Sunday, September 28, 2014

Buddy of d Sixties







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Sahabat Kejiranan dan Persekolahan





Saturday 27 September 2014
(2 Zulhijjah 1435H)




Hari ini aku bertuah dikunjungi seorang sahabat lama zaman kanak-kanak (era 50-an > 60-an). 

Sahabat aku itu, Tuan Haji Azmi bin Ghazali (Azmi), pernah tinggal di Kg Pandan Govt Qrs (lebih tepat blok Jln Nakhoda Yusof / Jln Cheong Yoke Choy) dalam suatu kawasan kejiranan yang sama denganku.





















Ketika itu kami berusia belasan tahun. Aku dua tahun lebih tua daripada Azmi.

Azmi murid batch 2 tahun junior aku di persekolahan. Sebenarnya abang  Azmi . . . Ahmad Kamal Ghazali . . . yang pernah sama batch dengan aku ketika di VI.  

Kami bersekolah rendah dan menengah yang sama . . . masing-masingnya di Pasar Road English School (Pasar Road KL) dan Victoria Institution (VI KL).

Pertemuan kami di d'SUARANG ini ditakdirkan Allah SWT berlaku setelah aku bertemu dan mengenali isteri Azmi . . . Puan Hjh Noor Naha . . . baru seminggu yang lalu di resepsi perkahwinan seorang cucu saudaraku di Kelab Shah Alam. 

Hendak dijadikan cerita . . . kakak ipar Azmi ada pula pertalian kekeluargaan dengan diriku. Small world! 

Azmi tiba di rumahku pada kira-kira jam 2:45 ptg bersama anak perempuannya Elitia (seakan-akan nama orang Itali) . . . terutamanya untuk menyambung silaturahim antara kami yang sudah lama 'terpisah' (lebih 55 tahun) . . . dan istimewanya kerana aku (bagi pihak anakku Halmy) mahukan sedikit penerangan tentang food supplement yang Azmi mahir sebagai pengedar jenamanya. Terima kasih kerana sudi datang Azmi. 












































Alhamdulillah kami dapat jua bersembang-sembang seketika setelah saling bertanyakan khabar diri dan keluarga masing-masing.















Menjelang jam 4:00 ptg Azmi bermohon diri untuk ke rumah keluarga abangnya Kamal. Beliau perlu ke sana sabagai 'imam' yang akan memimpin majlis tahlil dan doa bertujuan mengiringi pemergian Ahmad Kamal Ghazali ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadat Haji pada tahun ini.









Mudah-mudahan berkat permohonan doa Azmi buat abangnya . . . Tuan Haji Ahmad Kamal bin Ghazali. Amin.






bamuda
dsuarang.blogspot.com



Sunday, September 21, 2014

Awal Perjalanan Tetamu Allah





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mulanya di Sini 


Tarikh yang pasti menjadi paling signifikan sepanjang hidup pasangan suami isteri Roslan & Foziah: 

20 September 2014 
bersamaan 25 Zulkaedah 1435H


Ini kerana pada petang hari Sabtu tarikh yang berkenaan . . . Roslan bin Muhiddin dan Foziah bt Yassin . . . telah memulakan perjalanan mereka menuju Tanah Suci Makkah demi menyahut panggilan Allah SWT bagi mereka menunaikan Rukun Islam ke-5.

Alhamdulillah pada petang yang penuh kemuliaan bagi Roslan dan Foziah . . . ramai ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai telah berkumpul di rumah mereka untuk mengucapkan selamat jalan berserta mengiringkan doa agar mereka mendapat kemudahan yang tidak terhingga daripada Allah SWT dalam menunaikan hajat yang sungguh mulia.  

Selepas waktu Asar hari itu ramai ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai turut pula berombongan menemani Roslan dan Foziah ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. 












































  























Roslan dan Foziah akan berangkat dengan pesawat SV 5611 penerbangan KT 53. Pesawat dijangka berlepas ke Jeddah selepas waktu tengah malam. 











Mengikut jadual yang ditetapkan pihak Tabung Haji Malaysia yang menguruskan segala hal ehwal pemergian, kebajikan dan kesejahteraan jemaah haji . . . Roslan dan Foziah akan berada di Tanah Suci selama kira-kira 42 hari . . . 34 hari di Makkah dan 8 hari di Madinah.

Kedua-dua bakal haji ini menggunakan pakej syarikat travel sah yang diluluskan pihak Tabung Haji.









































Foziah dan Roslan dijangka pulang ke tanah air pada awal November 2014. 




































































































































































































































































































































Marilah sama-sama kita doakan agar usaha bakal haji Roslan dan Foziah ini dirahmati Allah SWT . Mudah-mudahan kesungguhan mereka mengerjakan ibadat haji diberkati Ilahi dengan penganugerahan haji yang mabrur kepada mereka. Amin.










































































































































Selamat pergi Roslan & Foziah . . .
 Selamat kembali Tuan Hj Roslan & Puan Hjh Foziah.







bamuda
dsuarang.blogspot.com