Thursday, January 21, 2010

Janji Tapai






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Janji Tapai


Khamis 21 janji  tarikhnya
aku kata aku jangka
doaku hendaknya berkat
moga Ahmad
kau dapat kulihat
segar bugar
bertelanjang bulat
lahir ke dunia ini
untuk menambah angka famili.
Alhamdulillah
Ahmad berjanji ‘tapai’  
ala politikus yang pandai
menjaga kepentingan ramai  
setelah lama
berperangai rencam
kerenah bermacam ragam …
 bondamu  sahaja yang faham.
Kini dengan penuh harapan
seorang datuk  anugerah Tuhan
mendoakan
agar Ahmad sentiasa beriman
dan pantas menjadi manusia pilihan
menyerlah dan serba indah.
Kabulkanlah ...  Ya Allah.


Tok Majid

Khamis, Januari 21, 2010
(sempena kelahiran cucu pertama pada jam 7.20 pagi tadi)



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: