengertian daripada majlis ini!
" Jamilah, Jamilah!" sorak para penonton.
Fikirkanlah . . . apa iktibar daripada kejadian ini. Apa ukuran pengertian daripada majlis ini!
Pada 9 Februari 2007 Jamilah sekali lagi dipelawa membuat persembahan sebagai penyanyi jemputan dalam majlis sempena Pertandingan Keroncong Remaja Selangor di Shah Alam.
Di situ Jamilah dipertemukan dengan Wawang Wijaya, seorang pakar keroncong yang berasal dari Indonesia tetapi sudah menetap di Malaysia. Wawang Wijaya mengambil Jamilah sebagai anak didiknya dan mengajarkan segala selok belok nyanyian keroncong kepada anak gadis ini.
Jamilah hanya dapat mempelajari seni keroncong dengan pakar keroncong itu selama kira-kira dua tahun lebih. Wawang Wijaya meninggal dunia pada 26 Jun 2009.
Sekarang kedua-dua ibu dan bapa Jamilah memberikan segala sokongan dan galakan kepada Jamilah sepanjang usaha memajukan dirinya dalam bidang nyanyian. Mereka memberikan semangat dan keyakinan kepada puteri mereka ini untuk 'establish herself' sebagai seorang penyanyi pada awalnya dan mudah-mudahan sebagai biduanita terkenal suatu hari nanti.
Aku diberi tahu oleh ibu bapa Jamilah Abu Bakar bahawa anak gadis yang dilahirkan pada 28/8/1995 kini menuntut dalam Tkt 4 di SMK Taman Tasik, Ampang. Aku difahamkan Jamilah mendapat 8A dalam PMR tahun lalu.
Tahniah Jamilah . . . budding singer yang juga pintar di segi akademik . . . kata hatiku. Kesibukan menyanyi dan membuat persembahan tidak menghalang Jamilah mencapai prestasi yang baik dalam pelajarannya.
Semoga Jamilah menjadi a whole person dalam hidup ini. Amin.
Aku seterusnya difahamkan bahawa Jamilah ada mengikuti latihan vokal dengan guru vokal terkenal tanah air. Di samping itu, Jamilah sering diundang ke berbagai majlis anjuran berbagai badan atau agensi awam dan swasta serta pihak sekolah dan pusat pengajian tinggi.
Pada bulan Jun 2010 Jamilah telah dipilih oleh pihak Petronas untuk turut membuat persembahan dalam Konsert Keroncong Kasih Menyusur Zaman di Dewan Filharmonik Petronas KL. Konsert tersebut membariskan para artis hebat seperti Yusni Hamid, Bob Yusof dan Adila. Syabas Jamilah. Teruskan usaha hingga berjaya.
Jamilah yang merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik beradik (4 lelaki dan 5 perempuan) . . . aku perhatikan seorang anak yang mendengar kata dan menghormati ibu bapanya . . . juga orang lain. Diharap perlakuan ini berterusan . . . ya Jamilah.
Elok rasanya aku paparkan sekali nama-nama adik beradik Jamilah di sini. { Yeah why not . . . kata si jiran omputihku . . . menyampuk lagi! After all dad Abu Bakar has taken the trouble to list all his chidren's name . . . Oh, shut up le jiran ooi . . . bisikku!}
Adik-beradik Jamilah terdiri daripada Imtiaz Abu Bakar, Noor Farah Abu Bakar, Nor Asyikin Abu Bakar, Ahmad Hafifi Abu Bakar, Ahmad Fitri Abu Bakar, Muhammad Abu Bakar, Ahmad Akmal Abu Bakar dan Habibah Abu Bakar.
Apa pun yang dicapai penyudahnya nanti . . . paling penting dipastikan ialah jatidiri seseorang mesti kuat. Orang tua-tua yang berpengalaman dan bijak . . . sering mengingatkan kita supaya jangan sampai lupa daratan bila dah mula berjaya.
Dont forget your roots dear Jamilah berkata lagi si jiran omputih pakcik . . . yang dari dulu memang suka menyampuk orang bercakap. Shh shh . . . dia tak kan faham . . . sebab dia ni mana ada budaya halus macam kita!
Hj Mahzan selaku komposer dan penggerak rakaman album terbaru Jamilah Abu Bakar ini dibantu dengan setianya oleh anaknya sendiri . . . Saiful Ekramm Mahzan, Pengurus Projek yang sangat berkebolehan.
Dapat diperhatikan wujudnya semangat kerjasama yang amat erat dan sihat di antara mereka berdua apabila kita melihat Hj Mahzan dan Saiful Ekramm bekerja.
Setelah segalanya berada dalam keadaan siap sedia . . . Hj Mahzan mengajak kami semua ke bilik rakaman untuk melihat dan mendengarJamilah mempraktikkan segala yang telah dihasilkan di atas kertas.
Cara terbaik 'attack' lagu-lagu baru itu dibincangkan berterusan. Semoga segala daya usaha dan tenaga yang dicurahkan selama ini tidak sia-sia. Biar harapan menjadi kenyataan.
Dapat diperhatikan wujudnya semangat kerjasama yang amat erat dan sihat di antara mereka berdua apabila kita melihat Hj Mahzan dan Saiful Ekramm bekerja.
Setelah segalanya berada dalam keadaan siap sedia . . . Hj Mahzan mengajak kami semua ke bilik rakaman untuk melihat dan mendengarJamilah mempraktikkan segala yang telah dihasilkan di atas kertas.
Cara terbaik 'attack' lagu-lagu baru itu dibincangkan berterusan. Semoga segala daya usaha dan tenaga yang dicurahkan selama ini tidak sia-sia. Biar harapan menjadi kenyataan.
Jamilah Abu Bakar in action . . .
Ya, benar . . . mari kita terjemahkan segala teori tadi menjadi sesuatu yang praktik, betul dan bermakna.
Aku amat berpuas hati setelah dapat mendengar Jamilah menyanyikan (dari dalam bilik rakaman Irama Studios) dua lagu baru keroncong yang aku tuliskan liriknya. Berdiri bulu romaku . . . macam kata Hetty Koes Endang dalam sebuah lagunya yang popular dulu!
Terkurung: Jamilah di dalam bilik rakaman
Irama Studios . . . bersendirian . . .
Irama Studios . . . bersendirian . . .
Apa lagi yang dapat aku luahkan . . . melainkan ucapan penghargaan kepada Jamilah kerana telah menyampaikan lagu-lagu itu dengan persembahan yang berkualiti sekali.
Maka kesimpulannya . . . sesuailah Jamilah mendapat penghormatan dan meraih *pencapaian yang tinggi nilainya dalam bidang nyanyian, di sisi masyarakat . . . seperti berikut:
* Menyumbangkan nyanyian untuk lagu ciptaan komposer Mahzan Manan yang meraih kedudukan Juara pada peringkat akhir Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia pada 24 julai 2010.
*Mewakili Malaysia ke International Children Festival di Turki pada 2007.
*Johan Bintang Kecil RTM Selangor 2007
*Johan Karaoke Terbuka Tahun Melawat Malaysia 2007
*Johan KLPAC Idol 2009
Jamilah Abu Bakar pada hemat aku pasti mewarnai persada seni hiburan tanah air dalam jangka masa tidak berapa lama lagi.
Insya-Allah Jamilah suatu waktu kelak beroleh gelaran Ratu Keroncong, Ratu Lagu Tradisional dan lain-lain lagi dalam bidang nyanyian yang digemarinya.
*Johan Bintang Kecil RTM Selangor 2007
*Johan Karaoke Terbuka Tahun Melawat Malaysia 2007
*Johan KLPAC Idol 2009
Terima kasih aku ucapkan kepada Sdr Abu Bakar Ismail kerana sudi memberikan info yang agak terperinci tentang Jamilah melalui emelnya kepada aku selepas pertemuan kami di Irama Studios seperti dinyatakan di atas.
Jamilah Abu Bakar pada hemat aku pasti mewarnai persada seni hiburan tanah air dalam jangka masa tidak berapa lama lagi.
