Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Semoga Meriah Sepanjang Zaman
Ahad 14 Jun 2009. Aku dan ahli-ahli keluargaku seramai 22 orang dari Semenanjung dan 7 orang dari Sarawak berkunjung ke rumah 'tok besan' Basri bin Samir dan Hajijah bt Bujang.
Rumah mereka terletak di Kg Stapok, Jalan Batu Kawa, Kuching, Sarawak (15 minit perjalanan dari lapangan terbang Kuching).
Aku dan rombongan menghadiri dan meraikan majlis perkahwinan puteriku Mazlyna Hanum bt Abdul Majid dan Royhai'zam bin Basri. Majlis kali ini diadakan di rumah keluarga pengantin lelaki.
Sebelumnya pada Sabtu 30 dan Ahad 31 Mei 2009 majlis diadakan di d' SUARANG Kuala Lumpur.
{Sekeluarga bersama pasangan pengantin}
[Berdiri dari kiri: Alimah, Halmy, penulis, Nurliza]
[Duduk dari kiri: Noor Shafini, Marlyana, Hazry, Afzan]
Ahli-ahli keluargaku yang turut hadir meraikan majlis perkahwinan Anum dan Roy di Kuching:
Alimah Yasin, Halmy Zahari Abdul Majid, Nurliza Zainuddin, Hazry Zaharith Abdul Majid, Marlyana Haniz Abdul Majid, Afzan Shafinaz Amer Yusof, Noor Shafini Abdul Hamid, Maimunah Mahat, Ghazali Kamaruddin, Hazlin Basrah Hassan Basri, Hazeman Aziz, Zolkeplay Madiasin, Norhati Ibrahim, Fatin Thurayyah Zolkeplay, Filza Zuhaira Zolkeplay, Fateha Syahira Zolkeplay, Roslan Muhiddin, Foziah Yassin, Fara Amira Roslan, Fara Nadira Roslan (semua dari Semenanjung) + Roslan Tajudin dan Hasnah Aminah Ahmad (dari Kuching) + Norizam dan Norfiza serta 3 anak (dari Kota Samarahan).
{Foto dirakam di rumah keluarga pengantin lelaki}
[Berdiri dari kiri: penulis, Halmy, Marlyana, Amira, Roslan Muhiddin, Nadira, Foziah, Misha, Hazeman, Hazlin, Fateha, Nurliza, Alimah]
[Duduk dari kiri: Zolkeplay, Faten, Norhati]
{Foto dirakam di rumah keluarga pengantin lelaki}
[Dari kiri: Alimah, Maimunah, penulis, Faten, Roslan Tajudin, Zolkeplay, Norhati, Hasnah]
{Foto dirakam di rumah pengantin lelaki}
[Berdiri dari kiri: Hazeman, Halmy, Zolkeplay, penulis, Norhati, Roslan Muhiddin, Norizam] [Duduk dari kiri baris 2: Maimunah, Roy, Anum, Alimah][Duduk dari kiri baris 1: Marlyana, Amira, Nadira, Fateha, Afzan, Faten]
[Duduk dari kiri depan: Norfiza & Noorliza]
Sementara menunggu pasangan pengantin selesai bersiap, kami serombongan ditempatkan di rumah Bujang bin Akip (datuk Royhai'zam) yang terletak sekelompok dengan rumah keluarga pengantin lelaki. Kami selesa di situ. Terima kasih.
Tidak lama selepas itu kami dipersilakan ke rumah pihak pengantin lelaki untuk menyertai majlis.
Majlis bermula dengan rombongan kami dijemput masuk ke rumah keluarga pengantin lelaki untuk acara merenjis pengantin.
Kumpulan hadrah tempatan memainkan beberapa lagu yang pada pendengaranku ada sedikit kelainan berbanding dengan cara permainan kompang di KL. Aku gemarkannya. Aku terhibur. Orang lain . . . terpulanglah! Perbezaan yang ketara ialah kumpulan hadrah terus bermain di dalam rumah di hadapan pelamin tempat persandingan pengantin. Ramai yang memuji persembahan mereka.
