Tiba di perkarangan rumah di Asahan
Rumah Tua
Basri Omar
Ketua Rombongan
Hatiku berdebar-debar. Bayangkan . . . kalau aku yang cuma seorang peserta 'bidan terjun' dalam rombongan ini pun sudah begitu . . . bagaimana pula perasaan pelaku utama? Tuhan sahaja yang maha mengetahui!
Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli keluarga Allahyarham. Kami tidak mengenali mereka. Basri sendiri pun demikian kerana belum pernah bertemu mereka sebelum ini.
Apa pun . . . aku merasakan mereka yang menyambut kedatangan kami itu ikhlas dan bersungguh-sungguh mengharapkan pertemuan ini berlangsung dalam keadaan dan suasana penuh muhibah dan bererti . . . seperti juga yang diingini Basri.
Aku dapat memerhatikan beberapa babak yang amat menyentuh perasaan . . .
Basri dan Shaiful berdakapan
Anakanda Shaiful Izwan
Anakanda dan Bonda
Shaiful Izwan bersama ibunya Salmah Hj Ali
Awal-awal lagi . . . ketika kami sampai dan dijemput masuk ke rumah balu Allahyarham dan keluarga . . . aku tersentuh dengan perlakuan Basri dan anak tunggal Allahyarham Abdullah . . . kini berusia lebih 36 tahun . . . yang saling berdakapan sambil bertanyakan khabar. Nyata pertemuan awal itu penuh emosi.
Basri kelihatan sebak setelah diperkenalkan dengan Shaiful Izwan . . . Maklumlah ini kali pertama beliau berjumpa dengan anak rakan seperjuangan yang sama-sama bertugas dengannya pada waktu itu . . . dan sama-sama pula tercedera akibat terkena ledakan jerangkap samar.
Bezanya . . . rakan itu dijemput awal kembali ke sisi Allah swt . . . manakala Basri masih diizinkan-Nya meneruskan hidup di dunia ini . . . pasti untuk membuat sebanyak-banyak kebajikan. Inilah antara jalan hidup yang diamalkan Basri. Menjalin dan mengeratkan silaturahim.
Sebentar kemudian Basri dan kami semua di perkenalkan dengan Pn Hjh Salmah Hj Ali balu Allahyarham Abdullah dan paling menarik juga dengan suami Pn Hjh Salmah yang baru iaitu Tuan Hj Mohd Yusof.
Kiri: Tuan Hj Mohd Yusof Kanan: Pn Hjh Salmah Hj Ali
Tuan Hj Mohd Yusof adalah salah seorang daripada ahli keluarga tuan rumah yang mengalu-alukan kedatangan kami tadi. Alhamdulillah dapat juga kami bertemu beliau yang nyata seorang berhemah tinggi dan memahami tujuan kami datang berkunjung itu.

Dari kiri: Penulis, Nor Azmy, Pn Hjh Salmah
Dari kiri: Shaiful, Penulis, Nor Azmy

Dari kiri: Pn Hjh Alimah Yasin, Pn Sholehah Ismail
Seterusnya kami diperkenalkan pula dengan semua ahli keluarga Allahyarham yang lain . . . yang hadir di situ pada ketika itu.
Kami juga beruntung dapat berkenalan dengan beberapa orang ahli Persatuan Bekas Anggota Tentera Malaysia, Cawangan Selandar, Melaka yang turut hadir memeriahkan majlis perjumpaan ala 'jejak kasih' yang julung kali diadakan ini. Mereka terdiri daripada Tuan Hj Selamat Md Sap (Pengerusi), Tuan Hj Mohd Yasin Abu Hassan, Tuan Hj Sabtu Abdul Ghani dan Tuan Hj Zaharin Mohd Yusuf.
Kiri: Tn Hj Selamat Md Sap Kanan: Tn Hj Zaharin Mohd Yusuf
Kiri: Tn Hj Sabtu Abdul Ghani Kanan: Tn Hj Mohd Yasin Abu Hassan
Setelah selesai kedua-dua pihak saling berkenalan, Basri membaca doa ringkas mensyukuri pertemuan yang akhirnya dapat juga diadakan. Beliau kemudiannya menjelaskan maksud kedatangan beliau serta rombongan ke situ.
Belum pun habis mukadimahnya itu, Basri tiba-tiba kehilangan kata-kata . . . tidak dapat meneruskan ucapan selama beberapa minit. Perjalanan waktu seolah-olah terhenti. Hentinya itu lebih daripada kelaziman orang bertafakur satu minit apabila menghormati atau mengenang kembali sesuatu kematian!
Mukadimah
Basri mula berucap
Sebak
Basri tidak dapat menahan perasaan pilu
Tenang
Tuan Hj Abdul Rahman
mententeramkan Basri
Pn Hjh Salmah (kiri),
Pn Hjh Siti Zawyah Abd Aziz
Shaiful bersama penulis
Dari kiri: Nor Azmy, Pn Hjh Salmah
Suasana hening. Semua yang hadir turut merasakan semacam kepiluan yang tercetus daripada pertemuan yang amat mengharukan itu. Keadaan sepi berlanjutan selama beberapa ketika lagi.
Air mata kelihatan menitis daripada beberapa pasang mata para hadirin pada petang itu. Air mata yang pada hematku disebabkan perasaan pilu kerana terkenangkan kisah tragedi yang menimpa . . . dan air mata kegembiraan kerana pertemuan ini berlaku jua.
Hati kecilku berkata," Segagah-gagah pahlawan seperti Basri ini . . . masih tertewas oleh ketebalan emosi yang berbangkit daripada semangat kesetiakawanan yang tulen dan jitu!"
Basri menyatakan sesuatu . . .
. . . sesuatu yang menarik perhatian semua . . .
Dari kiri: Tn Hj Mohd Yasin, Penulis, Nor Azmy
Setelah suasana tenang kembali Basri menyambung kata-katanya dengan memfokus kepada harapan beliau agar pertemuan itu kelak menjadi kunci yang membuka luas lagi pintu harapan untuk memastikan suatu kehidupan yang lebih sejahtera bagi mereka yang mengalami nasib seperti Pn Hjh Salmah.
Menarik Perhatian
Basri tertarik melihat foto lama . . .
Mencatat Maklumat
Penulis bersama Tn Hj Mohd Yasin
Kami dapat melihat beberapa kemajuan di pihak Pn Hjh Salmah dalam mengharungi kehidupan selepas mengalami peristiwa yang memilukan itu. Dengan bantuan Tuan Hj Mohd Yusof yang tampil ke hadapan memberikan segala galakan dan pertolongan yang perlu . . . maka terbela jua kehidupan Pn Hjh Salmah kini.
Namun demikian, apalah kiranya dapat pihak berwajib mempertimbangkan kenaikan pensiun Pn Hjh Salmah daripada RM500 sebulan kepada suatu jumlah yang lebih realistik. Sementelahan jumlah sebanyak itu telah berlaku terlalu lama tempohnya . . . sudah lebih daripada 36 tahun sekarang!
Aktiviti Sosial
Pn Hjh Salmah menerima penghargaan
daripada pihak berwajib
Kiri: Tuan Hj Mohd Yusof berucap mengalu-alukan kedatangan Basri dan rombongan. Kanan: Pn Hjh Salmah menjelaskan beberapa persoalan yang dibangkitkan Basri.
Sebelum Berpisah
menjamu selera dan menyampaikan cenderahati
Mengakhiri upacara dalam pertemuan yang berlaku secara amat sederhana bagi majlis yang penuh bersejarah pada petang itu, bacaan doa penutup telah dipimpin oleh Tuan Hj Mohd Yasin Abu Hassan.
Mudah-mudahan Allah swt memberkati segala usaha yang dijalankan mereka yang berhati mulia ini. Semoga silaturahim yang terjalin kekal berpanjangan.
Basri mengaminkan doa dibaca Tn Hj Mohd Yasin
Penulis juga berbuat demikian . . .
Ya Allah
berkatilah pertemuan kami ini . . .
Selesai majlis di petang yang redup ini . . . kami serombongan ditemani anak dan balu Allahyarham . . . meninggalkan perkarangan rumah Pn Hjh Salmah sekeluarga bermohon diri untuk menziarahi tanah perkuburan* . . . tempat Allahyarham disemadikan. . . tidak berapa jauh dari Kampung Bukit Senggeh, Asahan, Melaka.
Terima kasih . . .
Terima kasih . . .
Terima kasih . . .
Kami sempat bergambar beramai-ramai di perkarangan rumah bertuah yang menjadi tempat pertemuan bersejarah selepas lebih 36 tahun mereka yang berkenaan terpisah . . . Alhamdulillah.
Semoga berjumpa lagi . . .
Alhamdulillah . . . aku pasti Lt Kol Hj Basri Omar PGB Bersara kini boleh menarik nafas lega . . . setelah melaksanakan semacam 'amanah' daripada kata-kata akhir yang diucapkan Allahyarham LKpl Abdullah Majid kepadanya . . . "Tuan! Saya kena . . . Tuan!" . . . sebagai isyarat supaya beliau menemui dan mengenali keluargan Allahyarham itu.
Surau yang terbina atas nama Allahyarham ayahanda
Puan Hjh Salmah di perkarangan rumah keluarganya
Pahlawan Muda
kaum keluarga, sanak saudara
teman yang pernah sama berjuang
atau bertempoh waktu yang panjang
khas untuk mengenang jasa Allahyarham LKpl Abdullah Majid
yang kembali menghadap Ilahi pada 25 April 1976
dalam usia semuda 26 tahun
Amin, Ya Rabbulalamin!
*[Episod terakhir: Di Tanah Perkuburan]
Bamuda
dsuarang.blogspot.com