Insya-Allah Jamilah suatu waktu kelak beroleh gelaran Ratu Keroncong, Ratu Lagu Tradisional dan lain-lain lagi dalam bidang nyanyian yang digemarinya.
And . . . last but not least A BIG HAND to Hj Mahzan . . . who endlessly seeked and strived to uphold a clean and respectable image of our very own rendering of true Keroncong . . .

4 comments:
Salam Uda,
“Jalan pintas” yang Uda maksudkan itu, kalau dalam istilah bahasa (kalau tidak salah), dikenal sebagai sinkope. “Cuba” menjadi “ce”; “cerita” menjadi “cite”; “benar” menjadi “nor”; “tetapi” menjadi “tapi”; “tidak” menjadi “tak”/“idak”; “lah” menjadi “le”; “sudah” menjadi “dah”/“udah”; “hendak” menjadi “nak”; “entah” menjadi “tah”; dan lain-lain sebagainya. Inilah, yang seperti Uda nyatakan, uniknya bahasa Melayu. Inilah yang membezakan suasana tertentu (kemesraan) apabila orang Melayu berbual dengan orang Melayu dengan orang Melayu berbual dengan orang bukan Melayu.
Tidak mungkin, misalnya, kita berbual dalam bahasa Melayu dengan M. Sockalingam atau Edda de Silva dalam keadaan santai (idup ke lagi kedua-duanya?) dengan menuturkan ungkapan yang begini:
“Isy, lame no kita tak jumpa, ya MS ... Edda! Kalo tak silap, sejak pencen sampe le ari ni. Kamu bedua sihat ke?”
Tapi, kalau kita berdua yang berbual dengan cara yang demikian, kemesraannya bukan sahaja terserlah daripada ayat itu, tetapi juga daripada intonasinya sendiri. Masya-Allah, hebatnya bahasa Melayu....
Masa teman mengikuti kisah Almarhum Encik Wahab dalam siaran Uda yang lalu, timbul sayu dalam hati teman. Teman memang udah baca nukilan bos kita, AFY, tentang Almarhum beberapa tahun lalu tapi kesayuan itu tidaklah sampai tahap semasa membaca tulisan Uda hari itu. Mungkin kerana usia dah menanjak ke senja ni, emosi pun senang diusik-usik.
Teringat teman tentang kisah teman dengan Almarhum dan dengan AFY sendiri masa kita dok berpejabat di gudang selepas insiden kebakaran PFB dulu. AFY tetiba je berkata kepada Almarhum:
“Cuba you tanya Zul, dia masuk suku ke tidak sebab dia kawin dengan orang Negeri Sembilan.”
Almarhum pun bertanya, “You masuk suku Zul?”
Kepala teman spontan hendak melucu, “Saya kawin anak dara, Cik Wahab. Jadi, saya tak masuk suku tapi masuk suku, suku....”
Terbarai ketawa Almarhum yang memang kuat itu dan menggigil tubuh AFY oleh lelucon spontan teman itu. Teman tak berapa ingat pulak, adakah selepas lelucon itu yang memutikkan “kemesraan” teman dengan Almarhum (kalau sebelum itu, Almarhum jarang-jarang menegur teman malah kalau nampak teman di kantin masa waktu pejabat, pandangannya sangat “mengancam” dan menakutkan!) Yang pasti, semasa di Jalan Kuchai Lama, kami biasa bertembung di belakang bangunan untuk makan di kantin Dollah pada masa pejabat dan Almarhum langsung tidak sinikal terhadap teman pada waktu itu.
Al-Fatihah untuk rohnya.
Salam Adinda Zul,
Terima kasih le beri pendapat (+ an?)begitu panjang lebo terhadap siaran 'tak saintifik' sinkope teman ni.
Teman kata 'tak saintifik' sebab sebenonya teman bukan le nak kupeh tentang sinkope (jalan pintas bahasa) per se.
Teman nak lepeh geram dengan dema-dema macam yang adinda kata tu le! Udah tobin (kotai?) hidup kat sini . . . masih tak gheti-gheti bahasa (pilih le maksud berlapis mana yang adinda suka).
Sebagai contoh . . . Juara skuasy dunia kita yang hebat tu . . . tak peronah teman nengok atau dengo dia berbicara dalam bahasa Melayu apabila ditemuramah dalam bahasa Melayu pun!
Ha ttg . . . dema-dema yang adinda sebut tu . . . masih sego dengonya . . . belum ada yang tumpo . . .
Teman memang nak timboikan perbezaan ghasa mesra melalui penggunaan bahasa oleh berbagai peringkat pengucapnya!
Pendeknya . . . dema-dema tu tak kan paham sampe padam. Orang kita pun banyak yang tak paham . . . yang dah mola tak mahu paham pun berlori-lori!
Bila bercakap ttg Allahyarham Wahab
teman sebenonya amat tersentuh dengan permintaan anaknya . . . yang mahukan permission teman untuk menerbit semola foto ayahandanya itu.
Itu makanya teman tulih hal-hal lain lagi yang bersangkutan dengan Allahyarham tu.
Ttg masuk suku2 tu . . . akhirnya masuk penuh le . . . he, he (kalau dibaca oleh anak2 kita . . . he, he . . . begini ayah2nya kata mereka . . . he, he.)
Itu belum campo cita makan nasi lemak ghasa telo . . . dam belum masuk cita tulih tangan!
Isyh, isyh . . . udah melalut ke laut lak ni.
Itu juga tanda kemesraan antara abang adik . . . yang belum tentu boleh dibawa oleh kajian sinkope per se . . . he,he :)
Salam, Uda,
Teman pernah bangkitkan he ni - mana-mana mangkuk yang bergelo atlet tapi tak tau berbahasa Melayu, usah dipedulikan.... Malu jek.
Masa terima Anugerah Olahragawati baru ni je teman dengor omputih yang itam tu si ratu skuasy tu cakap Melayu (baca teks sebetoinya). Macam taik P***T.
Ingat lagi teman masa si Arumugam hidup. Dia, dengan arwah Mokhtar, kalau tak silap) ditemu ramah oleh Datuk Rahim Razali (masa Piala Dunia tahun apa dah lupa lak). Sibuk si Arumugam cakap bahasa Inggeris yang tunggang-langgang lalu disergah oleh Datuk Rahim. "Cakap bahasa Melayulah...." kata Datuk Rahim.
Teman respek Datuk Rahim dan Uda gak kerana bangkitkan isu ini.
Salam Adinda Zul,
Kita tak mau le sampe digelo ekstremis bahasa.
Tapi pikio punya pikio . . . dan gheram punya pase . . . hai toh le . . . lepeh juga kata nista ni . . . (0w0)!
Ghasanya mau aje teman nyuroh si omputih celop tu memamah sampe habih mikrofon yang diunjukkan kepadanya . . . andai lain kali dia tergagap-gagap dan tehemboih-hemboih mengeluokan kata-kata dalam bahasa Melayu apabila ditemuramah.
Konon . . . dengonye dia tu dapat distiction ke kredit baik ke dalam BM pada peringkat SPM.
Peronjang apa . . . kalau gitu le ghopanye . . .
Ha ah . . . si Spiderman tu lak ngapa gitu . . . mabuk cakap omputih kot ketika itu!
Apapun . . . teman respect le si Datuk jaguh dunia badminton tu . . . tetap cakap BM apabila di soe dalam temuramah dsb. Tunggang tebalik sikit-sebanyak tu adat le . . .
Dan . . . teman juga respect mika le . . . mempertahankan isu buku 'sastera' kita dengan cara 'berakal' dan 'menyedokan' akhbar tempatan yang memohon maaf tu . . . serta menarik perhatian kepada tanda-tanda akhir zaman yang harus dititikberatkan tu.
Alahai gitu le . . . adanya!
Catatan:
Member kita Hapadz baru nelepon teman kejap tadi . . . dia nyampekan berita sedih kawan lama kita di PFB dulu Hj Shariff udah kembali ke rahmatullah minggu lepeh.
Al-Fatehah jua kita sedekahkan kpd roh Allahyarham . . . Amin.
Post a Comment