Selesai kumpulan hadrah membuat persembahan mereka, majlis berinai (merenjis) pun tamat. Saudara mara daripada kedua-dua belah pihak gembira melaksanakan tugas merenjis pasangan pengantin.
Kemudian setelah doa selamat dibacakan, kami dipersilakan menjamu selera di meja khas untuk rombongan pengantin perempuan di luar rumah. Memang tepat pada masanya pada tengah hari itu. Perut sedang laparlah katakan! Kena pula masak lemak umbut kelapa dan lawannya sambal belacan, hmm ... memang enak. Tambahan pula ada lagu-lagu merdu yang disampaikan oleh 'band' yang mengiringi majlis sepanjang hari.
Selepas makan kami dijemput masuk semula ke dalam rumah untuk acara "makan nasi temuan". Acara ini yang berupa adat semata-mata masih dipegang banyak keluarga di Sarawak dalam majlis perkahwinan.
Dalam acara ini pasangan pengantin akan 'berlawan-lawan' kemahiran menyuapkan nasi ke mulut pasangannya. Menurut kepercayaan siapa yang berjaya lebih dahulu 'menyuapkan' nasi ke mulut pasangannya akan 'berkuasa' ke atas pasangannya itu!
Susah gitu kawan ... Kalaulah Anum yang menang dan dapat kuasa itu ... alahai kena QC le si Roy ni nampaknya! Apapun segalanya dilakukan dengan semangat bersenda gurau antara pasangan pengantin yang mula belajar mesra sesama sendiri dan bersama keluarga.
Segalanya berlaku dalam suasana yang amat menghiburkan.
[Empat foto di atas menunjukkan Roy dan Anum ketika saling menguji siapa yang lebih berhak menjadi tukang 'control' ... acah je. Pemerhati di sebelah kiri itu ialah Zolkeplay (bapa saudara pengantin perempuan {sebelah ibu} manakala penulis berada di sebelah kanan)]
Sesudah selesai acara itu rombongan kami berbual-bual mesra dengan para tetamu dan ahli keluarga pengantin lelaki. Lama juga kami berbual dan saling berkenalan. Tercapailah hasrat kami sekeluarga untuk mula mengikat tali silaturahim dengan keluarga Royhai'zam yang kini bergelar 'anak' dalam keluarga kami juga. Semoga ikatan kekeluargaan ini berterusan di pereratkan dan semakin teguh pertaliannya dari semasa ke semasa. Mudah-mudahan suasana yang meriah ini berterusan sepanjang zaman! Insya Allah.
Kami sekeluarga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan pengantin Royhai'zam bin Basri dan Mazlyna Hanum bt Abdul Majid. Peliharalah dengan penuh kasih sayang apa yang telah kalian bina.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Basri bin Samir dan isteri Hajijah bt Bujang (besan penulis), Bujang bin Akip dan isteri Poni bt Johnny (ayah dan ibu besan perempuan penulis), Ibrahim & isteri Fauziah bt Bujang (abang ipar & kakak besan perempuan penulis), Suaidi bin Bujang dan isteri Zakiah bt Yusof (adik & adik ipar besan perempuan penulis), Fadzli & Emmie bt Bujang (adik ipar & adik besan perempuan penulis) kerana melayan segala 'kerenah' rombongan kami dengan baik sekali. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.
[Duduk di depan dari kiri: Nur Diana, Mohd Farhan, Mohd Farid]
[Duduk di depan dari kiri: Mohd Arif bin Suaidi, Batrisa bt Suaidi, Zakiah bt Yusuf]
Penghargaan juga ingin kami sampaikan kepada keluarga sebelah besan lelaki (Basri) yang begitu mesra mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran kami sepanjang waktu berada di Sarawak.
Kerana meraikan majlis keluarga;
Budi tersemat
tak kunjung lapok,
Terasa dimuliakan sehabis mesra.
Terima kasih daun keladi.
dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda d' SUARANG at 1:35 AM
2 comments:
abah, terima kasih sebab sudi tulis tentang perkahwinan anum dlm blog abah.... :)
Tak jadi hal . . . perkara yang serupa akan dilakukan oleh bapa mana pun yang menghargai anaknya . . .
Post a Comment
Links to this post
Create a Link