Friday, January 22, 2010

Beginikah Seorang 'Datuk'?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Janji Tapai (puisi)



Puisi
ini baru saja aku siapkan sempena kelahiran cucu pertamaku Ahmad Iman Iskandar. Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar tanda kesyukuran terhadap anugerahnya... Yang Maha Kuasa.


Tahniah aku ucapkan kepada
MAZLYN HANIM dan MOHD RASHIDI




Janji Tapai


Khamis 21 janji tarikhnya

aku kata aku jangka

doaku hendaknya berkat

moga si 'Ahmad'

kau dapat kulihat

segar bugar

bertelanjang bulat

lahir ke dunia ini

untuk menambah angka famili.


Alhamdulillah

Si 'Ahmad' berjanji 'tapai'

ala politikus yang pandai

menjaga kepentingan ramai

setelah lama

berperangai rencam

kerenah bermacam ragam ...

hanya bonda sabar dan faham.


Kini dengan penuh harapan

seorang datuk anugerah Tuhan

mendoakan

agar

Ahmad penuh Iman

dan

pantas menjadi

Iskandar

manusia pilihan

menyerlah dan serba indah.


Kabulkanlah ... Ya Allah.



Tok Majid

d'SUARANG,

Khamis, Januari 21,2010

(sempena kelahiran cucu pertama pada jam 7.23 pagi tadi)






dsuarang. blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

No comments: