Monday, January 11, 2010

Meriah di Sarawak



Assalamualaikum dan salam 1 Malays
ia



Ada Hikmahnya



Sepanjang minggu 10 Jun 2009 hingga 15 Jun 2009 aku bersama ahli-ahli keluargaku berada di Kuching, Sarawak.


Kami ke sana untuk menghadiri dan meraikan majlis perkahwinan puteriku Mazlyna Hanum bt Abdul Majid dengan Royhai'zam bin Basri. Semuanya kami seramai 22 orang dari Kuala Lumpur.




[Hasnah bersama penulis dan Halmy berjalan masuk
ke rumah pengantin lelaki Royhai'zam Basri]



Majlis kenduri perkahwinan itu berlangsung pada hari Ahad 14 Jun 2009. Suasana majlis memang sangat meriah. Para tetamu yang hadir dengan ramainya menambah seri suasana di Kg Stapok, Jalan Batu Kawa, Kuching di mana majlis diadakan. Aku sangat berbesar hati dengan layanan mesra seisi keluarga sebelah pihak besanku Basri bin Samir dan isterinya Hajijah bt Bujang. Budi baik mereka tetap aku hargai.




[Dari kiri: Roslan, Penulis, Zolkeplay, Halmy]


Aku juga bersyukur segalanya berjalan dengan baik dan lancar sepanjang aku berada di sana dan sepanjang hari majlis diadakan. Maka, terjalinlah silaturahim yang segar dengan sa
udara mara anak menantuku di Kuching khasnya dan di Sarawak amnya. Alhamdulillah.




(Foto dirakam pada 12 Jun 2009 di rumah 'bertanggak' rombongan pengantin)
[Dari kiri: Hasnah, Alimah, Maimunah]




(Foto dirakam pada 12 Jun 2009 di rumah 'bertanggak' rombongan pengantin)
[Dari kiri: Hisyam, Roslan, Penulis]



(Foto dirakam pada 12 Jun 2009 di rumah 'bertanggak' rombongan pengantin)
[ Dari kiri: Hisyam, Roslan, Penulis, Ghazali]

(Ketiga-tiga foto di atas dirakam di Taman Puteri, Petra Jaya, Kuching)



Namun rupa-rupanya ada sesuatu yang akan turut menggembirakan aku di sana selain daripada majlis perkahwinan itu. Peristiwa pertemuan aku dengan adik saudaraku (dua pupu --> datuk adik beradik) dan keluarganya di Kuching! Sudah lebih daripada 50 tahun kami tidak pernah bersua! Hanya mendengar cerita dan sesekali berita yang tidak begitu nyata. Peristiwa berkenaan tidak aku duga akan berlaku dalam suasana yang amat mesra dan muhibah.

Aku bertemu Roslan bin Tajudin dan isterinya Hasnah Aminah Ahmad serta dua orang anak lelaki mereka Saifu
l Hizam (no.1) dan Hisyamudin (no.3). Dua orang lagi anak perempuan mereka iaitu Aina Shahirah (no.2) dan Aiza Adibah (no.4) belum sempat aku temui. Roslan sekeluarga buat masa ini menetap di Taman Sukma, Kuching, Sarawak.

Roslan adalah anak kepada bapa saudaraku Tajudin bin Mohd Said (aku panggil 'Pak Anjang'). Mereka daripada keluarga besarku keturunan Tok Mohd Said bin Ismail. Aku daripada keturunan Tok Mohd Shariff bin Ismail (adik Tok Mohd Said). Sebenarnya Roslan dua beradik di Sarawak. Ada seorang kakaknya di Bumi Kenyalang itu yang bernama Hasnah bt Tajudin. Aku belum berkesempatan bertemu dengannya.




[Roslan dan isterinya Hasnah --> sama nama dgn kakaknya <--]


Pak Anjang Tajudin ketika merantau ke Sarawak dan akhirnya bermastautin di Betong puluhan tahun dahulu sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak di Semenanjung Tanah Melayu. Isteri beliau yang aku panggil 'Mak Anjang' bernama Khatijah berasal dari Rembau, NS. Sulaiman bin Tajudin merupakan anak mereka yang sulung dan Faridah Anum bt Tajudin anak yang kedua. Jadi, dengan dua orang lagi anak yang dikurniakan dengan 'Mak Anjang' di Sarawak pula, maka Pak Anjang Tajudin bin Mohd Said sebenarnya mempunyai 4 orang anak kesemuanya.

Aku pertama kali bersua Roslan, Hasnah dan Hisyam apabila mereka datang ke rumah tempat kami sekeluarga 'bertanggak' di Taman Puteri, Petra Jaya, Kuching. Rumah tersebut disediakan dengan ehsan besanku Basri sebagai tempat 'menumpang sementara' di Kuching. Sebelum itu aku telah menelefon Roslan menyatakan hasrat bersua dengannya sekeluarga (nombor telefon diberikan kepadaku oleh Pak Anjang Hj Lokman Mohd Shariff.) Alhamdulillah, bersua juga sudahnya . . .

(Aku pernah mencari keluarga Pak Anjang Tajudin pada tahun 1986/87 ketika bertugas rasmi di Kuching dan Sibu malangnya tidak bersua.)




(Foto dirakam pada 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching. Rumah Abang Bujang Akip)

[Dari kiri: Penulis, Alimah, Hasnah, Roslan]

Aku mempelawa Roslan dan Hasnah sekeluarga untuk menyertai rombongan kami mengiringi Mazlyna Hanum (pengantin) ke majlis perkahwinannya di Kg Stapok pada 14 Jun 2009.

Roslan dan Hasnah bukan sahaja sudi menyertai rombongan kami bahkan mereka suami isteri telah menjadi 'orang kuat' kami dalam majlis perkahwinan tersebut. Maklum mereka lebih 'arif' tentang soal adat istiadat perkahwinan di Sarawak.




[Roslan Tajudin dalam istiadat merenjis pengantin]



(Foto dirakam pada 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching)
[Dari kiri: Hasnah, Royhai'zam, Mazlyna Hanum, Roslan]



(Foto dirakam pada 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching)
[Dari kiri: Roslan Tajudin, Halmy Zahari Abdul Majid,
Ghazali Kamaruddin, Mazlyna Hanum Abdul Majid,
Penulis, Nurliza Zainuddin, Hasnah Aminah Ahmad,
Noor Shafini Abdul Hamid]




(Foto dirakam pada Ahad, 14 Jun 2009 di Kg Stapok, Kuching)

[Dari kiri: Afzan Shafinaz, Marlyana Haniz,
Hazry Zaharith, Ghazali,
enjoy nampak]



[Hasnah (di hadapan) memimpin pasangan pengantin
dalam acara "makan nasi temuan", suatu adat perkahwinan
yang diamalkan di Sarawak. Zolkeplay dan penulis memerhatikan.]



Terima kasih Roslan dan Hasnah. Kami sekeluarga terhutang budi kepada anda berdua. Semoga kita dapat bersua lagi. Kunjungilah kami di sini apabila berada di KL.

Padi bukan sebarang padi,
Padi bukit enak dirasa;
Budi bukan sebarang budi,
Budi terbit tidak dipaksa.

Begitu kehendak Tuhan. Ada hikmah dalam setiap yang digerakkan-Nya.





dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

No comments: