Wednesday, December 11, 2013

Tiga Generasi di Raju






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Nasi Daun Pisang
(Sunday 1 Dec 2013)







Makan bersama cucu . . . 
Umar Ilham Majid bin Halmy Zahari





dan anakanda Halmy . . . 





Wah, lazatnya . . . Umar 

[ha aha . . . emak Umar mana?
kan mak yang ambil gambar kita . . . atuk!]





. . . pelawa Opah Hjh Alimah sekali le . . . 





. . . enjoy nampak . . . mestilah hmm . . . 



Berkenalan 


bertemu kawan baru . . . 



 Datuk dan . . . 



Datin . . . yang simple n humble . . . 



the McCoys . . . anti war champions . . . 




. . . nice meeting you . . . 
(believers in happy family relationship)




. . . nice meeting you too . . .




. . . yes, we also frequent this place . . . 




. . . bye . . . hope to see you again . . . 




bamuda 
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, December 10, 2013

Sahabatku Pekebun Kecil?






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Dah Tukar Profesi Bro?


Kelmarin (Ahad 8 Disember) anak-anakku Lyana dan Afzan ke rumah sahabatku . . . mewakili aku dalam hal urusan keperibadian kami le.


Balik dari rumah sahabatku itu . . . Lyana dan Afzan membawa bersama mereka berbagai-bagai jenis buah-buahan seperti cempedak, pulasan, pisang dan paling banyak . . . buah dokong.

Macam baru balik dari kampung pula gaya mereka!










Aku tidak pernah menduga bahawa sahabatku ini telah menjadi pekebun kecil.


Aku cuma mahu nanya sama bapak . . . apa sudah tukar profesi sekarang pak? Gimana jadinya nanti dengan tugas pembangunan prasarana daerah yang banyak diserahkan atas bahu bapak tu?










Isteri: Nak buek po buah dokong soboban ni bang? 

Suami: Alahai, usah nak payah-payah an otak . . . sodokah an kek dak dsuarang tu . . . 






. . . dokong daripada pokok berbuah lebat . . . 






Suami: Ha ah, selama ni kita 'low profile' je. Sesekali kita tunjukkan pulak bakat kita jadi pekebun kecil . . . wkwkwkw

Isteri: Biar dunia tau . . . kan bang. Jadi bang . . . abang nak tukar profesi? 

Suami: Buatpe? Ni kan hobi abang je! Lagi pun . . . camna nak tukar. Abang champion m---a---s---y---u---k bina-binaan bukan buah-buahan . . . hahaha wkwkwkw 

Isteri: Cayalah bang . . . hehe



Ha ah . . . aku ngerti bapak cuma punya hobi rajin berbudi pada bumi. Maka inilah hasilnya. 

Aku pula dapat menumpang rezeki kerajinan bapak itu. Jadilah . . . hehehe.


Apa pun, terima kasih daun keladi bro. Teruskanlah berfungsi sebagai pekebun kecil sambilan yang berjaya . . . hahaha.








. . . bukan sebarang pisang; masak sebiji dua di atas peti . . . 


Gambar pisang* ini saja yang dapat dirakamkan jurugambar kita . . . pada waktu kisah ini ditulis. Buah-buahan lain yang dikirim sahabatku tidak sempat difoto.


Buah-buahan yang lain itu . . . dah selesai . . .  cepat benar langsai . . . langsai semua.

Namun sebelum itu, dapat juga teman perpanjangkan sedekah buah-buahan bro itu. Alhamdulillah.



[*Terima kasih kepada Afzan kerana sempat merakamkan foto sahabatku pada saat-saat penuh makna . . . melalui peristiwa . . .  "Sehari Dalam Kehidupan Pekebun Kecil"]





STOP PRESS
(terkini)


" . . . pekebun kecil dokong semakin maju . . ." 





" . . . maka harus ada 'dokong picker' sekali . . . "






" . . .  tremendous progress bro . . . hehe . . . "




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, December 7, 2013

Tiga Generasi Di McD LCCT






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sebelum Berlepas Perut Dialas






Episod  Ceria Keluarga Gembira





Ha . . . tak kan kita tak duduk-duduk, makan-makan dan minum-minum ni?







Boleh?  Betul ke boleh? 
Wow cool . . . sayang mak sayang opah 







Jom le Mak . . .






Eh . . . Opah dah duduk siang-siang?






Tadi . . . opah cup meja ni cepat-cepat,
orang ramai sangat 





Opah, order kita dah pun tiba. Mak yang bawa.
 Jangan tunggu lama-lama. Bersegera kita jamu selera.  





Perbetulkan posisi kepala ni. Jangan teleng, nanti juling!





Alahai . . . Mak ni. Amad buat-buat juling tadi . . . 
nak nampak makanan banyak lagi . . . hahaha . . . hihihi 







 Amad minum dulu ya . . . Opah tak nak ke?







Oh cepat . . . flight kita . . . dah last call tu!
[Amad tak peduli call apa pun. Pandangannya terpaku pada logo kuning di dinding.
 Logo yang menjamin makanan berkualiti . . . hidangan McD] 







Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.  
Dah puaslah hatinya hari ni  . . . di McD LCCT






bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, December 6, 2013

Restoran Medan Ala Jepun






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Gimik Pintar 


Salah satu daripada erti kata akar 'sila' ialah "duduk dengan kaki berlipat dan bersilang". 

Perbuatan 'bersila' pula membawa erti "duduk dengan melipatkan dan meyilangkan kaki."

Namun . . . bukan erti perkataan yang hendak penulis ketengahkan di sini. Bukan ketepatan makna kata-kata yang hendak penulis bahaskan. 

Apa yang ingin penulis nyatakan ialah kadang kala penggunaan kata-kata bukan semata-mata bertujuan untuk mengelirukan tetapi lebih merupakan suatu seni gimmickry.  

Sesungguhnya kata-kata yang digunakan menampakkan daya kreativiti pihak yang membuat gimik itu. 

Kata-kata begini boleh dianggapkan sebagai kata-kata gimik yang mudah tetapi pintar! 

Berikut ini kisah yang hendak penulis sampaikan:  


Penulis bersama dua orang sahabat singgah untuk makan tengah hari di sebuah restoran di Medan, Sumatera tidak berapa lama dahulu.














Restoran itu diberi nama Rumah Makan Simpang Tiga. Penulis mendapat tahu kemudiannya bahawa restoran itu agak terkenal di daerah sana. 
















Rumah makan yang berkenaan mempunyai dua bahagian ruang makan . . . satu di sebelah kiri (sayap kiri) dan satu lagi di sebelah kanan (sayap kanan) dari arah laluan masuk pintu hadapannya.  

Di sayap kiri restoran ini tersedia kerusi meja biasa seperti di rumah-rumah makan yang lain untuk para pengunjung duduk menjamu selera.



















Di sayap kanannya pula terdapat meja-meja rendah ala meja Jepun untuk kegunaan para pengunjung duduk makan. 

Penulis bertiga sahabat ingin menjamu selera ala di restoran Jepun. Jadi kami melangkah masuk ke ruang makan di sayap kanan rumah makan tadi. 

Ketika melangkahkan kaki masuk ke ruang makan itu perhatian penulis segera tertumpu kepada 'kata-kata aluan' yang terpapar di atas pintu gerbang (gapura) di situ. . . Selamat datang di ruangan bersila.

















Kata-kata ini ditujukan kepada para pengunjung yang mahu makan bersila seperti dilakukan orang Jepun atau para pelanggan yang makan di restoran Jepun.


Sebaik sahaja pelayan restoran menunjukkan kami meja tempat untuk menjamu selera . . . kami pun terus mahu bersila di sisi meja itu.



















Melihat kami mahu melakukan sedemikian, pelayan rumah makan terus berkata:

" Pak, gak perlu bersila benar-benaran . Cukup kakinya aja diunjurkan nanti."

Penulis agak kehairanan. Keliru. Penasaran. 


Tak sopan berlunjur kaki bermalas-malasan sambil makan!


Pelayan rumah makan kemudiannya menyingkap sedikit kain alas meja itu.

Terserlah lubang yang siap berkorek dan bersimen di bawah meja itu . . . sesuai dengan saiznya! 































Lubang itu cukup sahaja kedalamannya untuk kami menjuntaikan kaki sambil makan di meja rendah itu dengan selesa.


Maka jelaslah . . .  para pelanggan yang menjamu selera di ruang makan ini akan kelihatan seolah-olah bersila menghadap makanan yang terhidang. Sebenarnya mereka cuma duduk dengan berjuntai kaki sambil makan. 









Penulis terfikir sendiri. Bagus juga idea pihak pengurusan rumah makan ini. 


Dengan cara ini mereka berjaya mencapai dua tujuan sekali gus. Begitulah kecekapan mereka melaksanakan dasar serampang dua mata! 

Mereka tidak mengecewakan orang yang tidak mampu duduk bersila lama-lama untuk makan.

Pada waktu yang sama mereka memenuhi hasrat pelanggan yang mahu duduk bersila ketika makan ala di restoran Jepun.










Apa-apa pun, kalau di Malaysia "bersila" itu membawa erti "duduk dengan melipatkan dan menyilangkan kaki". 

Apakah mungkin di Medan erti "bersila" itu pula cukup sahaja dengan "menjuntaikan kaki" . . . dalam lubang yang dikorek bawah meja . . . hmm.

Tak apa-apa . . . pokoknya Perbaungan-Medan-Malaysia itu tetap mantap! 



bamuda
dsuarang.blogspot.com